Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, 23 November 2018

,
5 Petua Yang Biasa Digunakan Untuk Halau Tikus Di Rumah | Masa duduk di kampung dulu, tikus tak usah cakap la. Sampai kinah pernah kena gigit dengan 'cik siti' tu tau. Tapi itu cerita berbelas tahun yang sudah. Di rumah sekarang ni alhamdulillah setakat ni tak ada lagi cik siti tu. Mintaknya berterusan la macam tu. Risau tau bukannya apa, bila adanya dia,bagi kinah itu satu ancaman, nanti habis barang di rumah hilang ataupun kena gigit. Jadi untuk kali ni, kinah nak kongsi dengan korang beberapa  petua yang biasa digunakan untuk halau tikus di rumah untuk korang amalkan.

5 Petua Yang Biasa Digunakan Untuk Halau Tikus Di Rumah

Cara halau tikus, petua halau tikus, tikus dalam rumah
5 Petua Yang Biasa Digunakan Untuk Halau Tikus Di Rumah
1. Uncang Teh
Kita sebagai manusia, begitu menggemari aroma yang terbit dari uncang teh lebih-lebih lagi yang disertakan dengan perasa tertentu seperti strawberi, pudina, teh hijau dan banyak lagi tapi tidak untuk si tikus. Aroma atau bau seakan-akan daun herba bukan saja mengganggu deria bau, malah akan menyebabkan kegatalan dan juga iritasi pada badan.

Caranya mudah saja, terpulang pada korang sama ada nak guna uncang yang baru ataupun yang dah digunakan. Cuma letakkan saja di laluan yang sering digunakan oleh cik siti atau nak kesan yang lebih hebat, korang cari je sarangnya dan tutup lubang tu. Kesannya dia akan lari tinggalkan rumah atau pengsan di tempat kejadian. Dah pengsan tu pandai-pandai la kome ye.

2. Kulit Durian
Penggunaan kulit durian sebagai musuh tikus merupakan serangan psikologi oleh orang-orang dulu. Bunyi macam lawak je kan, kalau fikir secara logik, kulit durian tu berduri bagaikan memberi amaran kepada tikus untuk tidak datang menghampiri. Ditambah pula dengan bau yang menusuk hidung dari kulit durian membuatkan si tikus merasa tidak selesa dan rimas.

Caranya sama je macam uncang teh tadi, letak je beberapa potong kulit durian dilaluan tikus dan pastikan posisi duri tu di atas. Biar dia rasa takut dan tak berani nak datang ke rumah korang lagi.

3. Buah Mengkudu
Buah mengkudu sememangnya terkenal sebagai antara bahan yang digunakan sebagai racun membunuh serangga dan juga haiwan kecil. Mengandungi zat alam semula jadi seperti glikosida, fenol, antaraquinon dan banyak lagi fungsi mengkudu sebagai buah yang memiliki ciri antibakteria dan antiseptik yang baik.

4. Serai Wangi
Kalau korwng nak tau, tikus ni begitu benci dengan aroma yang menyegarkan. Disebabkan itu, satu lagi alternatif nak halau tikus dengan menggunakan daun serai wangi. Daun serai wangi ni sangat berkesan membuatkan si tikus sesak nafas dan akhirnya melarikan diri. Caranya pun mudah aje, kalau korang rajin bolehlah rebus sendiri daun serai wang8 dan jadikan air semburan. Tapi kalau takde masa, beli je produk berasaskan serai wangi tak kisah la dalam apa bentuk pun.

5. Bela kucing
Haaa yang ni, kinah dah cuba. Memang menjadi. Sebab tikus kan takut dengan kucing. Sejak ada kucing, cik siti tu dah kurang dah melawat kawasan rumah. Mana taknya, kucing kinah dulu selalu jugak memanjat di tempat-tempat yang boleh dikatakan laluan tikus tu. Sejak dari tu dah kurang dah dengar tikus lari dalam syiling rumah. Ni cerita masa menyewa di  rumah kampung dulu.

Selamat mencuba 5 Petua Yang Biasa Digunakan Untuk Halau Tikus Di Rumah ni ye.

Tags
Petua Halau Tikus, Cara Halau Tikus

Wednesday, 26 October 2016

,
Baru-baru ni suami ada bawak ikan sepat dan ikan talapia ada orang sedekah katanya. Ikan air tawar ni terkenal dengan hanyir. Pergh berbau satu rumah. Oleh itu, dengan gigihnya kinah mencari petua nak hilangkan hanyir ikan ni. Hasil pencarian kinah ada tiga cara nak hilangkan hanyir ikan ni. 


