Showing posts with label Menang Pertandingan. Show all posts
Showing posts with label Menang Pertandingan. Show all posts

Thursday, 6 July 2017

,
Pengumuman kepada semua blogger yang menyertai Lazada Ramadhan Blogger Contest, pihak Lazada telah mengeluarkan senarai pemenang. Alhamdulillah selepas beberapa kali kecundang akhirnya merasa juga menang dengan Lazada. Ok la dapat tempat ketiga. Pada semua yang tersenarai tahniah diucapkan. Pada yang tidak berjaya, kita cuba lagi pada contest yang akan datang.

Monday, 3 July 2017

,
Alhamdulillah, kinah menang top komentator di Suriaamanda.com. Kinah menang untuk kali kedua. Kali pertama bulan Januari lepas. Pada sesiapa nak menang top komentator di Suriaamanda.com rajin-rajinla tinggalkan komen di sana. Nak tahu apa hadiahnya?? Nanti la kinah review apa hadiahnya.

Wednesday, 21 June 2017

,
Alhamdulillah menang giveaway duit raya daripada abam kie . Asalnya abam kie dah umumkan pemenangnya, tapi disebabkan ada pemenang gagal bagi detail mengikut tarikh yang ditetapkan menyebabkan abam kie terpaksa cari pemenang lain. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih abam kie




Wednesday, 3 May 2017

,
Masih ingat lagi entri kinah yang ni Sini. Kinah ada bagitau kinah menang kajian online daripada Adabi. Sebenarnya dah lama sampai sebelum jumpa sahabat lama yang kinah post di Sini. Mana tau parcel sampai hari Khamis tu. Sedar-sedar orang poslaju call nak hantar barang kat rumah. Dah kita takda kat rumah jawabnya parcel tu berkampunglah di pejabat pos laju heheeh. Siapa suruh lambat hantar. Orang ada kat rumah tak da pulak nak hantar. Ehh lupa nak bagitau sekarang ni poslaju kalau owner takda kat rumah diorang tak tinggal dah nota tu. Pakai sms je. 

Mulanya tak percaya jugak. Bila tanya balik orang poslaju diorang mengiyakan. Apa yang penting nanti masa nak ambil barang bawak ic dan tunjuk tracking no yang dihantar melalui sms. Agaknya diorang buat macam tu sebab takut nota tu hilang. Ehh panjang betul mukadimah. Asalnya nak cerita barang dari Adabi.



Haaa nilah hadiah misteri yang adabi katakan tu. Kaki tu  sila abaikan. Kinah dapat paste rendang, sup bunjut, sup sayur, kurma dan pancake banana flavour. Sejujurnya pancake tu tak pernah cuba lagi. Lain-lain tu dah biasa dah. Apa-apapun alhamdulillah. Terima kasih Adabi. Oh ye sekarang ni nak dapatkan barangan Adabi dah mudah. Tekan-tekan je dah sampai barang ke rumah. 

Tuesday, 25 April 2017

,
Alhamdulillah rezeki. Dalam tiga kali juga join kajian daripada ADABI ni. Haritu kinah ada hebahkan dalam blog ni. Kalau masih ingat lagi dalam entri Sini Hari ni nama naik sebagai pemenang. Apakah hadiahnya? Nanti dah dapat nanti kinah share ye.  


Tahniah kepada semua pemenang.