Jangan Lupa Rebut Deals Di Aplikasi Marrybrown Sekarang| Itu hari kecoh di Twitter mengenai ayam family meal Marrybrown dengan harga RM1. Biar betul seringgit je ayam tu.

Kinah takut scam je, iyelah sekarang ni kan banyak je scam. Dalam takut tu, gatai jugak nak install aplikasi Marrybrown. Mana la tahu apa yang ditular tu betul.

Sekali!!!!!!!

Memang real weh, ada je deals RM1 untuk family meals. 

Jangan Lupa Rebut Deals Di Aplikasi Marrybrown

Tapi takde rezeki nak redeem ayam singgit Marrybrown tu sebab dah penuh.. Arghhhh menyesal betul.

Jangan Lupa Rebut Deals Di Aplikasi Marrybrown

Walaupun deals RM1 tu dah takde, kinah redeem je apa yang ada untuk habuan berbuka puasa nanti. Jadi cuba la nasib untuk redeem yang RM5 untuk MB Crispy Chicken Bucket 5pcs pula, pun tak dapat jugak tebus sebab dah reach limit. Takpe la, tebus je la mana yang available.

Jangan Lupa Rebut Deals Di Aplikasi Marrybrown

Lepas dah redeem semua malam tu, esok siangnya, ajak Yop bersiap pergi ke cawangan yang terdekat dengan rumah kami di Marrybrown Caltex Sg. Choh. Kitorang dah decide nak pergi awal sikit sebab nak elak jammed dekat simpang Perodua tu. Kang balik lambat kesian dekat kakak tunggu lama kat luar pagar tu.

Jangan Lupa Rebut Deals Di Aplikasi Marrybrown

Sekali, bila sampai je Marrybrown, lengang je tempatnya. Kinah sorang je customer pada masa tu. Agrhh tak payah susah nak beratur, terus je ke kaunter dan tanya pasal deals tu.

Fuhh lega dengar apabila mereka kata boleh redeem. Kinah terus redeem deals yang available. Sebab ada yang dah out of stock. 

Nak redeem deals ni pun mudah je, korang cuma tunjuk je deals yang dah korang tebus di kaunter bayaran. Kemudian bayar.

Memang berbaloi la rebut deals semua ni. Dapat la ayam crispy seketul. 

Jangan Lupa Rebut Deals Di Aplikasi Marrybrown

Korang yang nak jugak Deals menarik dari Marrybrown, kena install dulu aplikasi Marrybrown di Play Store atau pun google play ye. Lepastu masukkan nama dan no telefon untuk register. Kemudian jangan lupa tebus deals tu. 

Untuk dapatkan maklumat dan info terkini Marrybrown jangan lupa follow sosial media mereka


FB: @marrybrownmalaysia
Twitter : @marrybrownMY
Instagram : @MarrybrownMY
website: https://marrybrown.com



1 Comments