Monday, 25 January 2021

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness | Faktor usia yang semakin meningkat akan mengakibatkan kulit wajah kita kelihatan kusam, tona tak sekata, masalah jerawat yang kadang kala muncul serta masalah pigmentasi. Sampai bila lah kita nak biarkan masalah tu membelenggu diri kita kan? Disebabkan itu, kinah bertekad untuk beralih ke produk penjagaan wajah jenama clinelle sebagai rangkaian penjagaan kulit harian kinah buat masa ini.

Siapa yang tak kenal dengan jenama clinelle ni? Satu Asia kenal kot jenama clinelle ni. Kalau korang perasan dalam iklan di televisyen, duta clinelle ialah Ella Chen, merupakan artis antarabangsa.

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness

Buat pengetahuan semua, clinelle ada banyak rangkaian mengikut dengan kesesuaian jenis kulit kita tapi  untuk kali ni kinah nak share dengan korang rangkaian clinelle yang kinah guna sekarang ni. Apa yang penting, setiap skincare yang kinah guna, kinah akan pastikan ianya 

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness
  • no artificial colouring
  • no artifical fragrance
  • non-comedogenic
  • no mineral oil
  • no lanolin
  • no sd alcohol
  • no paraben


Rangkaian Skincare Clinelle Caviar Gold 

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness

Sebelum kita cerita lebih jauh lagi mengenai rangkaian clinelle caviar gold ini, korang mesti nak tahu kandungan yang terdapat dalam clinelle Caviar Gold ni kan. 

Salah satu antaranya ialah ekstrak caviar. Ekstrak caviar ni berasal dari Russian Sturgeon dan ianya lebih dikenali dengan nama 'black gold' yang mana ianya telah lama dianggap sebagai salah satu makanan yang paling mahal pada ketika itu. Biasanya orang pada zaman dahulu terutamanya raja, golongan bangsawan yang suka sangat dengan caviar ni

Kalau korang nak tahu, Caviar ni mempunyai format sel yang sama dengan dengan kulit manusia. Caviar ni begitu kaya dengan unsur khasiat termasuklah protein, mineral, vitamin A, D, E, dan K, antioksidan, serta mengandungi asid lemak seperti Omega 3. Jadi tak hairanlah mengapa golongan bangsawan begitu suka dengan caviar ni. Antara ciri-ciri ektrak caviar ini ialah dapat membantu melambatkan proses penuaan.

Kandungan 24K Nano Gold pula adalah kolagenin emas generasi baharu yang dapat memberikan kesan luar biasa dengan meningkatkan keanjalan kulit sehingga 300%. Hal ini secara tak langsung dapat menguatkan dan meratakan permukaan kulit disamping membantu mencegah garis-garis halus dan kesan penuaan.

Plant Phytogold pula berasal dari ekstrak Golden Bell semula jadi yang mana kandungan ini dapat bertindak sebagai agen pemutihan tanpa cela dengan formulasi yang digabungkan untuk menegangkan kulit wajah. Hal ini telah dibuktikan dengan 80 kali lebih berkesan daripada Arbutin. Selain itu, plant phytogold juga dapat membantu mengatasi masalah pigmentasi selain mengurangkan tanda-tanda yang dapat dilihat dengan menghalang pembentukan melanin serta memastikan kulit kita kelihatan lebih cerah dan tona kulit sekata.

Bagi rangkaian clinelle caviar gold ini, kinah hanya mencuba 3 daripada 6 item iaitu firming cleaser, firming serum serta firming mask. 


Clinelle Caviar Gold : Firming Cleanser

Dapatkan Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle di AEON Wellness
Clinelle Caviar Gold : Firming Cleanser

Mula-mula kinah nak cerita mengenai cleanser yang kinah gunakan sekarang ni iaitu clinelle caviar gold firming cleanser. Buat pengetahuan semua, cleanser caviar gold ni merupakan gel cleanser yang mana kita guna hanya kuantiti yang sedikit saja, tapi buih dia bagi kinah boleh tahan jugakla. Pencuci muka clinelle caviar gold ni dapat membantu menanggalkan kesan kotoran yang ada pada muka, mencerahkan kulit serta melembapkan dan menganjalkan kulit muka kita.

