Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah, IDW Design Collection Kan Ada | Memiliki rumah yang cantik, besar, kemas dan tersusun adalah idaman semua orang. Tak kisah la rumah tu jenis apa, sama ada rumah teres, kampung mahupun kondominium, semuanya ada citarasa tersendiri bagaimana nak menghias rumah supaya lebih teratur dan sedap mata memandang. 


Kinah percaya korang mesti selalu bukak pinterest untuk tengok contoh dan dapatkan idea untuk design ruang rumah, susun atur rumah yang sedia ada tu kan. Kinah pun tak terkecuali masa kitorang mula-mula beli rumah ni tahun lepas. Kekononnya la nak hias rumah ni dengan cantik. 


Bila dah dapat idea, bajet pulak tak cukup nak upah interior designer sebab terlebih bajet lepas buat renovation. Salah satu faktornya kesilapan kontraktor sendiri grrr. Geram pulak rasanya. Kekonon nak mengubat kekecewaan nak cari la interior designer tapi lepas survey harga, mahal kot nak upah mereka. Tapi dalam hati teringin nak rumah cantik seperti dalam majalah tu. Nak buat sendiri, bukannya tau sangat. Nampaknya kena pendam dulu hasrat tu.


Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah, IDW Design Collection Kan Ada

Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah, IDW Design Collection Kan Ada

Nak dijadikan cerita, kinah terjumpa satu buku khusus buat mereka yang nak ada rumah dengan rekaan interior design tapi ikut citarasa sendiri. Ehhh ada ke buku macam tu kat Malaysia ni? Ehh mestila ada. Haaa best tak best? Nak tahu lebih lanjut, korang kena baca habis dulu ye.



Pengenalan IDW Design & Build 

Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah, IDW Design Collection Kan Ada
Firma IDW Design & Build yang terletak di Shah Alam

Pertama sekali kinah nak cerita dulu mengenai IDW Design & Build ni. Buat pengetahuan semua, IDW Design & Build merupakan sebuah firma reka bentuk dalaman profesional yang diterajui oleh Encik Lokman Hakim dan Puan Rabiatul Adawiyah yang kini terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Mereka telah berada di dalam industri reka bentuk dalaman lebih dari 13 tahun lamanya. Woww amazing kan. Bukan senang tau nak bertahan lama berada dalam industri interior designer ditambah pula dengan musim pandemik ketika ni. 



Cabaran Membina IDW

Mereka bermula syarikat pembinaan dan reka bentuk dalamn IDW Design & Build (IDW) ni pada tahun 2007 yang mana ketika itu masing-masing berumur 21 tahun dan baru saja menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara, UITM Shah Alam.

Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah, IDW Design Collection Kan Ada
IDr. Lokman Hakim & IDr. Rabiatul Adawiyah
Chairman of IDW

Penubuhan syarikat ini didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk dalaman sebuah banglo yang bernilai RM1.7juta. Pada usia 24 tahun pula, pasangan ini telah menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70K dan projek ini mengambil masa selama satu tahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang berpengalaman dan faktor umur yang masih muda ketika itu, mereka seringkali ditipu oleh kontraktor dan terpaksa menanggung bebanan hutang.


Dengan tekad dan keazaman yang tinggi telah menjadi pembakar semangat buat pasangan ini untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda seterusnya ke peringkat Sarjana. Pada masa yang masa, mereka juga turut menguruskan perniagaan IDW.


Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah beliau sendiri dalam salah satu subjek sewaktu melanjutkan pengajian dalam Sarjana disebabkan kurangnya beri komitmen semasa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. 

Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah, IDW Design Collection Kan Ada

Pada tahun 2012, pasangan ini mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalan dunia perniagaan. Mereka juga bertekad, untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan dengan cabaran dan rintangan serta menanggung segala liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.



Tragedi Kebakaran

Pengalaman ngeri menjadi titik tolak kepada Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa mereka sekeluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. Daripada kejadian ngeri itulah, menjadi "push factor" kepada pasangan ini untuk mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW pada masa akan datang dan mereka bertekad untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.



Fenomena COVID

Tahun 2020 telah menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan seluruh dunia yang mana berlakunya penyebaran virus COVID dan akibatnya seluruh negara berhadapan dengan  "total lockdown" dan semua individu perlu duduk di rumah saja.

Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa jua cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.

Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah, IDW Design Collection Kan Ada

Disebabkan dengan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang yang lebih selesa untuk bekerja, belajar, dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Disebabkan "New Normal" seperti ini telah mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan buku Design Collection.



Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang semakin diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil yang mewah dalam setiap projek yang telah berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, ini membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. 

Malah, IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai lagi pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa pelanggan dan menghasilkan rekaan yang berkualiti. Semoga dengan adanya buku Design Collection ni, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik ini.

Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah, IDW Design Collection Kan Ada

Antara Contoh Design yang pernah dihasilkan oleh IDW.

Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah, IDW Design Collection Kan Ada

Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah, IDW Design Collection Kan Ada


Review Kinah Bagi Buku IDW Design Collection

Sejujurnya, bagi kinah setiap rumah kena ada senaskhah IDW Design Collection ni tau. Kinah dah belek dari muka surat 1 hingga muka surat 423, memang sangat details. Korang yang blur tak tau nak cat warna apa pada ruang yang korang nak, hmm memang tak payah pening dah. Semuanya ada dalam tu. Korang cuma pilih nak design yang mana satu. 

Nak Rumah Cantik Seperti Upah Interior Designer Dengan Bajet Rendah, IDW Design Collection Kan Ada
Thahirah tengah membelek dan memilih design bilik idamannya

Satu lagi, buku Design Collection ni menggunakan kulit yang tebal dan muka surat berwarna. Thahirah yang baru tadika ni pun rambang mata tengok design bilik idaman yang ada dalam Design Collection ni tau.


Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.


DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!

RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)

https://idw.design/idw-collection-design


#IDWMalaysia

#IDWDesignCollection 

#FIRSTPLUGandPLAYINTERIORDESIGNBOOKINMALAYSIA

#idwdesignnbuild

#200exclusiveinteriordesignsin1book

#bestinteriordesigninmalaysia  

#houseinteriordesigninmalaysia  

#interiordesigninmalaysia

#topinteriordesigninmalaysia

#topinteriordesigninselangor

#topinteriordesigninshahalam

#minimalisthousedesign

#modernhouseinterior

#bohoroomdecor

#bohemiandecor

#contemporaryinteriordesign

#houseinteriordesigninselangor

#aestheticbedroom

#livingroomdesign

#bedroominteriordesign

#Interiordesignbumiputra

#outdoordecor

#famousinteriordesigners

#famousinteriordesignersinmalaysia

#artdecointeriordesign

#3droomdesign

#decorationdesign

#interiordesignnearme


4 Comments