Rahsia Kulit Sihat Bersama Cosrx Alpha Arbutin & Peptide Serum | Kalau kita sembang pasal skincare Korea, memang susah nak sebut nama COSRX. Walaupun begitu, jenama COSRX ni dah jadi kegemaran ramai sebab formulanya yang simple, tak banyak bahan pelik, tapi hasilnya boleh nampak. Dari remaja yang struggle dengan jerawat hingga orang dewasa yang mula risau pasal anti-aging, COSRX sentiasa ada pilihan produk yang sesuai untuk setiap masalah kulit kita.

Kenapa Produk COSRX Menjadi Pilihan Ramai Ketika Ini
Sebenarnya mudah je, produk dia straight to the point. Tak sarat dengan bahan tambahan, tak fancy sangat, tapi ianya fokus pada apa yang kulit kita perlukan. Lagi best, walaupun formulanya gentle, kebanyakannya berkesan untuk pelbagai jenis kulit, termasuklah kulit sensitif macam kinah.
Produk Klasik Yang Masih Jadi Kegemaran
Low pH Good Morning Gel Cleanser – pencuci muka lembut yang tak buat kulit rasa tegang dan kering.
Snail 96 Mucin Essence – yang ni memang viral; ramai kata kulit jadi lebih lembap dan cepat pulih bila breakout.
Acne Pimple Master Patch – ibarat “plaster ajaib” untuk jerawat, letak malam esok dah mula kecut.
Aloe Soothing Sun Cream SPF50 – sunscreen ringan, sesuai untuk cuaca panas lembap macam kat Malaysia ni.
Serum Baru Dari COSRX Yang Menarik Perhatian
The Alpha-Arbutin 2 Discoloration Care Serum
Kalau kulit kusam atau ada parut jerawat yang tinggal kesan hitam, serum ni memang berguna. Kandungan Alpha arbutin dan Tranexamic Acid terkenal untuk kurangkan dark spots dan bagi tona kulit lebih sekata. Bila kita pakai secara konsisten, korang akan nampak kulit semakin cerah lebih fresh dan bersih.
The 6 Peptide Skin Booster (Serum)
Apabila umur kita semakin meningkat, sedikit sebanyak kita akan mula nampak garis halus ataupun kulit kurang firm. Jadi, The 6 Peptide Skin Booster ni lebih fokus pada hydrating, pore and sebum serta bantu perbaiki tekstur kulit. Nak kesan lagi wow, boleh combine dengan Snail Essence sebab hydration dia memang power.
Macam Mana Nak Pilih Produk Mana Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit?
Jika masalah utama ialah jerawat, boleh cuba Acne Patch + cleanser gentle.
Kalau ada kulit kusam atau dark spot, Alpha Arbutin Serum pilihan tepat.
Kalau rasa kulit makin kering atau ada garis halus, Peptide Serum boleh jadi rutin malam.
Dan untuk hydration sepanjang masa, Snail Essence masih all-time favourite.
Gaya hidup kita hari ni begitu berbeza dengan zaman dulu. Tabiat tidur lewat, lebih banyak masa depan skrin, terdedah dengan matahari, sinaran uv memerlukan penjagaan ekstra pada kulit kita. Pemilihan produk yang simple tapi efektif, COSRX antara jenama yang boleh masuk dalam rutin harian tanpa rasa leceh. Sama ada nak kulit lebih cerah, lebih firm, atau sekadar jaga hydration, ada saja produk COSRX yang boleh “fit in” ikut lifestyle kita.
0 Comments