Showing posts with label Menang Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Menang Giveaway. Show all posts

Monday, 24 June 2019

,
Menang Cabutan Bertuah Dan Giveaway Di Instgaram | Bila dah tak tau nak buat apa, saja je la join satu giveaway di Instagram. Hadiahnya kita boleh pilih sama ada nak duit raya ataupun barang keperluan rumah. Tak sangka pulak ada rezeki kat situ. Kinah menang dan kinah pilih barang keperluan rumah. Boleh guna untuk masuk rumah baru nanti.

Menang Cabutan Bertuah Dan  Giveaway Di Instgaram

Menang Cabutan Bertuah Dan Di Instgaram
Menang Cabutan Bertuah Dan Giveaway Di Instgaram
Tadaaa ni lah hadiahnya.
Menang Cabutan Bertuah Dan Di Instgaram
Menang Cabutan Bertuah Dan Giveaway Di Instgaram
Pada mulanya, stock ni habis dan kinah diminta untuk pilih hadiah yang lain. Mungkin dah rezeki, penganjur bagitau, hadiah yang kinah pilih tu dah restock dan mujurlah hadiah ganti yang dipilih tu belum di pos lagi. Cantik kan. Nampak kemas je dapur nanti. Korang kalau nak beli barang keperluan rumah yang ada style dan nampak trendy boleh beli dan follow di instagram @scandibysha. Rambang mata tau. 

Menang Cabutan Bertuah Di Cik Kiah Kicen

Haa yang ni kemenangan yang tak disangka. Kinah tak bajet pun menang cabutan bertuah Cik Kiah Kicen ni pun. Macam mana kinah boleh menang cabutan bertuah ni?

Sebenarnya kinah ada beli buku resepi periuk tekanan tinggi dengan Cik Kiah Kicen melalui facebook group Kami Pengguna Pressure Cooker Philip. Kite ni masih amatur lagi nak guna pressure cooker ni. Jadi, kinah beli satu untuk panduan dan Cik Kiah bagitau setiap pembelian buku resepi beliau, kami berpeluang untuk memenangi hadiah iaitu Clutch Bag atau seutas jam tangan jenama Fossil. Dua-dua tu original tau.
Menang Cabutan Bertuah Dan Di Instgaram
Menang Cabutan Bertuah Dan Giveaway Di Instgaram
Nak dijadikan cerita, awal pagi selepas sahur Cik Kiah hantar whatsapp untuk maklum yang kinah memenangi seutas jam tangan Fossil Alhamdulillah rezeki di  hujung bulan Ramadan. Boleh pakai masa raya nanti. Oh ye kalau korang nak beli juga buku resepi periuk tekanan tinggi ni boleh whatsapp terus dengan beliau di talian 0136188802. Buku resepi ni, sesuai untuk pengguna Noxxa  lama dan Philips 2139 dan 2137. Ada pelbagai resepi yang boleh kita cuba dalam buku resepi tu. 

Tuesday, 20 November 2018

,
Assalamualaikum semua. Beberapa minggu yang lepas kinah ada join giveaway di facebook. Ala saja-saja je join isi masa lapang hehe. Tak sangka pulak dalam ramai-ramai yang join, kinah yang terpilih. Terima kasih pada kak Iena Eliena dan penaja utama iaitu 11 Street untuk hadiah yang awesome ni. Korang mesti nak tahu hadiah apa yang kinah dapat, paling best kak Iena sendiri yang hantar hadiah ni sebab kebetulan masa tu kak Iena nak balik kampung di Batang Kali. Haa sekali jalan la tu.
Oh ye selain produk FROMNATURE, kak Iena selit sekali losyen daripada Enchanteur, wahhh best la losyen yang ni, kinah takda lagi yang ni. Boleh buat koleksi yang sedia ada tu hehe.

Selain produk tu, ada lagi kak iena selitkan antaranya sos Nando Peri Peri Hot. Haaa hat ni kinah dah selamat guna untuk makan tengahari semalam. Pantas ko ye kinah. Kinah google resepi ayam panggang ala ala Nandos. Mujurlah jadi resepi tu. 
Ni kejadian dalam pemanggang
Ayam panggang ala Nandos dah siap

Ok lah itu saja kinah nak share untuk kali ni. Oh ye nanti bila dah try produk FROMNATURE tu nanti kinah review ye. Tunggu tau.......

Saturday, 9 December 2017

,
Rezeki Disember| Alhamdulillah kita dah makin menghampiri pertengahan bulan Disember, pejam celik pejam celik dah nak hujung bulan. Cepat betul masa berlalu kan. Dalam bulan Disember ni jugak ada terselit rezeki kinah. Asalnya saja-saja nak join dan nak memenuhi entri blog je. Alhamdulillah bulan ni kinah menang dua giveaway yang di anjurkan oleh blogger.


