Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm Pahang | Hari cuti adalah waktu bersama keluarga tercinta. Jadi, kebetulan ayahnya cuti, kami plan bawa anak-anak ke The Bentong Farm yang terletak di Bentong, Pahang. Apa yang menarik di The Bentong Farm ni? Haaa itu kena baca sampai habis.

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Pada mulanya, hanya kami berempat sahaja, kemudian si kakak minta izin nak bawak BFF dia. Ok la kite on saje la. Kami tiba agak lewat sebabnya terpaksa tempuh jalan jem di Selayang, kemudian jem pula selepas tol Gombak. Tapi tak lama pun jem tu. Akhirnya kami sampai sana dalam pukul 3 lebih. Ok la, takde la panas sangat masa tu.

Korang yang tak pernah lagi sampai ke Bentong, jangan la risau. Senang je nak cari, dan lagi mudah korang taip je The Bentong Farm di google maps, pandai la nanti google halakan korang ke mana. 


Bila dah nak sampai, korang akan jumpa signboard ni dulu. 

Sebaik saja sampai, anak-anak la paling excited. Buat pengetahuan semua, konsep  The Bentong Farm ni sama je seperti Farm In The City yang mana kita boleh dekati haiwan yang jinak dengan lebih dekat . Siapa yang dah pernah ke sana korang tahu la macam mana. Cuma bezanya di The Bentong Farm kawasannya agak besar dan lebih selesa, dan semestinya banyak prop best untuk korang bergambar di sini. 




Ni antara prop yang berdekatan dengan entrance. Bagi yang kaki bergambar tu, memang ini adalah tempat korang, tapi korang dinasihatkan memakai kasut sukan, sebabnya di sini kawasan berbukit

Soal tiket pula, korang boleh tengok di website official mereka, yang mana di sana mereka akan update dari semasa ke semasa, sama ada pakej keluarga, diskaun eh macam-macam lagi la. 

Selepas membeli makanan haiwan di entrance, kami masuk zon pertama iaitu Savannah Zone. Di sini, kami kena serbu dengan kambing sebabnya budak-budak ni bawa makanan haiwan dan of course la semua haiwan di sini jinak. Suka betul diorang dengan kambing ni sampai lupa kat atas tu ada lagi binatang. 

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Alolo kambing ni pandai bergambar, si Lulu pulak terkejut ke apa tu?!!

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Ni BFF Thahirah, Arissa namanya. Suka betul dia dengan anak kambing ni. Ralit sangat bagi kambing makan. Selepas itu, kami mula bergerak ke Exhibition Hall pula. Di sana terdapat haiwan seperti racoon, Guinea Pig, Alpaca, ikan, kucing bengal, ular. Antara yang menjadi tumpuan anak-anak pastinya Guinea Pig ni. Comel sangat!!!

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Di sini juga, korang juga berpeluang beri makan kepada si Racoon tau. Cuma masa kami datang ni, Racoon ni mungkin dah kenyang. Korang tengok la tu, relaks habis dia.

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Si Lulu ni pantang nampak ikan. Suka betul dia tengok ikan dalam akuarium tu.


Alpaka ni dah la comel, suka bergambar pulak tu. Suka sangat tengok telatah mereka ni. Ramai yang kata, cantik rambut dia heheh

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Di sini juga turut dipamerkan telur ostrich dan telur emu. Pernah tengok emu tak? Nanti kinah tunjuk emu tu.

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Selepas habis di zon ini, kami bergerak ke zone 2 yang mana di situ terdapat Bird Aviary, pony ranch, longkang fish dan tortoise land. Antara paling lama kami di zon 2 semestinya tortoise land. Tortoise semuanya besar. Dapat pulak peluang bagi bagi tortoise tu makan. In case makanan yang korang beli tadi dah habis, boleh je minta pada renjer yang bertugas.

