Showing posts with label Tahukah Anda. Show all posts
Showing posts with label Tahukah Anda. Show all posts

Thursday, 5 March 2020

,
Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia | Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? Kinah sekarang ni selalu update waktu malam sebab siang kinah menguruskan rumahtangga. Ok kita tak mau mukadimah yang panjang kita terus pada topik kali ni iaitu sarapan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Dah fikir esok pagi nak bersarapan apa? Selalunya kaum ibu-ibu dah mula merancang menu untuk keesokan hari daripada sarapan hinggalah untuk makan malam. Selalunya dalam senarai adalah seperti berikut.

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia


Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia
Nasi lemak adalah merupakan pilihan utama bagi rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu, Cina, India semua akan memilih makan ini. Selain daripada telur rebus, sambal ikan bilis, kacang dan timun anda juga boleh menambah lauk lain seperti ayam goreng ada juga yang tak mahu sambal ikan bilis tapi nak sambal sotong. Aiii macam-macam pilihan boleh dibuat. Kena pulak dengan kopi o memang kena sangat la. Tapi janganlah hari-hari makan nasi lemak nanti bertambah lemak dalam badan tu hehe

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia
 Ni pulak namanya roti canai. Ni pun salah satu kegemaran kinah juga. Kalau boleh hari-hari nak makan haha. Opps terlebih sudah. Roti canai ni berasal daripada negara India dan diolah sehinggalah jadi seperti sekarang. Roti canai ni kita boleh makan dengan pelbagai jenis kuah seperti kuah dhal, kari tak kirala ayam, ikan, daging, kambing sambal ke semua boleh masuk. Emm sedapnya. Sekarang ni nak makan roti canai tak payah nak pergi kedai mamak dah kedai melayu pun ada jual. Orang Cina pun pandai tebar roti canai tau sekarang.

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia
Ni namanya nasi kerabu selalunya orang pantai timur yang makan. Tapi sekarang bukan orang pantai timur je yang makan orang daripada pantai barat pun dah pandai makan nasi kerabu ni. Pelbagai lauk kita boleh makan dengan nasi kerabu tau. Tengok gambar pun dah lapar. Cara nak makan nasi kerabu ni kena gaul nasi tu dengan budu sambal yang disediakan dengan sayur-sayur. Barulah ada rasa.

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia
Nasi goreng ni nampak menyelerakan. Selalunya nasi goreng ni dimasak pada hujung minggu iaitu hari cuti terutama bagi ibu-ibu yang berkerjaya. Nasi goreng ni ada pelbagai jenis seperti nasi goreng kampung, nasi goreng USA dan sebagainya. Tapi yang selalu dimasak pada pagi hari ialah nasi goreng biasa. Cepat dan mudah.

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia
Mee goreng ni pun sama juga macam nasi goreng tadi. Masak hujung minggu itu pada yang makan kat rumahla. Pada yang maka  dekat luar tu lain cerita la. Mee goreng ni simple je tak macam nasi kerabu dan nasi lemak tadi. Mee goreng ni semua bangsa pun makan.

Sarapan Yang Menjadi Pilihan Utama Rakyat Malaysia
Ha kuih muih ni untuk mereka yang tidak mahu sarapan yang terlalu berat. Ada kuih cara, donut, roti jala, karipap dan sebagainya. Kalau nak disenaraikan memang akan panjang post ni. Terpulangla yang mana satu teringin nak makan.

Haa kalau nak diikutkan banyak lagi makanan untuk bersarapan tapi kinah ambil yang selalu dimakan je la. Malaysia ni sebenarnya lubuk makanan. Pergilah mana-mana di pelosok Malaysia ni ada je makanan. Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada kerana masih ada lagi yang negara yang tidak bernasib baik seperti di Afrika Selatan, Somalia dan banyak lagi negara yang kekurangan makanan sehingga mengakibatkan kematian.



Monday, 1 January 2018

,
Tanda Nanas Dah Masak | Nanas merupakan buah tropika yang disukai ramai. Rasanya yang masam manis dan banyak air. Nanas ni kalau buat gulai pajeri dan masak lomak pergh sedapnya wehh. Oh ye perkara ni biasa sangat bila beli nanas. Bila beli ada je yang tak kena. Buah tak masak lagi la, buah dah masak sangat, dah busuk ehh macam-macam lagi la. Harap lepas baca tip Tanda Nanas Dah Masak ni takda la silap beli nanas lagi ye.
Tanda Nanas Dah Masak
Lihat Daunnya
Perkara pertama perhatikan warna daunnya, kalau daunnya warna hijau gelap dan segar tandanya nanas tu dah masak. Kalau daun hijaunya mudah dicabut itu tandanya buah tu ranum. Elakkan beli nanas apabila daunnya bernoda bintik hitam ataupun coklat.

