Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering | Kinah tau, untuk mencari skincare yang sesuai dengan keadaan kulit kita bukannya mudah. Macam kinah dulu banyak try and error, apabila ada skincare yang tak sesuai dengan kulit kinah, terus kinah stop. Tak berani nak tanggung risiko sebab wajah kita ni pun salah satu aset utama.

Jadi, bila dah tau condition skin kita macam mana, kinah akan cari skincare yang sesuai dengan kulit kinah yang kering dan sensitif ni dan paling penting semestinya ianya halal. Bukan makanan saja kena halal ye, segala barang yang kita guna dan pakai pun kena halal juga.


Kitsui Korean White Skincare For Dry & Normal Skin

Salah satu skincare halal Korea yang kinah jumpa dan sesuai dengan kulit kering kinah ni ialah Kitsui Korean White Skincare. Kinah ingatkan Kitsui ni cuma ada produk suplemen saja, rupanya produk skincare pun ado ha. Senang sangat la macam ni, all in one kata orang putih.

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering

Wahhh kinah ingatkan Kitsui ni cuma ada produk suplemen saja, rupanya skincare pun ado ha. Senang sangat la macam ni, all in one kata orang putih ala ala Kbeauty, Korean Halal Skincare.

Lagipun, semua produk dari Kitsui terutama produk skincare dijamin HALAL, bebas bahan Alkohol dan menggunakan essential oils sebagai pewangi semulajadi.

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering

Selain itu, produk skincare ini juga bebas dari bahan berbahaya seperti :
  • Sumber haiwan
  • Pewarna tiruan
  • Paraben
  • Bahan toksin
  • Sulfat
  • Perfume
  • Paraffin
  • Silikon

Untuk range bagi kulit kering seperti kinah ni, kita disarankan untuk menggunakan Kitsui Korean White Skincare Dry & Normal Skin

Excited kinah nak cuba rangkaian skincare Korea ni yang dikatakan dapat membantu menjadikan kulit kita lebih cerah, bersih dan of course la kita nak kulit yang sihat.

Untuk itu, kinah telah memilih hanya 4 item sebagai produk skincare untuk kegunaan harian kinah. Nak beli semua takut tak sempat nak pakai pulak. Jadi, kinah ambik yang basic je iaitu

  • Korean White Cleansing Gel
  • Korean White Toning Lotion
  • Korean White Essence Serum
  • Korean White Moisturizer

Ni kinah nak kongsi step mudah untuk penjagaan kulit muka dari Kitsui Skincare. Jika kita ikut step yang diberikan, insyaAllah korang akan dapat kulit sihat seperti diidamkan.

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering


Korean White Cleansing Gel

Cleansing gel ni paling kinah suka sebab packagingnya dalam bentuk pam. Senang sangat, hanya pam saja di telapak tangan yang telah dibasahkan kemudian urut sikit dan stail kinah, kinah akan biarkan selama beberapa minit kemudian baru bilas dengan air bersih.

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering
Kitsui Korean White Cleansing Gel

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering

Mengandungi bahan-bahan seperti
COENZYME Q10 - Melambatkan tanda penuaan
NIACINAMIDE Vitamin B3 - mencerahkan kulit, membantu kulit kekal lembap, bebas kemerahan
Vitamin E - Meningkatkan penghidratan kulit


Kebaikan Kitsui Korean White Cleansing Gel Dry & Normal

  • Membersihkan kulit dengan cekap tanpa menyebabkan kulit kekeringan
  • Membantu mencegah tanda-tanda penuaan kulit seperti masalah kulit kendur dan berkedut
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Membantu meneutralkan radikal yang berbahaya yang menyebabkan tanda penuaan


Korean White Toning Lotion

Langkah seterusnya ialah kita guna toning lotion sebagai toner. Kalau dulu kinah ni tak berapa rajin sangat nak pakai toner, tapi sejak timbul jerawat sana sini, nak tak nak kena pakai juga la. Nak guna pun mudah je, dap dap dan satu lagi yang kinah perasan kan, botol dia direka supaya tak senang tumpah. Jadi, takde la membazir.