Giveaway pertama daripada Giveaway Copy Paste Prof Hariz by Emas Putih, kinah menang random RM50.00. Giveaway kedua daripada SPM Fever Giveaway daripada abam kie. Kinah dapat tempat ke 6 iaitu menang buku cerita dan planner. Terima kasih kepada semua penaja giveaway ni. Semoga dimurahkan rezeki semua.

Saturday, 7 October 2017

,
Assalamualaikum dan salam hujung minggu kepada semua. Bulan September lepas kinah ada join satu segmen + mini giveaway di ciklapunyabelog.blogspot.my. Tak sangka pulak dalam ramai-ramai tu kinah yang terpilih sebagai pemenang tempat kedua dalam mini giveaway. Hadiahnya berupa cardigan preloved. Masih cantik lagi tau dan hadiahnya pun dah selamat sampai ke tangan kinah. Terima kasih cikla.


Friday, 29 September 2017

,
KangBoer| Magikal MakeUp Remover Sebenarnya banyak juga entri kinah nak up. Salah satu antaranya hadiah giveaway yang ni.  Ada satu hari tu kinah ada terbaca satu post di group blogger mengenai satu giveaway daripada missjasjas. Saja je nak mencuba nasib. Kebetulan hari tu merupakan tarikh akhir giveaway tu. Tak sangka pulak esoknya dapat pula mesej dari beliau inform kinah menang giveaway tu. Kiranya dua kali join giveaway beliau dua kali juga nama naik. Alhamdulillah rezeki. Nak tau hadiah apa tu.... Jenggggg jenngg...

Satu set Kang Boer
Apa benda KangBoer tu macam pelik je. Hahaha mesti korang tertanya- tanya apa benda tu dan apa isi dalam kotak tu. Sebenarnya isi dalam kotak tu adalah satu set KangBoer Glove, plastik beg seal dan juga sabun homemade. Menariknya glove ni, glove ni bukan sebarang glove ye. Glove ni boleh digunakan untuk mencuci make up korang. Mudah je tak payah nak guna make up removal. Hanya basahkan tuala tu kemudian sapu pada make up tu. Kinah cerita sikit mengenai glove magik ni.

KangBoer Glove
KangBoer Glove - Merupakan pembersih muka dan hypoallergenic serta magnetic microfiber yang mampu menanggalkan make up hanya dengan menggunakan air sahaja. Kalau nak ikut logik akal macam tak percaya je kan. Guna air saja boleh tanggal. Mustahil... Tapi dengan KangBoer Glove bukanlah mustahil lagi. Untuk penggunaan kali pertama, KangBoer Glove ni perlu dibasuh dengan menggunakan sabun handmade ni. Kemudian barulah digunakan. Oh ye sebelum terlupa lepas guna terus cuci tau bagi mengekalkan kualiti glove tersebut.

Handmade Soap
Untuk pengetahuan korang juga, glove ni boleh dibasuh dan digunakan semula dengan menggunakan sabun handmade tu. Apa yang penting sabun ni bebas daripada sebarang bahan kimia yang berbahaya. Jadi, bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif jangan ragu-ragu menggunakannya. Lagipun bahan-bahan yang digunakan adalah bahan organik. Perhatian kepada korang, glove ini perlu ditukar selepas 3 hingga 5 bulan penggunaan bagi menjamin kualitinya dan jangan lupa menggunakan sabun handmade tersebut untuk mencucinya. AWAS jangan sesekali menggunakan sabun handmade ini sebagai pencuci muka ye. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sabun ini tidak sesuai digunakan untuk kulit muka.


Satu Set KangBoer
Design glove ni pun unik dan comel. Jadi mudahlah kita nak bawak pergi travel. Lepasni tak perlu lagi korang bila nak travel bawak make up removal dan facial tissue korang yang berat tu hehehe. Korang tau ke kandungan dalam make up removal tu? Ada bahan kimia ke tak? Hah lepasni tak payah dah pening nak beli make up removal yang kita belum pasti bahannya. Guna je KangBoer Glove ni. Mudah kerja. Macam best je kan. Berminat tak nak dapatkan satu set ni? Korang boleh hubungi Miss Miyo seperti tertera di bawah ni.


Untuk maklumat lanjut dan ingin membuat sebarang pembelian boleh hubungi Miss Miyo. 
Contact Number : 012-5177202

Wednesday, 20 September 2017

,

Alhamdulillah, sekali lagi kinah diumumkan sebagai pemenang. Kali ni menang giveaway daripada Miss Nonasani kita. Haritu dia beliau ada buat giveaway Saya Nak Prime Buster Cream. Tak sangka pulak nombor kinah naik. Alhamdulillah. Nanti bila dah dapat dan guna nanti, kinah review tau.