Cara pertama dengan asam jawa. Cuci ikan tersebut dengan asam jawa. Kinah dah cuba dah dengan asam jawa ni. Bau masih ada lagi. Ke salah teknik entahle. Apa yang penting kinah dah cuba.

Cara kedua dengan limau nipis. Cara ni sama je kaedah dengan asam jawa tadi. Cara ni kinah tak cuba pun. 

Cara ketiga pula dengan tepung jagung. Haa cara ni kinah dah cuba. Memang hapus la bau hanyir tu. Caranya salutkan tepung jagung pada ikan tadi. Pastikan ikan tadi betul-betul disalut dengan tepung kemudian cuci dan digoreng seperti biasa.

Ha antara ketiga-tiga cara ni, guna tepung jagung lagi berkesan daripada yang pertama dan kedua tadi. Ha bila dah tak berbau hanyir barulah ada selera nak makan. 

Korang ada petua lain untuk nyahkan hanyir ikan air tawar, boleh kongsi di sini. Sharing is caring. Hehe

Thursday, 22 September 2016

,
Assalamualaikum semua. Buntu? Tak tahu macam mana cara nak hilangkan kesan kuning pada baju akibat pemakaian deodaran. Bau badan tak ada tapi kesan kuning tu menghilangkan keyakinan kita untuk berhadapan dengan orang. Kinah pun mengalami masalah yang sama baju ada kesan kuning terutama pada baju yang berwarna putih. Kinah google dan akhirnya terjumpa daripada portal mingguan wanita. Kinah kongsikan pada semua ye.

1. Alkohol
Sapu sedikit alkohol di bahagian yang kotor. Jika kesan kotoran degil, anda boleh sapukan dulu dan rendamkan kain tersebut sementara waktu dan bilas.

2. Cuka
Campurkan cuka dan air suam dalam jumlah yang sama dan sapu di baju yang kotor. Rendam kain dalam larutan selama beberapa jam. Bilas dengan air sejuk dan lihat kotoran pasti pudar.

3. Pantyhose (sarung kaki yang nipis)
Cara ini sangat membantu menghilangkan kesan kuning deodorant di baju. Hanya gosok perlahan-lahan dan kotoran akan hilang. Geseran sarung kaki dengan kain baju membantu untuk menyingkirkan kotoran lebih cepat. Ok, lepas ni anda boleh cari stokin yang jenis nipis tu, ya!

4. Baking soda dan air
Untuk menghilangkan noda dan kuning ketiak di baju anda boleh gunakan campuran baking soda dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bilas.

5. Aspirin
Petua ini hanya boleh digunakan untuk baju warna putih sahaja. Larutkan dua tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotor dan rendam selama 2 jam. Kemudian cuci dengan air biasa diikuti dengan sabun basuh.

6. Limau Nipis
Perahkan limau nipis di tempat yang terkena deodorant dan biarka beberapa minit, kemudian letak sabun basuh. Cuci seperti biasa.

Ha lepasni ibu-ibu kat luar sana bolehlah cuba petua daripada mingguan wanita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


hilangkan kesan kuning pada baju

Saturday, 16 November 2013

,
Assalamualaikemu semua, tadi masa jalan-jalan dekat Facebook terjumpa satu petua untuk mengubati resdung. Sama ada boleh pakai atau tak tu tak pasti la, korang try la dulu ye. Ambil limau nipis sebanyak 8 biji, daun pandan 10 helai diracik halus macam bunga rampai. Perah limau nipis tadi dan gaulkan dengan daun pandai sehingga sebati. New chemical akan terbentuk. Sapu campuran tadi di muka korang, kalau sesuai, tak sampai 5 minit ulat resdung tu akan keluar ikut kulit muka. Paling banyak akan keluar di bahagian kening, jika tersangkut tarik je ulat tu. Eee rasa geli pulak... huhuh

Buat 3 kali seminggu, waktu sesuai diantara jam 10.00 pagi hingga 3.00 peetang kerana waktu tu virus tu tengah aktif. Campuran yang lebih tu bolehla disimpan ke dalam peti ais, tapi tidaklah seefektif yang fresh tu. Kinah cadangkan baik buat sikit dulu. Masa sapu campuran tadi, seeloknya letak kain hitam di paha sebab ulat ni lebih attract pada wana hitam.

Sejauhmana keberkesanan tu kinah tak pastila, tapi rata-rata mengatakan berkesan. Cubalah ye.