Showing posts with label Cosmoderm. Show all posts
Showing posts with label Cosmoderm. Show all posts

Monday, 15 February 2021

,

Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mengandungi Prebiotik & Calamine Untuk Tingkatkan Kesihatan Kulit Wajah | Holaa semua. Bagi korang yang ada masalah kulit kering, kulit sensitif ni kinah tau begitu susah nak cari skincare yang sesuai dengan keadaan kulit kita. Nak cuba sebarang produk local jauh sekali. Bukannya apa, bimbang kulit akan menjadi semakin teruk. Ni hah, kinah nak kongsi dengan korang satu produk local tetapi jenama ni memang well known dan dah lama bertapak dbumi Malaysia ni. Produk tersebut ialah Cosmoderm. 


Siapa yang tak kenal dengan jenama ni. Rata-rata pengguna sekarang telah ramai beralih ke produk Cosmoderm kerana kualitinya yang tak perlu lagi diragui dan kebanyakan produk Cosmoderm ni sesuai bagi semua jenis kulit dan begitu juga dengan produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced yang terbaharu ni. 


Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mengandungi Prebiotik & Calamine Untuk Tingkatkan Kesihatan Kulit Wajah
Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mengandungi Prebiotik & Calamine Untuk Tingkatkan Kesihatan Kulit Wajah


Kalau korang nak tahu, produk Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced warna pink ni baru saja dilancarkan pada bulan Januari lepas. Ianya didatangkan dengan kotak yang begitu cantik, warna pinkish membuatkan kinah lebih teruja nak mencuba produk Cosmoderm yang terbaharu ni 



Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced 

Kalau yang pernah mengikuti kinah sebelum ni, korang mesti perasan kinah pernah share mengenai set Cosmoderm Tea Tree Oil bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat. Tapi, untuk kali ni kinah nak kongsi set Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced pula. 


Kinah yakin, ramai yang teruja nak tahu mengenai produk cosmoderm yang terbaru ni kan. Bagi mereka yang inginkan kulit kelihatan sihat inilah dia set skincare yang sesuai untuk korang guna dan ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Jangan ingat produk ni warna pink, hanya untuk golongan wanita saja tau, orang lelaki pun boleh guna jugak ye.


Apa yang membuatkan kinah lebih teruja nak mencuba set Cosmoderm Skin Perfect Balanced ni dengarnya ianya mengandungi Prebiotik dan Calamine untuk kecantikan wajah kita. Ehh biar betul ni kedua-dua bahan tersebut dapat membantu merawat wajah kita? 

Prebiotik dan Calamine? Biasa dengarkan...


Prebiotik

Prebiotik yang seringkali kita dengar biasanya membantu proses penghadaman kita supaya ianya lancar. Tapi, bagaimana pula prebiotik ni bertindak pada wajah kita pula. Sebenarnya fungsinya adalah sama saja, cuma prebiotik di dalam Skin Lab ni telah diformulasi khusus untuk membantu mengimbangi kondusi kulit wajah kita.


Calamine

Calamine pula memang tak asing lagi bagi mereka yang sering mengalami kegatalan dan kerengsaan di bahagian kulit. Kebiasaannya calamine ni dalam bentuk krim ataupun losyen. Calamine yang terdapat di dalam Cosmoderm terbaharu ni juga berfungsi untuk menenangkan keradangan, kegatalan pada kulit, mengurangkan kulit berminyak serta membantu mengurangkan kesan sunburn. 


Di dalam set Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced ni terdapat 4 item iaitu

  1. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Foaming Cleanser
  2. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Toning Lotion
  3. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Soothing WOW Cream
  4. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mineral Sun Milk SPF25PA++



Hanya 4 Langkah Mudah Untuk Kulit Lebih Sihat Dengan Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced

# 1. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Foaming Cleanser

Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mengandungi Prebiotik & Calamine Untuk Tingkatkan Kesihatan Kulit Wajah
Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Foaming Cleanser

Langkah pertama bagi rutin penjagaan wajah semestinya membersihkan wajah terlebih dahulu dari segala kotoran yang melekat pada wajah kita dengan menggunakan pembersih yang sesuai dengan keadaan kulit kita seperti pembersih wajah Perfect Blanced Foaming Cleanser ni. Foaming cleanser ini kalau korang nak tahu ianya bebas paraben, artifial colorant, fragrance, dan SLS/SLES. Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif tu amatlah sesuai dengan foaming cleanser ni. 

