Produk Organik Urban Ecolife Agrofarm Buat Mereka yang Pentingkan Kesihatan  | Kalau dahulu produk organik ni orang tak berapa pandang sangat sebab kurangnya pendedahan. Kini, di zaman teknologi yang serba canggih ni  dengan semua maklumat dihujung jari saja menjadikan produk organik semakin menjadi pilihan. Kinah pun tak terkecuali memilih produk organik yang bebas dari bahan kimia, serta racun serangga untuk kegunaan kesihatan.

Mana tak nya, umur pun semakin lama semakin tua, pemakanan pun kekadang tak jaga kena fikir juga soal kesihatan. Bukan kesihatan diri sendiri je kena fikir, kesihatan keluarga pun turut menjadi keutamaan kinah sekarang. Oleh itu, kinah buat keputusan untuk memilih beberapa produk dari Urban Ecolife untuk kegunaan kami sekeluarga. 


Mengapa Produk Urban Ecolife Menjadi Pilihan

Seperti mana yang kinah terangkan secara ringkas di atas, produk organik ni bebas dari bahan kimia yang berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia pada jangka masa yang panjang. Disebabkan itu, pihak Urban Ecolife telah mengambil inisiatif dengan mengeluarkan produk organik dan tanaman yang dihasilkan berasaskan bahan semula jadi yang di olah dan diguna semula dari sekitar ladang mereka.

Produk Organik Urban Ecolife Agrofarm Buat Mereka yang Pentingkan Kesihatan

Bestnya kalau dapat melawat ladang mereka. Tapi tu la sekarang ni kan tengah wabak pandemik. Kena tangguh dulu la buat seketika.

Korang mesti nak tahu pengasas produk organik Urban Ecolife ni kan? Sebenarnya pengasas bagi produk Urban Ecolife ini ialah Dr Abdul Aziz Azimuth. Pernah dengarkan nama beliau, beliaulah pengasas kepada produk Dr Azimuth. Siapa tak kenal nama beliau. 

Berbalik semula dengan produk dari Urban Ecolife ni, teruja sebenarnya dapat merasai sendiri produk keluaran Urban Ecolife ni. Jadi selepas mencuba sendiri, kinah nak kongsi beberapa produk keluaran mereka.
Menyesal pun ada sebab tak pernah tau sebelum ni.


1. Madu Apis Mellifera


Produk pertama yang kinah nak kongsikan dengan korang ialah madu lebah. Semua tahu akan khasiat madu lebah kan. Di Urban Ecolife, terdapat 2 jenis madu iaitu Madu Kelulut dan satu lagi ialah Madu Apis Mellifera atau lebih dikenali sebagai madu lebah Eropah. Kinah sendiri baru tau pasal lebah ni selepas search di wikipedia. Disebabkan itu, kinah buat keputusan untuk memilih madu apis mellifera sebabnya ada khasiatnya yang kinah perlukan untuk kesihatan.

Khasiat Madu Apis Mellifera Keluaran Urban Ecolife

  • Meningkatkan kekuatan otot dan stamina
  • Membantu melegakan ulser dan luka dengan lebih cepat
  • Bertindak sebagai antibiotik secara semulajadi
  • Membantu melegakan batuk dan masalah sakit tekak
  • Membantu menjaga kesihatan kulit
  • Membantu melancarkan sistem pencernaan
  • Boleh juga menjadi pengganti gula

Cara Amalkan Madu Apis Mellifera

Ambil 1 sudu dan amalkan 2 kali sehari. Seperti biasa, hanya gunakan sudu plastik saja. dan jangan lupa minum air masak dengan secukupnya ye.



2. Minyak Kelapa Dara Dari Urban Ecolife


Apabila sebut pasal minyak kelapa dara, semua orang tahu mengenai khasiatnya. Minyak kelapa dara dari Urban Ecolife ini terhasil daripada kelapa terpilih yang diproses secara fermentasi. Minyak kelapa ini mengandungi asid laurik yang tinggi.

Sesuai sangat untuk diminum, di sapu pada kulit, rambut, dan juga seluruh tubuh badan.