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Si kakak dengan berani nak bagi tortoise makan, tapi kena perhati juga anak ni masa ni, takut kena kokak dengan tortoise heheh

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm
Ini replika saja tau, bukan yang betul

Oh ye, jika korang rasa letih, boleh lah berehat dahulu di cafe yang terletak berhampiran dengan tortoise land. Hari pun agak panas masa tu, minum air seteguk dua sambil makan aiskrim.

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Ada kisah lawak di kandang pony ni. Di mana pada masa tu, yop pegang stokin si kakak yang terkena najis ayam di bird aviary, ntah macam mana pony ni ingat yop pegang makanan kot, dia merapat la nak cium stokin tu, sekali lepas dia cium, dia buat muka dan bunyi uwekkk!!!!! Nak sangat cium bau kan hahaa. 
 
Dihadapan kandang pony, anak-anak berpeluang untuk jalankan aktiviti Longkang Fishing. Si kakak memang excited benda gini, adik cuma bagi support je la sebab dia tak sampai nak fishing.

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Habis aktiviti di sini, anak-anak excited nak tengok arnab katanya. Baru nak tengok, ada sorang ranjer di bahagian emu, lembu kerbau panggil kami dari atas. 

Di sini, anak-anak excited nak masuk tapi bila dah masuk diorang lari pula sebab takutkan si emu yang nak makanan yang diorang pegang. Mujurlah ada ranjer yang baik hati ni dan beliau begitu ramah dan mesra melayan segala pertanyaan kami.

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm
Ini lah emu yang kinah cerita diawal post tadi

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm
Baik 2 ekor kerbau ni rehat sama-sama

Habis di sini maka habislah sesi kami  dibahagian binatang. Jadi kami bergerak pula ke zon seterusnya iaitu bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan. Di sini, memang luas ladang mereka. Buah dia tak usah kata la, bergayut sana sini. 

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Dibahagian ini juga terdapat beberapa replika menarik yang boleh menjadi port untuk korang bergambar. Dah datang jauh-jauh takkan la tak nak bergambar. Antara replika yang sempat kami ambil ialah replika halia ni. 

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm
Replika The Giant Ginger

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm
Kampung Orang Asli

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm
Orang Bandar Masuk Dusun

Kemudian kami jalan sedikit ke hadapan untuk menuju ke replika kapal. Ish apa ke nama dia eh.. Tapi serius, kat sini sesuai sangat untuk korang yang nak healing sambil tu boleh bagi ikan makan dan tengok swan. 

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm
Kekonon tangkap ikan le tu

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm
Ting ting kapal dah nak berlayar 

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm
Senyum sikit!!!

Jika diikutkan ada je lagi port menarik di bahagian atas tu. Tapi, kami dah surrender sebab dah pancit. Tunggu la next time kita explore apa yang tak sempat pergi lagi.

Pengalaman Bawa Anak-Anak Ke The Bentong Farm

Bagi kinah, di The Bentong Farm ni adalah tempat Petting Zoo terbaik di Malaysia. Haiwan-haiwan di sini pun semuanya jinak dan paling best korang boleh juga bergambar di port yang disediakan. So, tunggu apa lagi, cuti hujung minggu ni bawaklah anak-anak ke sini. Oh ya sebelum terlupa, tidak lama lagi akan ada tarikan baharu seperti ATV, tapi masih belum beroperasi lagi dan bagi yang berminat 'camping', Tryveler, The Bentong Farm turut menawarkan beberapa pakej untuk korang camping bersama keluarga mahupun kawan-kawan.

Waktu operasi The Bentong Farm
Weekdays: 10:00 pg - 6:00 ptg
Weekend: 09:30 pg - 6:00 ptg
Ditutup pada setiap hari Selasa, tidak termasuk cuti umum & cuti sekolah

Untuk info lebih lanjut mengenai The Bentong Farm boleh layari https://thebentongfarm.com/

#agrotourism #bentongpahang #thebentongfarm #animals #tourismmalaysia #outdoors #animallover #pettingzoo

Post a Comment

1 Comments