Foaming cleanser ni boleh digunakan sama ada pada waktu siang atau pun pada waktu malam yang mana pembersih muka ini boleh membersih secara mendalam dengan membersihkan kotoran dan cela serta dapat membantu mengurangkan penghasilan minyak berlebihan pada wajah kita, mengurangkan kemerahan pada kulit serta meningkatkan fungsi kulit untuk menyerap segala nutrien.

Cara penggunaan
Hanya picit sedikit pembersih ke tapak tangan yang telah dibasahkan. Kemudian ratakan pembersih tersebut ke seluruh muka, pada masa ni jangan lupa massage sedikit muka kita tu. Setelah itu, bilas wajah dengan menggunakan air yang bersih. 



# 2. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Toning Lotion

Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mengandungi Prebiotik & Calamine Untuk Tingkatkan Kesihatan Kulit Wajah
Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Toning Lotion

Langkah kedua dalam rutin harian penjagaan wajah ialah dengan penggunaan penyegar wajah atau dengan lebih mesra dipanggil toner. Kinah tahu, ramai sebenarnya yang skip akan langkah ni. Tapi kalau nak kulit kita sihat, kenalah pakai toning lotion ni. Seperti pembersih wajah, toning lotion ini juga adalah bebas paraben, fragrance, dan artifial colorant.

Kalau korang nak tahu, toning lotion ni begitu istimewa yang mana korang tak perlu nak titis toning lotion ni ke atas cotton face, korang boleh terus apply ke wajah kita. Toning lotion ini diformulasi dengan calamine dan 20,000ppm prebiotik yang mana ianya dapat membantu melegakan kemerahan, meningkatkan kelembapan, serta meningkatkan pertahanan semula  jadi dengan mengekalkan keseimbangan kulit.

Cara Penggunaan
Goncang terlebih dahulu toning lotion ni. Setelah itu, titiskan toning lotion ke atas tapak tangan. Kemudian sapu rata ke seluruh wajah dan dap dap saja supaya toning lotion ini benar-benar meresap ke dalam kulit.



# 3. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Soothing WOW Cream

Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mengandungi Prebiotik & Calamine Untuk Tingkatkan Kesihatan Kulit Wajah
Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Soothing WOW Cream

Seterusnya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering boleh cuba Soothing WOW Cream ni. Formulasi prebiotik dan calamine pekat di dalamnya dapat membantu menenangkan dan melegakan kulit dengan penggunaan secara konsisten. Soothing WOW Cream ni sesuai digunakan sama ada pada waktu siang dan malam.

Cara Penggunaan
Picitkan krim ke telapak tangan, kemudian sapu rata ke seluruh wajah dan bahagian leher.



# 4. Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mineral Sun Milk SPF25PA++

Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Mineral Sun Milk SPF25PA++

Setelah siap langkah ke tiga, jangan lupa sebelum keluar rumah tu make sure wajah kita telah dilindungi dengan Cosmoderm Skin Lab Perfect Balaced Mineral Sun Milk SPF25PA++ terlebih dahulu terutamanya bagi mereka yang sering terdedah dengan cahaya matahari setiap hari.  Mengapa kita diwajibkan menggunakan Mineral Sun Milk ni? Kalau korang nak tahu, mineral sun milk ni dapat membantu dan melindungi kulit daripada sinaran uv yang merbahaya di luar sana yang boleh meningkatkan risiko kanser kulit. 

Kiranya macam suncreen jugak la mineral sun milk ni. Tambah pula cuaca sekarang ni agak panas, lagi la wajib korang apply mineral sun milk ni. Kata sayang kulit kan, so jangan la buat buat lupa ek.