Khasiat Minyak Kelapa Dara Urban Ecolife

  1. Meningkatkan metabolisme badan dan menurunkan berat badan.
  2. Mengurangkan risiko masalah jantung
  3. Menjaga kesihatan kulit agar  sentiasa lembut dan sihat
  4. Menjaga kesihatan rambut supaya sihat dan mudah diurus
  5. Membantu menstabilkan kadar gula dalam darah
  6. Memperbaiki sistem penghadaman dan membantu penyerapan nutrisi
  7. Membantu melindungi dan menjaga kesihatan buah pinggang

Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara

Ambil 1 sudu makan minyak kelapa dara diikuti dengan segelas air sebanyak 2 kali sehari. Selain makan, ianya juga boloeh disapu pada anggota badan serta dijadikan sebagai "salad dressing"



3. Serbuk Campuran Herba Atasi D-Tinggi

Muda lagi dah ada tekanan darah tinggi. Hmm biasa la apabila pemakanan tak jaga, excercise pun ke laut, ditambah dengan berat badan berlebihan memang mendapat la. Memang tak boleh nak elak benda ni. Selain makan ubat, kita cuba ikhtiar dengan serbuk campuran herba atasi darah tinggi ni.



Mengandungi hempedu bumi, misai kucing, daun pegaga dan madu kelulut.


Khasiat Serbuk Campuran  Herba Atasi D-Tinggi

  1. Membantu mengawal tekanan darah
  2. Membantu mengatasi masalah sukar tidur
  3. Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan
  4. Mengandungi antioksida yang tinggi
  5. Meningkatkan tahap stamina badan
  6. Membantu mengeluarkan toksik yang berlebihan dari dalam badan

Cara Pengambilan Serbuk Campuran Herba Atasi D-Tinggi

Terdapat 2 cara pengambilan serbuk campuran ini iaitu 

1. Air Suam - Ambil 1 sudu teh serbuk herba dengan 2 sudu Madu Kelulut @ Madu Apis Mellifera. Kemudian campurkan dengan air suam kacau hingga rata dan minum

2. Smoothie - Kisar 1 sudu serbuk herba dengan 1 cawan air dan beberapa ketul ais untuk dijadikan minuman smoothie. Jika hendak lebih sedap, boleh juga dicampurkan dengan Madu Kelulut @ Madu Apis Mellifera

88i

4. Serbuk Campuran Herba Atasi  K-Manis

Selepas melahirkan Lulu, kinah agak takut sebenarnya dengan perkataan kencing manis. Jadi, atas saranan pakar, bawak-bawakla kurangkan gula dalam pemakanan seharian. Tapi walau macam mana sekalipun, keinginan tu tetap ada. Jadi, nak bagi seimbangkan semula kandungan gula dalam darah, kinah cuba serbuk campuran herba atasi kencing manis ni sebagai ikhtiar. 


Bagi yang telah diarahkan untuk 
makan ubat, korang perlu jarakkan pengambilan herba ni dengan ubat selama 2 jam ye. 

Mengandungi hempedu bumi, peria katak, misai kucing dan madu kelulut.


Cara Pengambilan Serbuk Campuran Herba Atasi K-Manis

Cara pengambilan serbuk herba ini sama saja dengan cara pengambilan serbuk  campuran herba D-Tinggi iaitu

1. Air Suam - Ambil 1 sudu teh serbuk herba dengan 2 sudu Madu Kelulut @ Madu Apis Mellifera. Kemudian campurkan dengan air suam kacau hingga rata dan minum

2. Smoothie - Kisar 1 sudu serbuk herba dengan 1 cawan air dan beberapa ketul ais untuk dijadikan minuman smoothie. Jika hendak lebih sedap, boleh juga dicampurkan dengan Madu Kelulut @ Madu Apis Mellifera


Review Kinah Mengenai Produk Organik Urban Ecolife

Kinah dah cuba 4 produk organik Urban Ecolife Agrofarm ni dan kinah memang berpuas hati dengan kesemua produk ni. Jika ditanya yang mana menjadi pilihan kinah? Semestinya kesemua produk tersebut. Setiap produk mempunyai khasiat yang tersendiri walaupun campuran herba tu pahit sedikit, biasala dah nama pun herba kan. Tahap kesihatan kinah pun semakin baik. Kinah bercadang nak lawat ladang mereka nanti la. Nak bagi pendedahan kepada si kakak tu tentang tumbuh-tumbuhan dalam masa yang sama kinah nak tengok bagaimana mereka hasilkan produk-produk yang baik dan berkualiti.

Selain produk kesihatan, Urban Ecolife Agrofarm juga turut menghasilkan baja-baja organik dan sayuran-sayuran organik. Bagi yang berminat untuk dapatkan sayuran organik dan baja organik korang boleh je datang ke ladang mereka yang terletak di Gombak Selangor dan Mersing Johor.

Untuk dapatkan sebarang info mengenai produk Urban Ecolife Agrofarm, korang boleh layari



2 Comments

  1. Semoga dilimpahkan rezeki..produk kesihatan dan kecantikan adalah sinonim..perlu

    ReplyDelete
  2. produk yang baik, tak salah berkongsi kan

    ReplyDelete