Novel Allah Teratas By Mazlina My

Novel Allah Teratas By Mazlina My | Assalamualaikum semua, hari ni kinah nak kongsi satu novel baru dalam koleksi novel kinah. Agak lama tak beli novel sebenarnya.  Buat pengetahuan semua, novel ni baru saja diterbitkan pada tahun 2022. Siapa yang pergi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) hari tu mungkin perasan buku ni. Tapi kinah tak pergi pun ke pesta buku sebab kekangan masa. Jadi, Kinah beli novel Allah Teratas ni terus dari penulisnya sendiri, Puan Mazlina My.

Kalau nak tahu Puan Mazlina My ni sebenarnya guru kelas kinah masa tingkatan 5 masa di Teknik Manjung (kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Manjung) dulu dan hingga kini kami masih lagi berhubung. Bila tengok status cikgu akan keluarkan sebuah novel, terus excited nak dapatkannya dan sentiasa menantikan update daripada cikgu bila buku release. Kita as ex student ni kena support la cikgu kita. Siapa lagi nak support kan!!!

Alhamdulillah, kinah selesai baca novel ni dalam dua hari je sebabnya novel ni plot dia bukannya meleret macam cerita cinta. Kalau cerita cinta tu korang boleh habiskan, Allah Teratas ni hanya 22 bab je kot. Pejam mata je habiskan.

Novel Allah Teratas By Mazlina My
Allah Teratas By Mazlina My

Jalan cerita novel ni bagi kinah lain dari yang lain. Lagi satu, jalan cerita novel ni sebenarnya diadaptasi daripada cerita sebenar dan bukan fiksyen semata.

Jarang jumpa novel macam ni kan. 

Jika selalu kita baca novel, kebanyakannya penulis novel akan bawa watak perempuan yang sering ditindas, dihina tapi kali ni penulis novel, beliau bawa watak lelaki sebagai watak utama iaitu Hilmi Hakimi, seorang anak muda yang berasal dari kampung yang begitu cekal dan tabah menghadapi ujian untuk meneruskan kehidupan selepas ayahnya meninggal dunia namun begitu beliau tidak pernah putus asa demi mencapai cita-cita beliau. 

Walaupun sering diuji, beliau percaya dengan berkat kesabaran, doa restu dari ibunya, sentiasa berusaha, dan tak lupa juga Allah yang Satu tu InsyAllah, kita pasti akan berjaya.

Agak-agak korang siapa Hilmi Hakimi di alam realiti? Orangnya wujud tau di alam realiti dan kini beliau semakin dikenali ramai.

Tak nak la cerita lebih-lebih. Nanti tak best pulak.. Nak tahu jalan cerita sebenar korang kena dapatkan novel Allah Teratas terbitan Akademi Bonda Nur ni.

Bagi kinah novel ni perlu menjadi naskhah wajib sebagai bahan bacaan di rumah mahupun di sekolah. InsyaAllah, cikgu ada bagitau, tak lama lagi nashkah Allah Teratas ni akan berada di kedai buku Popular dan kini masih dalam proses.

Jika korang nak dapatkan novel ni boleh email kinah di kinahnazari@gmail.com nanti kinah share contact number puan Mazlina My atau korang boleh je layari facebook beliau, Mazlina My kat situ beliau ada jugak kongsi mengenai cara pembelian Novel Allah Teratas.

Selamat Membaca ☺️





Post a Comment

1 Comments