PBC tu apa yer? Ni kinah ceritakan yang ringkas je la ye. PBC ni sebenarnya untuk kegunaan wanita sahaja yer. Orang lelaki kalau pakai kinah tak tahu.Merupakan krim semulajadi bagi membantu membesarkan, menganjalkan serta mencantikkan bentuk payudara wanita. Nantikan review sepenuhnya nanti ye.


Saturday, 9 September 2017

,
hadiah giveaway comic

Hadiah Giveaway Preloved Comic Dah Sampai| Akhirnya hadiah giveaway dah sampai tengahari tadi. Untuk pengetahuan semua hadiah ni daripada Elsa, boleh baca di sini. Komik Lawak Kampus ni memang kinah layan dari dulu lagi. Komik yang kinah terima ni ada tiga jilid, jilid 13, 14, 15. Setakat ni belum baca lagi. Tengah ambik mood hehehe. Macam-macam la ko ni.

Siapa suka komik Lawak Kampus ni?

Tuesday, 5 September 2017

,
Menang Tempat Pertama Dalam Giveaway Preloved Comic by Elsaalicious| Alhamdulillah, rezeki bulan September ni. Kinah menang giveaway lagi. Kali ni Giveaway Preloved Comic by Elsaalicious. Dapat tempat pertama. Tak sangka nombor 27 tu bagi tuah pada kinah. Lepasni bolehlah melayan komik pulak. 


Wednesday, 30 August 2017

,
Menang Giveaway Merdeka By Kisahsidiary.com| Alhamdulillah baru je diumumkan sebagai pemenang wang tunai di Giveaway Merdeka by Kisahsidiary.com. Patutlah petang tadi tapak tangan gatal heheh. Alhamdulillah.

KLIK DI SINI
 Terima kasih kepada kak Siti Rohaida dan penaja kak Juju. 
Nombor Bertuah Kinah

Wednesday, 21 June 2017

,
Alhamdulillah menang giveaway duit raya daripada abam kie . Asalnya abam kie dah umumkan pemenangnya, tapi disebabkan ada pemenang gagal bagi detail mengikut tarikh yang ditetapkan menyebabkan abam kie terpaksa cari pemenang lain. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih abam kie




Friday, 9 June 2017

,
Assalamualaikum rasanya dah lama kot tak menang mana-mana giveaway. Tup tup hari ni rezeki menang saguhati di blog kak sha.
Nombor bertuah ni
Alhamdulillah kinah dapat kad raya daripada kak sha nanti. Dah lama tak dapat kad raya hukhuk sedihnya. Yela zaman sekarang ni orang dah kurang nak hantar kad raya ni. Orang zaman sekarang banyak guna media sosial untuk sampaikan ucapan. Bagus tau giveaway macam ni. Dapat hidupkan kembali tradisi hantar kad raya.




Tuesday, 7 February 2017

,
Sebenarnya semalam dah umum pemenang. Alhamdulillah rezeki pada bulan Februari ni. Pada asalnya hanya 5 orang sahaja pemenang oleh kerana yang join 81 orang jadi hadiahnya bertambah menjadi sepuluh orang. Kinah join pun dah last minit. 

Hadiahnya? Sourvenir daripada Korea. Apakah dia? Kinah pun tak pastila. Oh ye kinah dah ambil bungkusan di pejabat Pos Laju tadi. Seperti yang dijangka hadiah daripada kak Suria Amanda. Apakah hadiahnya? Haaa kinah dapat planner. Ok la. Planner tu bolehla digunakan untuk list barang dapur hehe. Kinah bukannya kerja lagi nak kejar dateline huhu.



Thursday, 12 December 2013

,
Assalamualaikum semua, lama tak update sebab line internet dah sampai koutanya. Ni pun try and error je ni. Alhamdulilllah, hari ni rezeki kinah lagi, kinah menang giveaway tau. Nak tau menang apa? Kinah menang novel Semester Satu, Kinah dah senda detail kat sponsor tunggu sponsor reply je la. Happy sangat-sangat.  Oh ye tadi abg posmen datang tau, hantar hadiah jauh dari Sabah Bha, nak tau hadiah apa, hadiah satu broch Diy, sweet cute gitu. 

Monday, 9 December 2013

,
Assalamualaikum semua, syukur sangat-sangat rasanya haritu pihak Reddelima contact kinah beritahu kinah sepatutnya tulis 3 artikel kemudian diorang akan bayar sebanyak RM25 untuk satu artikel, kiranya diorang akan bayar sebanyak RM75 kepada satu laman web tu, oleh sebab tiada feedback daripada admin page tersebut, pihak Reddelima buat keputusan untuk bank in je duit tu pada kinah. Rezeki tergolek alhamdulillah. Kinah baru je berkira-kira nak save duit tu, adik kinah pulak ajak hang out pulak. Hmm ok gak tu bolehla beli barang yang dah nak habis tu heheheh...