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering
Kitsui Korean White Toning Lotion

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering

Mengandungi bahan-bahan seperti COENZYME Q10 menegangkan dan menganjalkan kulit, Galactomyces (Rice Water) membantu mengurangkan saiz liang pori dan mencerahkan kulit, dan juga Rosemary membantu mengurangkan pigmentasi, memperbaiki tona kulit. Kesemua bahan ini berperanan sebagai

  • Melembapkan kulit dan menghalang sel kulit mati berkumpul di permukaan kulit
  • Mengembalikan keseimbangan kelembapan semulajadi kulit 
  • Mencerahkan kulit
  • Membersihkan liang pori yang kotor
  • Membantu mengurangkan whitehead dan blackhead di wajah kita


Kitsui Korean White Essence Serum

Nampak je dia kecik, tapi khasiat dia seribu guna orang kata. Korang yang ada masalah kulit seperti parut, tanda-tanda bintik hitam memang kena cuba serum kbeauty dari Kitsui ni. Memang puas hati.

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering
Kitsui Korean White Essence Serum

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering

Mengandungi bahan-bahan seperti Rosemary yang kaya dengan kandungan vitamin c membantu menjadikan kulit kelihatan lebih bersih dan cerah, Coenzyme Q10 menjadikan kulit tegang, sihat dan licin dan Niacinamide Vitamin B3 yang dapat membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan bekas parut. 

Tekstur dia yang lebih ringan, tak melekit dan mudah diserap ke dalam kulit kita di samping membantu mencerahkan kulit kita.  Best kome oii, sapa tak nak kulit cerah dan sihat ni.Ia membantu memperbaiki masalah kulit wajah dengan kandungan konsentrat bahan aktif.


Kitsui Korean White Moisturizer

Yeayy kita dah sampai step yang terakhir iaitu Kitsui Korean White Moisturizer. Sebenarnya guna toner dan serum saja tak cukup tau. Jadi, moisturizer janganlah dilupakan. 

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering
Kitsui Korean White Moisturizer

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering

Banyak kebaikan apabila moisturizer menjadi "teman baik" kita yang mana mengandungi bahan seperti Niacinamide mencerahkan, melembap dan menghaluskan kulit. Hyaluronic Acid membantu mengurangkan masalah kulit kusam dan warna kulit tidak sekata. Coenzyme Q10 pula membantu melambatkan tanda penuaan, bintik hitam, garis halus dan kedutan. Moisturizer ni dikatakan dapat membantu 

  • Melembapkan kulit dan menghalang sel kulit mati berkumpul di permukaan kulit
  • Mengembalikan keseimbangan kelembapan semulajadi kulit 
  • Mencerahkan kulit
  • Membersihkan liang pori wajah
  • Membantu mengurangkan whitehead dan blackhead di wajah kita

Bagi korang yang ada masalah kulit seperti kinah, apa kata cuba pula skincare Korea dari Kitsui ni. Belum cuba belum tahu. Dah cuba, dan serasi dengan kulit, konsisten jer. 

Untuk korang dapatkan butir-butir lanjut mengenai Kitsui, korang boleh terus layari sosial media official Kitsui

Kitsui, Cantik Semulajadi !

Kitsui Korean White Skincare Halal Bagi Mereka Yang Mempunyai Kulit Kering


Grab your KITSUI now at the pharmacist near you !

Enjoy 10% Off with no min. spend with any purchase of KITSUI Skincare at Kitsui’s Official Website or Shopee today using CODE ‘ KITSKIN ‘ !

Kitsui Website : https://kitsui.com.my/

Kitsui Official Shopee Mall : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

Kitsui Official Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia

Kitsui Skincare Official Instagram : https://instagram.com/kitsuiskincaremy








Post a Comment

0 Comments