Cara nak gunanya pun mudah saja, cuma picitkan mengikut kuantiti yang diperlukan ke tapak tangan yang lembap. Kemudian urut secara membulat di kawasan muka dan tengkuk setelah itu boleh lah bilas dengan air biasa.

Bagi kinah, kinah paling suka dengan baunya, wangi seakan bau herba. Tapi bau herba tu takdela menusuk hidung macam bau ubat tu. Di dalamnya terdapat kepingan kecil emas dan apa yang best, cleanser ni langsung tidak mengeringkan kulit korang. So, semua jenis kulit amat sesuai dengan cleanser caviar gold ini. 


Clinelle Caviar Gold : Firming Serum

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness
Clinelle Caviar Gold : Firming Serum

Hat serum ni kinah paling suka. Teksturnya yang cepat meresap membuatkan rutin skincare kinah lebih mudah. Jimat masa akak ni hah mana nak kejar anak, nak kejar kerja rumah lagi. Kalau korang nak tahu, serum clinelle caviar gold firming serum ni dah jadi favourite kinah setelah selesai mencuci muka. Wajib okeh kinah apply pada setiap pagi. Apa yang best dengan serum caviar gold ni ianya 

  • dapat membantu meningkatkan pertumbuhan sel, 
  • dapat membantu kontur v-shape pada wajah kita, 
  • membantu menganjalkan dan mengencangkan kulit wajah 
  • dapat membantu meningkatkan pengeluaran kolagen
  • dapat membantu mengurangkan pigmentasi dan tona tak sekata
  • membantu mencerahkan kulit

Cara penggunaannya pun simple je, selepas wajah kita dibersihkan dan sapu dengan toner korang pam serum ke tapak tangan mengikut kuantiti yang sesuai kemudian sapu dan urut secara membulat sehingga kepingan emas tadi benar-benar telah meresap ke dalam kulit.


Clinelle Caviar Gold : Firming Facial Mask

Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle Kini Boleh Didapati AEON Wellness
clinelle Caviar Gold : Firming Facial Mask

Kinah yakin, ramai dalam kalangan wanita suka sangat pakai mask. Ada satu mask yang patut korang cuba iaitu clinelle caviar gold firming mask. Sejujurnya, kinah ni sejak ada anak kecik sorang lagi, memang tak sempat nak pakai sebarang mask. Tapi bila pakai mask caviar gold ni, kalau boleh hari hari kinah nak pakai sebabnya mask ni dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit, kaya dengan ekstral caviar yang dapat membantu 

  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Melicinkan dan melembutkan kulit
  • Mengurangkan kesan garis-garis halus
  • Melindungi dan menegangkan kulit



Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water

Selain kinah menggunakan skincare caviar gold, kinah juga turut mengamalkan clinelle pure swiss thermal spring water tau. Kinah sebenarnya dah lama aim nak beli clinelle pure swiss ni setelah tahu akan kebaikan clinelle pure swiss thermal spring water ni. Kebetulan aritu singgah Aeon Wellness, terus sambar sebotol.

Dapatkan Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle di AEON Wellness
Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water

Mengapa Clinelle Pure Sweiss Thermal Spring Water menjadi pilihan kinah?

Kalau korang nak tahu, clinelle pure swiss thermal spring water ni merupakan sejenis semburan yang begitu kaya dengan mineral, kalau tak silap kira-kira 20 jenis mineral di dalamnya. Ianya dirumus khas daripada Switzerland dan sangatlah sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, kulit kering, kulit sunburn dan sebagainya. Mempunyai kandungan selenium yang tinggi dapat menyeimbangkan pH 5.5 kulit kita. Selain ianya sesuai digunakan di muka, semburan ini juga sesuai digunakan di bahagian badan lain seperti kulit kepala, badan, kuku, dan kaki. Korang yang rasa tak selesa dengan kulit korang tu, sembur je. 


