Advertisement

Responsive Advertisement

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik | Sepanjang tahun 2021, pelbagai ujian dan dugaan yang perlu kita tempuhi dan menjadi ikhtibar buat kita semua. Kami sekeluarga juga pernah berada dalam fasa kuarantin disebabkan suami ada kontak rapat. Syukur alhamdulillah, kami berjaya menempuhnya walaupun pahit untuk ditelan.

Meskipun wabak pandemik ini masih belum berakhir ditambah pula dengan musibah banjir pada penghujung Disember 2021 yang lepas menjadikan kita semua semakin 'down'.

Ramai peniaga dan usahawan terjejas disebabkan pandemik yang melanda kerana tidak dapat meneruskan operasi perniagaan disebabkan pelaksanaan PKP, baru sahaja nak berniaga terkena tempias banjir pula.

Namun, kita tak boleh terus 'down' kerana akan banyak lagi cabaran yang bakal kita tempuh akan datang. Menyedari akan permasalahan ini, pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) Datuk Wira Dr. Azizan Osman tampil ingin membantu meringankan masalah yang dihadapi kepada peniaga-peniaga kecil mahupun , usahawan yang terjejas di musim pandemik ini.

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik



Perjalanan RichWorks Sepanjang Tahun 2021

Setiap orang ujian yang diterima adalah berbeza, begitu juga dengan pengasas RichWorks Datuk Wira Dr Azizan Osman yang turut sama terkesan yang mana beliau dan 31 ahli keluarganya yang lain termasuk ibu mertuanya dijangkiti COVID-19. Sesungguhnya itu adalah satu ujian besar buat beliau sekeluarga.

Lebih menyayat hati, ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia akibat COVID-19 malah beliau sendiri disahkan oleh doktor yang merawat beliau bahawasanya sudah tiada harapan jika tiada sebarang perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Kuasa Allah melebihi segalanya. Alhamdulillah, kini beliau semakin pulih. Baginya, ini adalah peluang kedua yang diberikan daripada Allah SWT kepadanya dan peluang yang ada ini akan digunakan sebaiknya dengan membantu mereka yang memerlukan khidmat beliau terutamanya usahawan dalam RichWorks Academy dibawah bimbingan beliau.

Buat pengetahuan semua, RichWorks juga turut terkesan dengan musibah banjir pada tahun 2021. Namun begitu, ianya bukanlah satu sebab untuk beliau berputus asa dengan apa yang telah dilakukan selama ini.

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik


Tidak Mudah Berputus Asa, Komited Bantu Usahawan Untuk Bangkit

Meskipun pelbagai ujian terpaksa ditempuhi, beliau tidak berputus asa. Malah terus bangkit. Buktinya, tidak lama selepas keluar dari hospital dan sedang menjalani proses pemulihan, beliau begitu komited untuk menjalankan program percuma untuk membantu para usahawan untuk terus bangkit dan kembali berdiri di bumi yang nyata.

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa telah dijayakan dengan memberi tunjuk ajar, dan kekuatan mengenai keusahawanan kepada orang ramai. Dimana secara keseluruhannya pada tahun 2021 saja, RichWorks telah membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang telah ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada tahun lalu seperti business bootcamp, Richwell dan sebagainya.


Program RichWorks Disebut Dalam Dewan Rakyat

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik
Pelbagai program yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dan akhirnya salah satu program anjuran RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan apabila disebut di dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kobolarasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


RichWorks Prihatin

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Richworks, Encik Radz Mohd memberitahu bahawa pihaknya tidak ketinggalan dalam membuat sumbangan kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) yang mana Kempen #RichWellBantu yang digerakkan oleh Dr Azizan bermula Julai tahun lalu telah berjaya mengumpulkan RM501,497.00 bagi membantu lebih 2000 keluarga.

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Malah, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 berjaya dikumpulkan dari usahawan RichWorks dalam tempoh 24 jam bagi mangsa banjir di negeri Selangor pada 18 Disember tahun lalu.

Selain itu, RichWorks bersama ahli Titanium dan Spire lain turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ni.

Malah, ahli Titanium serta anak didik RichWorks turut menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. 


From Zero To Million

Sehingga kini, RichWorks terus mendapat perhatian dalam kalangan usahawan di Malaysia sebagai buktinya pada tahun lalu jumlah peserta keseluruhan mentoring  RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 dengan jualan terkumpul sebanyak RM3.7 bilion.

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Bagi Ahli RichWorks Titanium saja, seramai 312 usahawan telah berjaya hasilkan RM3.2 bilion, manakala 519 ahli Spire pula berjaya hasilkan RM495 juta dan 1024 ahli EliteX berjaya menghasilkan RM46.9 juta. 

Pergh bukan kaleng-kaleng mereka semua ni.

Melalui program bimbingan Spire, RichWorks turut menyediakan didikan dan tamparan semangat kepada para usahawan untuk mencapai 1 juta pertama dalam tempoh setahun. Alhamdulillah, seramai 72 usahawan berjaya mencapai angka 1 juta dibawah bimbingan RichWorks.

Bukan itu saja ye, sebanyak 77 bisnes dibawah bimbingan RichWorks turut berjaya mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes berjaya mencapai RM50 juta ke atas dan lima bisnes lagi berjaya mencapai RM100 juta ke atas pada tahun 2021.

Alhamdulillah, mungkin ini hikmah disebalik pandemik yang melanda. Kita usaha, kita berjaya. 


Video Perjuangan RichWorks Sepanjang Tahun 2021

Di bawah kinah sertakan bingkisan perjalanan RichWorks sepanjang tempoh 2021. Mungkin sedikit sebanyak memberi inspirasi dan semangat untuk kita semua untuk menempa kejayaan seperti mereka.


Sebagai kesimpulannya, dalam apa jua hal yang ingin kita lakukan sebaiknya kita berguru supaya halatuju kita lebih jelas dengan visi kita. Semoga apa yang kita rancang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Bagi yang ingin mengenali RichWorks, RichWorks merupakan sebuah syarikat yang memberi bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan.

Perjalanan Richworks Sepanjang Tahun 2021 Dalam Usaha Membantu 60K Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Sejak tahun 2008, RichWorks telah berjaya melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1500 acara, seminar live dan virtual online (dalam talian).

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 

Korang nak dapatkan info mengenai RichWorks boleh terus ke website rasmi RichWorks ya




Post a Comment

3 Comments

  1. Seronok bila tahu byk usahawan kat Malaysia nie rupanya bawah bimbingan RichWorks

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete

m