Sentuh Buahnya
Bila kita sentuh buahnya, buahnya tak lembik bila ditekan itu tandanya buah tu elok. Cuba perhatikan bahagian atas 'mahkota'  nanas tu, jika ada kecacatan jangan beli dan jangan lupa buat perbandingan berat dan ukuran dengan nanas yang lain. Semakin berat nanas, makin banyak la air nanas. 

Cium Aroma
Cium aroma dari bahagian bawah ye. Bila cium, akan timbul aroma yang segar, manis dan harum. Ingat ye tak semua kulit nanas berkulit hijau tu mentah tau ianya bergantung pada jenisnya juga. Sebenarnya cium aroma ni lebih baik berbanding yang lain. Jika ada bau yang tak menyenangkan atau fermentasi dan muncul lalat di sekitar buah nanas lupakan je niat nak beli tu.

Perhatikan Mata Pada Kulit Nanas
Perhatikan betul-betul mata pada kulit nanas tu, jika nanas yang elok masak mata pada kulit tu bentuknya membulat, ukurannya pula hampir sama dan tidak menonjol. Nanas yang mentah pulak, bentuk matanya kelihatan lonjong, menonjol dan berduri kecil.

Teliti Bahagian Bawah Nanas
Nanas yang sedang elok masak jika kita teliti di bahagian bawahnya kelihatan bentuknya membulat dan penuh. Nanas yang mentah pulak, bahagian bawahnya kelihatan lonjong dan berwarna hijau tua. Jangan beli nanas kulitnya berkedut dan coklat kemerahan itu tandanya buah nanas dah mula busuk.

Tags
Nanas dah masak, tanda nanas masak, tanda nanas dah masak

Tuesday, 20 June 2017

,

Ha selalunya korang buat yang mana satu? No 1,2,3? Tak semua orang tahu cara yang betul untuk cairkan coklat masakan ni. Ni kinah kongsikan cara yang betul untuk cairkan coklat masakan. 

Cara yang betul mestilah menggunakan air yang mendidih dan api telah ditutup. Itu cara yang betul. Ha dah tau kan cara yang betul, pasni boleh guna cara ni saja tau.

Thursday, 4 May 2017

,
Rahsia Warna Pada Makanan Kita
Rahsia Warna Pada Makanan Kita

Putih
Buah-buahan seperti pisang, ciku, longan dan durian belanda sebenarnya mengandungi serat yang tinggi dan kaya dengan vitamin C. Namun begitu, buah-buahan ini tidak banyak mengandungi antioksidan. Sayuran seperti lobak putih, tauge, sawi putih, bunga kubis dan cendawan kaya dengan vitamin E dan C.

Ungu
Bagi buah-buahan dan sayuran yang berwarna ungu dapat membuatkan sel otak anak anda berfungsi secara optimum kerana ianya mengandungi anthocsyanin dan proanthocyanin iaitu antioksidan. Antioksidan ini dapat membantu menjaga kesihatan jantung. Selain itu, buah-buahan yang berwarna ungu ini juga mengandungi anthycianin bagi membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi dan kolestrol. Antioksidan pada bahan makanan yang berwarna ungu dapat mencegah kerosakan sel pada tubuh badan.

Merah
Buah-buahan dan sayuran berwarna merah mengandungi likopen iaitu zat yang berfungsi dalam menjaga kesihatan sel dan mampu melindungi tubuh daripada kanser seperti kanser prostat dan kanser payudara. Makanan yang berwarna merah juga mengandungi antosianin yang dapat mencegah daripada terkena penyakit berjangkit. Antaranya seperti tomato, anggur merah, tembikai dan kacang merah.

Hijau
Makanan yang berwarna hijau mengandungi lutien dan zeaxantin. Kandungan ini dapat membantu mencegah kerosakan mata bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa pun sama. Berlainan pula dengan warna hijau tua seperti brokoli yang mengandungi indoles dan isothiocyanates yang dapat meningkatkan pengeluaran enzim yang berfungsi menghilangkan racun dalam tubuh badan dan mencegah kanser. Semakin gelap warna hijau pada sayuran, maka semakin banyak klorofil dan antioksidan di dalamnya. Antara contoh seperti bayam, kangkung, sawi, buncis, epal hijau dan kiwi.

Kuning atau Jingga
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning atau jingga memiliki kandungan beta karoten dan alpha karoten. Apabila didalam tubuh, kedua-dua zat ini akan berubah menjadi bentuk aktif Vitamin A yang membantu menjaga kesihatan mata. Beta karoten juga merupakan antioksidan yang membantu menjaga sistem imun kanak-kanak. Antara buahan dan sayuran berwarna jingga atau kuning ialah keledek, limau, lobak merah, labu, mangga, aprikot, labu air dan betik kaya dengan kandungan vitamin C. Selain itu, kaya dengan potasium yang berfungsi dalam menjaga tekanan darah.

Monday, 2 January 2017

,

Bila perut kembung, semua kerja tak jadi. Perut kembung selalu terjadi bila kita terlewat makan. Oleh itu, terdapat 5 petua untuk atasi perut kembung.  



Sumber: Seminit Resepi