Kebaikan Clinelle Pure Swiss Thermal Spring Water 

Antara kebaikan yang akan kita peroleh apabila mengamalkan clinelle pure swiss thermal spring water ini ialah :

  • dapat membantu melegakan ketidakselesaan kulit
  • dapat membantu mengecilkan liang pori
  • dapat membantu mengawal minyak berlebihan (di muka)
  • dapat membantu mencegah kelemumur
  • membantu melindungi kulit dari sinaran matahari
  • membantu menguatkan kuku yang lemah
  • membantu melegakan tumit yang pecah

Paling best, kalau korang terlalu lama berada di bawah aircond korang pasti akan rasa kering kan.... Hahhh jangan lupa simpan clinelle pure swiss thermal spring water dalam handbag korang tu. Senang nanti bila nak guna.

Cara gunanya pun mudah je, selepas korang bersihkan wajah dengan cleanser, korang spray je muka tu dan korang akan rasa segar semula atau spray saja di kawasan yang bermasalah. Baru-baru ni, kinah balik ke kampung untuk jumpa keluarga setelah sekian lama tak berjumpa, sekali kat rumah kampung tu pasang aircond saja dan mulalah kulit kinah terasa kering, mujurlah bawak botol ajaib Pure Swiss Thermal Spring Water ni, selesai masalah.



Clinelle UV Defence Ultra Protection Mist Spray SPF50PA** 

Haaaaa ada satu lagi kinah nak share dengan korang mengenai produk clinelle ni. Bagi korang yang sentiasa kerja dan berada di bawah sinaran matahari korang kena cuba clinelle uv defence ultra protection mist spray ni. Sangat mudah dibawa ke mana saja sebab botol dia comel je. Jimat space beg korang tau. Kinah paling suka dengan sunscreen ni sebab ianya jenis spray yang berfungsi  5 dalam 1 sebagai 

Dapatkan Rangkaian Penjagaan Kulit clinelle di AEON Wellness
Clinelle :UV Defence Ultra Protection Mist Spray

  • pelembap untuk mengekalkan kesegaran wajah kita sepanjang hari.
  • membantu melindungi kulit kita daripada sinaran UVA & UVB 
  • mengandungi 100% asid hyaluronik yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit
  • mengekalkan kelembapan sehingga 72 jam lamanya
  • melindungi serta membaikpulih kerosakan kulit akibat sinaran uv.

Clinelle UV defence ultra protection mist spray ini diperkaya dengan dengan bahan organik seperti timun, aloe vera, dan squalane yang diekstrak khas daripada minyak zaitun. Selain itu, kandungan lain seperti ekstrak licorise yang bertindak sebagai pencerah kulit dan dan menghalang wajah kita daripada sunburn. Gabungan Glycogen dan teknologi Protect E, ianya dapat memberi kelembapan kepada kulit  agar kekal hidrasi sepanjang hari.


Review Kinah Menggunakan Rangkaian Produk Clinelle Caviar Gold, Pure Swiss Thermal Spring Water dan UV Defence Protection Mist Spray

Alhamdulillah, setakat ni kinah serasi dengan jenama clinelle ni. Kulit kinah yang kering tu pun dah mula nampak lembap selepas menggunakan rangkaian caviar gold tu. Sebelum tidur, kinah akan pastikan spray  terlebih dahulu tumit kaki yang kering ni, kulit kaki yang kering tak best ok bila kita pijak toto, rasa kesat je. 

Untuk uv defence tu pulak, walaupun kinah ni jarang keluar rumah wajib kinah apply di muka ni setiap hari, untuk perlindungan kulit, nak elak jeragat naik dimuka katakan. Korang yang nak beli sebarang rangkaian produk clinelle ni bolehlah terus beli di Aeon Wellness tau, untuk sebarang maklumat lanjut mengenai clinelle korang boleh layari 

AEON Wellness Facebook Page

AEON Wellness Instagram


1 comment:

  1. senang guna skincare yang boleh dapatkan dari mana2 drugstore atau mall..selalu nmpk brand clinelle ni tapi tak pernah try. mcm best plak baca review kinah ni..

    ReplyDelete