Showing posts with label CPUV. Show all posts
Showing posts with label CPUV. Show all posts

Wednesday, 25 October 2017

,
Kisah Nuffnang Pada Bulan Oktober| Hari ni lambat bersiaran. Melayan tuan puteri cendana yang seharian aktif sangat. Ke hulu ke hilir tapi ibu dia tak kurus jugak hahaha. Sebenarnya hari ni kinah nak cerita kisah nuffnang. Dah beberapa minggu nuffnang kinah ada masalah. Entah mana silap pun tak tau. Bila periksa untuk uv hari ni ok. Bila nak cek yang kelmarin dan minggu lepas punya bolehnya no result found. Ahh sudah apa masalah pulak. Kinah mulanya bersangka baik la mungkin system down kot. Tapi tengok ada seorang blogger dapat cpuv eh maknanya ok la sistem tu.

Ehh tak boleh jadi ni. Kinah pun pergilah email nuffnang bagitau masalah ni. Cepat je diorang balas dan katanya team diorang akan siasat masalah ni. Frust tau. Lama kot kita setia dengan nuffnang. Hari ni tergerak hati nak tengok website nuffnang ok dah ke. Masalah tu tetap sama. Cuma yang bezanya kinah dapat cpuv. Biar betul nuffnang ni. Selain dapat cpuv earning kinah pun bertambah. Ehh rasanya takde pun iklan baru sebelum ni tup tup dah bertambah. Apa apa pun alhamdulillah. Ada jugak terselit rezeki kat situ.

Rasanya entri untuk nuffnang, ini yang terpanjang kot hehe. Harap lepas ni nuffnang akan kembali seperti biasa macam dulu. Walaupun sekarang ni dah ramai blogger yang beralih ke adsense. Kinah pun ada cadangnya nak apply,  tapi lepas kena reject yang pertama kali tu terus frust. Sekarang ni tengah kumpul kekuatan dan perbaiki lagi apa yang kurang. Buat sementara tu pakai je la nuffnang dulu. Ada income kot lagi kat situ. Rugi pulak nak biarkan je.


Cpuv kali ni kinah dapat daripada Cetaphil Baby dan Dugro. Dua-dua kempen tu berkenaan kanak-kanak. Harapnya lepasni nuffnang dapat perbanyakkan lagi iklan dan jadi segempak dulu. Jom kita cerita sikit mengenai kempen tu.


Kempen pertama yang kinah dapat daripada Cetaphil Baby. Semua orang tahu tentang produk ni. Produk yang sangat sesuai digunakan pada baby kerana rumusan formulasinya khusus untuk bayi. Kulit baby kan masih lembut dan sangat sensitif jadi Cetaphil Baby adalah pilihan yang bijak untuk ibu bapa di luar sana. Boleh didapati di semua gedung membeli-belah seperti Guardian dan Watsons.


Kempen kedua pulak daripada Dugro. Ala susu Dugro. Buat masa ni anak kinah tak minum susu ni. Dia minum susu lain. Walau apa pun jenama susu yang anak kita minum, meskipun mahal tapi tak setanding dengan susu ibu ye. Seeloknya susu formula ni untuk baby yang berumur 6 bulan ke atas. Jadi untuk maklumat lebih lanjut bolehlah ke website official dumex. 

Friday, 29 September 2017

,

CPUV~Costa Cruise dan Eversoft Micellar Cleansing

Alhamdulillah, meriah betul bulan september ni. Banyak juga dapat cpuv, yang terbaru daripada Costa Cruise dan Eversoft Micellar Cleansing. Hat yang lain tu dah kredit dah. Mesti korang ingat banyak dah yang kinah dapat. Ehh takdelah banyak mana pun. 


Pada yang meinginkan satu percutian yang lain dari yang lain, apa kata percutian kali ni bercuti di atas kapal pula. Mungkin percutian kali ni memberi momen yang indah kepada korang sekeluarga. Pemilihan Costa Cruise untuk pelayaran cruise adalah satu langkah yang bijak di mana kini Costa Cruise kini sedang dalam proses mendapatkan sijil HALAL. Jadi, lepasni tiada lagi masalah tempat makan apabila menaiki cruise. Woww best tu, jadi lepasni korang semua dapat menikmati makanan-makanan yang enak dan lazat ketika belayar dan apa yang penting Halal. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Costa Cruise boleh baca di sini.


Buat pengguna Eversoft, kini Eversoft menampilkan produk baru iaitu Eversoft Micellar Cleansing Water. Merupakan produk yang menjimatkan masa kepada mereka yang sibuk dengan urusan seharian. Fungsinya digabungkan bagi membersihkan wajah dan juga membersihkan make up dengan mudah. Terdapat dua jenis pembersih keluaran Eversoft iaitu Eversoft 100% Tomato Micellar Cleansing Water dan Eversoft 100% Organic Yuzu 2 in 1 cleanser dan toner. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasaraya besar dan boleh juga didapati di laman web lazada. 

Friday, 18 August 2017

,
CPUV ~ Cornetto| Alhamdulillah syukur. Bulan ni banyak rezeki dari Allah bagi pada kinah. Lepas dapat colloboration dengan Zalora aritu, dapat pulak CPUV baru daripada Nuffnang. Lama jugak kan Nuffnang menyepi. Ni baru timbul balik. Alhamdulillah. Moga lama la sikit ye berjoget di sini. 

CPUV ni baru lagi mula pada 17 Ogos lepas. CPUV kali ni mengenai aiskrim Cornetto. Siapa hantu aiskrim Cornetto ni bolehla join contest ni. Contest yang macam mana tu kinah tak pasti pulak. Lagipun tak nampak bayang lagi iklan ni. Mana yang masih setia dengan Nuffnang tu cuba korang cek kot ada iklan ni melekat. Jika ada tahniah tau.

Friday, 9 June 2017

,
Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. Dapat satu lagi CPUV daripada Nuffnang walaupun PV kinah tak macam orang lain sampai beribu riban. Sis jeles hukhuk. Ok lah, kita cerita pasai iklan pulak ye.  Kali ni daripada Seri Pajam Development. Seri Pajam Development ni syarikat apa?

Seri Pajam Development merupakan  syarikat hartanah. Ala yang bina rumah tu. Haa siapa yang tengah mencari rumah untuk kediaman sendiri tu bolehla cuci mata kat website Seri Pajam. Banyak juga projek perumahan tengah on progress. Mana tau kena dengan bajet korang kan. Selamat mencuci mata ye.

Ni webistenya.

Tuesday, 30 May 2017

,
Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. Nuffnang bermurah hati bagi CPUV lagi. Kali ni Friso Gold. Setakat ni tak nampak lagi bayang iklan Friso Gold. Ade nanti rajinle tekan ye hehe. Walaupun tak banyak dapat hasilnya kumpul sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Iklan Prego aritu pun dah credit dah. Cepat betul creditnya. Harap Friso Gold ni kekal lama sikit. Meh nak cerita sikit mengenai Friso Gold.


Siapa tak kenal dengan jenama Friso Gold, satu jenama yang begitu sinonim dengan ibu bapa. Friso Gold ni ada 4 step. Step untuk ibu hamil iaitu Frisomum step kedua pulak untuk baby yang berumur satu 6 bulan ke atas ye. Untuk bayi bawah 6 bulan digalakkan minum susu ibu. Step 3 pula untuk kanak-kanak yang mula meneroka. Kalau Thahirah minum, sesuai untuk tahap yang ketiga ni dan yang terakhir untuk tahap 4 untuk tiga tahun ke atas.

In sha Allah nanti kinah akan review satu produk Elysium by Jacqueline.K.