Info dan Maklumat Mengenai Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM)

Info dan Maklumat Mengenai Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM) | Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali dengan BKM telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu golongan B40 dan M40. Bantuan ini merupakan bantuan tunai kerajaan yang bersasar bagi meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Buat pengetahuan semua, permohonan ini telah dibuka pada awal tahun 2022 yang mana tempoh permohonan dan kemaskini maklumat BKM bermula pada 1 Januari hingga 31 Januari.

Info dan Maklumat Mengenai Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM)

Bagi penerima sedia ada, jika terdapat sebarang perubahan maklumat hanya perlu kemaskini permohonan sedia ada manakala bagi pemohon yang tiada maklumat dalam pangkalan data perlu membuat permohonan semula.


Syarat Kelayakan Pemohon BKM

Penerima yang layak memohon BKM hendaklah

1. Isi Rumah - 
  • Kahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Pendapatan isi Rumah adalah RM5000 ke bawah

2. Warga Emas Bujang / Tiada pasangan -
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah adalah RM5000 dan ke bawah

3. Bujang -
  • Bujang atau ibu atau bapa tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Had umur adalah 21 hingga 59 tahun
  • Pendapatan bujang adalah RM2500 ke bawah


Kadar Bayaran Bantuan BKM yang akan Diterima Mengikut Kategori

Jumlah bayaran akan diterima adalah sebanyak RM2000 maksimum dan mengikut kategori kelayakan yang ditetapkan seperti jadual di bawah

Info dan Maklumat Mengenai Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM)

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

Cara Permohonan BKM

Sesiapa dahulu merupakan penerima BPR 2021, data BKC B40 dan data pemohon BPR2021 yang gagal atas alasan terima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disahkan kelayakan.

Jika tiada rekod dalam pangkalan data di LHDNM, permohonan baharu perlulah dibuat. Bagi penerima sedia ada dan ingin membuat perubahan maklumat, kemaskini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Bagi mereka yang TIDAK mempunyai sebarang perubahan maklumat, boleh terus login untuk memastikan permohonan telah diterima di dalam sistem BKM 2022.

Boleh lihat cara permohonan dan semakan  serta maklumat lanjut mengenai BKM boleh layari 

Hotline BKM LHDNM
1-800-88-2747 

Hotline BKM MOF 
03-8882 4565/03-8882 4566 

e-Mel : bkm@treasury.gov.my

Alamat Surat Menyurat
Sekretariat BKM, Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.



Post a Comment

1 Comments