Di Mana Boleh Dapatkan Rangkaian Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced Ni

Best betul bila ada satu set skincare yang betul-betul serasi dengan kulit kinah ni. Bagi yang tertanya tanya di mana boleh dapatkan kesemua rangkaian produk Cosmoderm ni, korang boleh dapatkan terus di semua rangkaian farmasi Watson, Guardian, Aeon Wellness di seluruh Malaysia ataupun bagi mereka yang selalu beli online, boleh terus ke www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Offical Store.







Tuesday, 3 November 2020

,

Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm |  Jerawat..... Cerita pasal jerawat, kinah ni dulu ada la jugak masalah dengan jerawat terutamanya masa remaja dulu. Macam-macam cara, petua orang lama kinah cuba untuk mengurangkan jerawat, dan bintik hitam terutamanya di muka ni tau. Paling sadis, siap dengan pakej parut jerawat lagi sebab tangan ni gatai nak picit. 



Walaupun sekarang ni umur dah 30 an, masalah jerawat tu tetap ada tapi tak ketara seperti remaja dulu. Walaupun tak banyak, sedikit sebanyak mengganggu ditambah pula dengan kulit berminyak, memang tak selesa. Baru-baru ni kinah diperkenalkan dengan satu produk yang dapat membantu mengurangkan masalah jerawat seperti kinah alami sekarang ni. Namanya Cosmoderm Tea Tree Oil


Dah kebetulan ada sale 10.10 aritu tak salah kot nak mencuba dan kinah terus grab satu set Cosmoderm Tea Tree Oil Series sebab kulit kinah lepas bersalin ni ada la naik jerawat sikit dibahagian hidung dan muka berminyak. Mungkin disebabkan perubahan hormon barangkali (ayat nak sedapkan hati). Hahhah



Kenapa memilih Cosmoderm Tea Tree Oil sebagai rangkaian penjagaan kulit?


Sepertimana yang kita tahu, produk Cosmoderm merupakan produk penjagaan kulit keluaran tempatan dan telah mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2001 lagi. Kiranya masuk tahun ni dah 19 tahun dah Cosmoderm ni ha. Apa yang penting, produk Cosmoderm ni adalah halal dan tak perlu la kita ragui kandungan yang digunakan. Paling best, kesemua produk dari Cosmoderm ni bebas daripada paraben dan sulfat termasuklah Tea Tree Oil ni. Jadi, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif tu boleh sangat mencuba rangkaian produk Cosmoderm ni tau. So no worries. 


Dah alang-alang kinah kaut Cosmoderm Tea Tree Oil satu set, jadi hari ni kinah nak kongsi dengan korang 3 langkah rutin untuk mengurangkan jerawat dan kulit berminyak dengan Cosmoderm Tea Tree Oil dan korang akan dapat lihat perubahannya dalam masa hanya 3 hari saja okeh. Macam tak percaya je dengan hanya 3 langkah, jerawat akan mula pudar. 



3 Langkah Mudah Untuk Membantu Memudarkan Jerawat


Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm


Langkah 1 : Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser

Pertama sekali bersihkan muka dengan Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser sebagai rutin pencuci harian. Kinah suka sangat dengan cleanser ni tau. Bau dia pun best. Buat pengetahuan semua, facial cleanser ni dapat membantu mengurangkan minyak berlebihan di muka serta membersihkan liang pori dan membantu merawat masalah jerawat di muka kita.


Langkah 2 : Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask

Setelah muka kita dibersihkan dengan cleanser, langkah kedua yang perlu dilakukan ialah dengan mengoleskan Cosmoderm Tea Tree Oil Purifying Mask di wajah kita. Biarkan ianya selama 15 hingga 20 minit kemudian bilas dengan air. Pada masa ni, korang akan rasa mint sejuk je pada muka. Fungsi purifying mask TTO ni dapat membantu menyerap lebihan minyak, mengeringkan jerawat serta liang pori. Cubalah memang best muka pun rasa bersih je.


Langkah 3 : Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish Gel

Seterusnya, korang boleh sapu Cosmoderm Tea Tree Oil Anti Blemish Gel. Diingatkan Anti Blemish Gel ni ada dua jenis iaitu Anti Blemish Gentle (khusus untuk kulit sensitif dan berjerawat), dan Anti Blemish X-Press (hat ni tak sesuai untuk kulit sensitif). So, pilihlah mana yang sesuai untuk jenis kulit korang ye. Kalau korang nak tahu, Anti Blemish Gel ni berfungsi untuk membantu mengurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih pada wajah kita dalam tempoh 3 hingga 5 hari dan ianya bergantung juga dengan keadaan jerawat tu. 


