Beli Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Beli Barangan Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari | Pejam celik dah nak masuk darjah 2 dah si kakak bulan 3 nanti. Jadi, kami buat keputusan untuk siapakan barangan persekolahan lebih awal, bukannya apa bulan 3 nanti dah nak puasa, lepastu prepare untuk raya pula. 

Jadi, tak nak pening kepala, kita siap lebih awal. Dah alang-alang beli barang dapur di pasaraya sebelah, kami singgah ke Pusat Pakaian Hari Hari Cawangan Batang Kali. Lagipun bukan jauh pun, seberang jalan je. 



Beli Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Melangkah saja ke Hari Hari, dah tau nak beli apa sebabnya semua barang keperluan sekolah ada, kiranya 'one stop center' la Pusat Pakaian Hari Hari ni. Senang kerja akak, sekali jalan je. Jimat masa dan tenaga nak pergi beli barang. Tempat pun lapang je, nak pilih baju dan barang pun aman sentosa.

Bukan kami saja yang shopping barang sekolah pada hari tu, ada lagi beberapa keluarga turut memilih pakaian sekolah untuk anak-anak mereka. Lagipun sekarang ni kan Pusat Pakaian Hari Hari tengah ada promosi kembali ke sekolah, dan masing-masing tak nak lepaskan peluang untuk rebut promosi ni. Beli awal tak kalut, saiz yang kita nak pun ada lagi.

Kalau boleh tak nak jadi macam tahun lepas, kami lewat pergi, sudahnya tak banyak saiz yang tinggal, kalau ada pun semuanya saiz yang besar.


Mengapa Pusat Pakaian Hari Hari Menjadi Pilihan Beli Barang Keperluan Sekolah

Sepertimana yang kinah terangkan di atas, di sini umpama one stop center untuk membeli barang keperluan sekolah, daripada baju sekolah hinggalah alat tulis. Bagi kinah ianya memudahkan bagi ibu-ibu yang ada anak kecil seperti kinah. Senang satu tempat je nak cari.

Lagi satu, semua staf di sini semuanya mesra pelanggan dan banyak membantu mencari saiz si kakak dari mula hingga akhir. Nak cari saiz pun senang sebab dah tersusun kemas mengikut jenama dan saiz. Kemudian, nak cuba baju, boleh cuba di fitting room yang disediakan. 


Promosi Kembali Ke Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari


Beli Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Sebelum ni kakak pakai saiz 24, jadi tahun ni kita ambik saiz 26 pulak. Sebab baju sebelum ni pun dah nak senteng. Masa ni, si kakak cuba baju contoh untuk saiz 26, kalau tak silap yang kakak cuba ni jenis kain cotton. Kalau ibu, nak jenis kain yang licin boleh je minta bantuan pada staf. 

Beli Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Tengoklah, ada pelbagai saiz dari saiz yang kecil hinggalah saiz yang besar disusun kemas dan rapi. Kalau nak beli asing pun boleh. Tak pasti nak ambil saiz apa? Boleh je minta pertolongan dari staf.

Beli Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Settel hal baju sekolah, kita cari tudung sekolah pula. Si kakak ni, kinah lebih senang pakaikan tudung sarung. Budak sekolah rendah kan, jadi bila pakai tudung sarung nampak lebih kemas, awning dia pun elok terletak. Tudung sebelum ni, kinah ambil saiz S sebab saiz besar sikit dah habis. Kali ni beli awal, saiz pun banyak lagi kita rembat siap siap 2 saiz M.

Beli Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Kalau korang cari tudung dua lapis pun ada je. Ikutkah mana kesesuaian dan keselesaan anak kita. Skarf tudung pelbagai jenama di sini dan kinah pilih jenis snow cap untuk si kakak.

Beli Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Stokin sekolah pun kalau ikutkan yang sebelum ni masih elok, jadi kinah beli satu set je saiz S untuk standby jika stokin lama basah kena hujan. Cuaca kan tak menentu sekarang ni, biasanya kat sini petang je hujan, kakak pulak sekolah sesi petang.

Beli Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Si kakak teringin nak beg sekolah baru sebab ada kartun princess katanya tapi beg sekolah lama dia masih cantik dan elok lagi. Bagitau dia, "nanti bila beg dah rosak kita beli lain". Mujurlah, dia ok. Jadi nak beli jiwa dia, dia minta pencil case yang dia kepit tu, kita angguk je la. Itupun dia dah senyum sampai ke telinga.

Beli Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Nak cari kasut sekolah tak perlu susah nak kedai kasut pula. Di Hari Hari pun ada juga kasut sekolah. Ada yang menarik perhatian kinah, ada kasut sekolah yang kalis air, sesuai sangat untuk anak-anak dari jenama Jony & Jeny. Harganya pun berpatutan.

Beli Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Alat tulis pun turut dijual di sini. Tengok la yang kecik tu pun sibuk memilih. Macam dia pulak yang nak pergi sekolah nanti hehehe. 


Pengalaman Berbelanja Barang Sekolah Di Hari Hari

Bagi kinah yang berbelanja barang sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari sangatlah berpuas hati sebabnya jenama baju sekolah Jony & Jeny adalah satu jenama yang bagus, kainnya berkualiti dan pastinya harganya pun berpatutan. Memang berbaloi sangat beli baju sekolah sama ada tadika Kemas, sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Total semua 2 pasang uniform, 2 helai tudung, 2 skarf untuk ibu dan anak, bekas pensel, 1 set stokin dan sehelai seluar track suit RM160 jugak la. Ok la dengan harga tu kan.

Beli Keperluan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Korang yang masih belum beli baju sekolah lagi tu, tunggu apa lagi!!!!! Datang je ke Pusat Pakaian Hari Hari di cawangan yang berdekatan dengan korang. Kalau korang nak tahu, ada 98 cawangan Pusat Pakaian Hari Hari di seluruh Malaysia. Jika korang tak pasti lokasi yang berdekatan, boleh je check lokasi Pusat Pakaian Hari Hari di sini atau boleh beli baju sekolah secara dalam talian di

Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my 

Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_ 


Marilah Pergi Hari Hari

Selamat Bershopping !!!!!!

#PusatPakaianHariHari
#MarilahPergiHariHari #hariharisekolah
#backtoschool #bajusekolah #kelengkapanSekolah #ehari #bajusekolahOnline
#ParentingBlogger



Post a Comment

2 Comments

  1. senang semua kat satu tempat tak payah serabut nak cari kat byk2 kedai..harga kat sini, confirm lah berpatutan...

    ReplyDelete