Vitamin Chewies Immunolicious Gummy Bantu Tingkatkan Imunisasi Anak

Vitamin Chewies Immunolicious Gummy Bantu Tingkatkan Imunisasi Anak | Wabak pandemik masih belum berakhir. Malah timbul pulak varian baru sejak dua menjak ni. Jadi, kita sebagai ibu bapa ni semestinya bimbang akan kesihatan anak-anak ditambah pula sekarang ni sesi persekolahan secara bersemuka dah bermula, tak seperti awal Covid melanda negara kita pada 2 tahun lepas, semuanya PDPR saja. 

Walaupun pihak tadika mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib, kalau benda nak jadi akan terjadi jugak. Kalau boleh mintak jauhkan la semua tu. Ibu mana yang sanggup tengok anak sakit kan. 

Vitamin Chewies Immunolicious Gummy Bantu Tingkatkan Imunisasi Anak

Oleh itu, sindrom mak yang terlebih risaukan kesihatan anak ni, kinah akan pastikan sebelum dia ke sekolah, kakak akan ambil terlebih dahulu Chewies ImmunoLicious ni bagi menguatkan sistem imun si kakak. Nak bagi pada si adik, umur dia belum cukup 2 tahun lagi. 

Sebelum ni, kami ada juga beri pelbagai jenama vitamin untuk anak-anak kami, tapi kali ni kami ingin mencuba sesuatu yang baru pula. Bila dengar Immunolicious ni mengandungi wellmune, tergerak hati ni nak mencuba.


Mengapa Chewies Immunolicious Gummies Menjadi Pilihan?

Chewies Immunolicious Gummies ni kalau korang nak tahu, ianya merupakan suplemen kanak-kanak yang diperakui Halal dan paling mudah diambil oleh kanak-kanak dua tahun dan ke atas sebabnya ianya berbentuk yang boleh menarik minat anak dan gummies.

Vitamin Chewies Immunolicious Gummy Bantu Tingkatkan Imunisasi Anak

Selain itu, ianya mempunyai wellmune iaitu sebagai natural booster yang akan bertindak lebih baik daripada vitamin C. Macam biasa la, sebelum nak bagi anak makan, confirm ibu kena 'test' dulu.  Bila dah rasa hmm padan la si kakak asyik mintak je vitamin ni tak kira siang atau malam, rupanya sedap. Kalau tak jaga betul-betul vitamin ni, agaknya sekejap je dah licin dibuatnya macam makan ulam. Fuhhh bahaya nih....


Apa Itu Wellmune?

Korang perasan tak tadi kinah ada sebut pasal wellmune? Mesti korang nak tahu sangat pasal wellmune tu kan?.

Vitamin Chewies Immunolicious Gummy Bantu Tingkatkan Imunisasi Anak

Wellmune ni sebenarnya dikatakan dapat membantu meningkatkan fungsi sistem imun pada tubuh kita secara semulajadi yang mana serat yang dipanggil yis beta glucan akan menguatkan sel imun untuk menghapuskan dan melawan penyakit yang boleh membahayakan kesihatan kita

Chewies Immunolicious Gummy ni didatangkan dengan 3 perisa iaitu, strawberi, oren dan mangga. Kinah pilih strawberi dan oren untuk si kakak. Habis nanti dua botol tu kita cuba flavour mangga pulak. Suka betul si kakak dengan vitamin chewies ni.

Vitamin Chewies Immunolicious Gummy Bantu Tingkatkan Imunisasi Anak

Alhamdulillah, sejak kakak amalkan chewies immunoliciuos ni dah kurang hidung berair pada waktu pagi dan jarang sangat kakak jatuh sakit. Sebelum ni, hidung kakak akan berair setiap kali nak ke sekolah sampai cikgu kata dia selsema. Padahal tak pun.  

Korang yang nak tahu lebih lanjut mengenai vitamin Chewies immunolicious ni boleh layari




Post a Comment

1 Comments

  1. elok kasi makanan tambahan mcm ni.. paham2 la skrg ni risau keadaan kesihatan anak2

    ReplyDelete