Selain 4 produk Tea Tree Oil yang kinah cerita di atas, terdapat beberapa lagi produk dalam rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ni seperti :


Atasi Jerawat Dengan Hanya 3 Langkah Mudah Dengan Tea Tree Oil Cosmoderm


  • Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Oil Control Serum
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel
  • Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion


Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion 

Penyegar tanpa minyak ni dikatakan dapat membantu merawat jerawat, membantu memudarkan parut jerawat disamping  dan menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada pada wajah kita. Nak gunakannya pun mudah saja, hanya tuangkan Cosmoderm Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion ke tisu muka kemudian sapu rata pada wajah kita.


Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser

Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser ini bertindak sebagai primer dan pelembap untuk kegunaan siang dan malam hari. Di samping itu, pelembap berasaskan air ini begitu sesuai digunakan sebagai asas make up serta perlindungan asas kepada sinaran UVA dan UVB yang akan menggelapkan dan merosakkan sel-sel kulit. Pelembap ini juga sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan kombinasi.


Cosmoderm Tea Tree Oil - Oil Control Serum

Serum berasaskan gel-water based dengan ekstrak buah dikatakan dapat membantu mengawal lebihan minyak pada wajah kita disamping membantu mengecilkan liang pori yang menjadi penyebab kepada jerawat, blackheads dan whiteheads


Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel

Shower gel Tea Tree Oil boleh bertindak sebagai shower gek antibakteria yang mana dapat memberi kesegaran yang luar biasa disamping dapat membantu mengurangkan bau badan serta jerawat pada badan. Pembersihan yang lembut pada kulit mejadikan kulit kita menjadi lebih segar, licin tanpa rasa melekit. 


Cosmoderm Tea Tree Oil Magic Body Lotion

Magic Body Lotion merupakan losyen yang dapat membantu merawat bau badan, jerawat pada badan dan juga kesan terbakar akibat berjemur di bawah sinaran cahaya matahari. Ianya dapat membantu memberi kelegaan dan ketidakselesaan pada kulit. Bagi mereka yang mengalami masalah ruam, jangkitan kulat dan bakteria boleh juga  menggunakan TTO Magic Body Lotion ni. Oh ye, losyen ini juga berfungsi sebagai penghalau nyamuk serta pepijat dan ianya sesuai digunakan pelbagai lapisan umur.



Review Kinah Sepanjang Menggunakan Cosmoderm Tea Tree Oil

Alhamdulillah, macam tak percaya je jerawat boleh hilang dalam masa 3 hari saja tau. Kebetulan masa guna TTO ni naik jerawat pasir. Memang kinah ikut je 3 langkah tu, dan memang terbukti, jerawat pasir dah tak kelihatan lagi. Bila pegang je kulit, rasa licin dan minyak pada muka pun dah kurang. Kinah yang baru guna produk Cosmoderm ni dah in love sangat dengan TTO ni tau. Korang yang ada masalah jerawat tu bolehlah cuba rangkaian Cosmoderm Tea Tree Oil ni.


Korang yang nak mencuba rangkaian produk Cosmoderm ni boleh dapatkannya di mana-mana farmasi, kedai hospital, serta klinik di seluruh Malaysia termasuklah kedai runcit di Singapura dan Lubnan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, korang juga boleh dapatkan kesemua produk Cosmoderm di Watsons, Guardian, dan Aeon Wellness dari harga RM13.90 hingga RM34.90 atau korang yang tak sempat nak ke farmasi tu, bolehlah beli di Shopee je.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Cosmoderm Tea Tree Oil atau produk Cosmoderm yang lain, korang boleh terus terjah 


Website : www.cosmoderm.com.my

Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm

Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm

Shopee : https://www.shopee.com.my/cosmoderm


TO ACNE FREE WITHIN 3 DAYS