Ha tengok gambar tu betapa gembiranya dia dapat shopping, begitu jugak kinah hehhe. Excited nak keluar ni, ececece macam nak keluar dengan encik abang pulak. Keluar dengan encik abang pun oraitt jugak dia pun suka shopping-shopping ni hehheeh. Kalau ada diskaun lagi best, kalau ada year end sale lagi syokkkkkkk
Cepat-cepat list nak beli ape nanti yer hmmmmmm

Wednesday, 20 November 2013

,
Assalamualaikum semua, alhamdulillah hadiah daripada Nabila Medan dan Emas Putih dah sampai. Hadiahnya Set Mary Kay iaitu timewise body dan lipstik hooooo. Mama Darwish dapat dah ke? Aritu duk tanya kinah kita berdua menang apakan, ni kinah dapat timewise body mama darwish pulak? Tunggu post daripadanya. Oh ye nak upload gambar tak bolehla, intenet tengah running down. 

Lebih kurang macamnila, ada tiga item, ni je yang dapat expose ok la kan. 


Wednesday, 13 November 2013

,
Alhamdulillah, rezeki bulan November, syukur

Sudah sampai, tshirt dari Tshirt Mudah by Terengganu dan jam pulak hadiah misteri daripada Zumal. Terima kasih penganjur GA :)

Tuesday, 12 November 2013

,
Assalamualaikum semua, alhamdulillah, akhirnya hadiah dari Reddelima sampai juga akhirnya. Terima kasih kepada penganjur dan sponsor yang hadiahkan kinah sepasang pyjamas. So nice dan molek sangat dengan saiz badan kinah heheh. Sekarang ni nak tunggu parcel dari Sky Net pulak hadiah daripada Tshirt Mudah by Terengganu. Maafla tak dapat nak post gambar kat sini internet kureng bagus, ni pun merangkak je hehehehe. 


p.s Minat shopping tak? Klik sini banyak barang menarik 

Monday, 11 November 2013

,

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T mungkin kinah tak ada rezeki dapat keje lagi tapi Allah bagi rezeki yang lain untuk Kinah. Hari ini kinah menang dua GA. Satu GA daripada Nabila Medan selalu join GA Cik Nab tapi tak pernah ada luck, alhamdulillah hari ni ada luck. Satu lagi baru sahaja diumumkan sebagai pemenang GA daripada Tshirt Mudah Terengganu. Every part kinah join syukur kali ni kinah pulak. Lepas ni kasi can pada orang lain pulak tuk join GA daripada Tshirt Mudah Terengganu. Terima Kasih semua   

Tuesday, 5 November 2013

,
Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, untuk bulan November ni Kinah menang empat GA yang telah berlangsung bulan Oktober lepas. Pertama sekali kinah menang Reddelima Giveaway By Dunia Sebenar Shida. Kinah menang kategori sleepwear, nak tau antara banyak-banyak kinah pilih baju tido yang mana yang ni ha

Cotton Pajamas
Seksi ke huhuhu, rasanya yang ni ok kot daripada lingerie yang tali halus tu. Tali halus tu untuk orang dah nikah sesuaila, Kinah ni in the middle so amik ni je. 

Kedua pulak kinah menang topup daripada Shaklee Wardrobe sebanyak RM10, alhamdulillah lepas mesej dengan tunang :)


Ketiga Kinah menang hadiah misteri daripada Zumal, hadiah apa  kinah tak pasti dah namanya pun hadiah misteri. So tunggu je la ye.


Keempat, kinah join GA by Nik Ainaa, Kinah dapat brooch, menurut sponsor brooch reben. Kinah suka kumpul brooch ni. Terima Kasih sponsor

Gambar hiasan aje

Walau apa pun syukur sangat, alhamdulillah..


,
Assalamualaikum semua, alhamdulillah kinah menang lagi dalam GA by Dunia Sebenar Shida. Kali ni kinah menang sebagai top referral. Menurut Shida, pemenang top referral telah diberi mengikut kategori dan kinah memenangi kategori sleepwear. Aiyooooo sleepwear?? Bila kinah masuk laman web nak pilih sleepwear yang mana, alamak awat seksi sangat semua bajunya, takkan nak pakai kat rumah ni, mau juling biji mata ayah dan adik lelaki kinah huhu. Akhirnya kinah buat keputusan ambil pajamas itupun seksi juga tu, ambil jela dah orang bagi. Kinah simpan bila sampai masanya nanti huhuhuhu