Wednesday, 13 November 2013

,
Alhamdulillah, rezeki bulan November, syukur

Sudah sampai, tshirt dari Tshirt Mudah by Terengganu dan jam pulak hadiah misteri daripada Zumal. Terima kasih penganjur GA :)

,
Assalamualaikum semua, shoutbox meragam??? Iye ini memang terjadi ye. Rasanya dah berapa kali dah kotak jerit kinah jadi macam ni. 


Sabar je la. Dalam minggu ni ntah berapa kali dah jadi macamni, nak tukar cbox menyemak dengan iklan bagai. So nak buat macamne kita sabor je la ye heheheh

Tuesday, 12 November 2013

,
Assalamualaikum, kat bawah ni gambar kenangan masa zaman sekolah menengah dulu. Alahai kinah keringnya ko masa tu hahaha.

Kenangan bersama cikgu kimia, paling sempoii

Ni pulak masa konvo tingkatan 5



,
Assalamualaikum semua, alhamdulillah, akhirnya hadiah dari Reddelima sampai juga akhirnya. Terima kasih kepada penganjur dan sponsor yang hadiahkan kinah sepasang pyjamas. So nice dan molek sangat dengan saiz badan kinah heheh. Sekarang ni nak tunggu parcel dari Sky Net pulak hadiah daripada Tshirt Mudah by Terengganu. Maafla tak dapat nak post gambar kat sini internet kureng bagus, ni pun merangkak je hehehehe. 


p.s Minat shopping tak? Klik sini banyak barang menarik 
,

Assalamualaikum semua, dekat sini siapa yang suka sangat shopping online?? Hmm kinah pun pernah jugakla shopping online ni. Terdapat kebaikan dan keburukan bila kita bershopping online ni (hancur bahasa ko buat kinah oiii). Pengalaman kinah beli secara online ni so far so good, tak pernah lagi ditipu. Korang semua ada pengalaman ditipu oleh penjual online tak? Cuba share sikit. Kinah cuma nak share pengalaman bestfriend kinah, baru-baru ni dia ada beli baju secara online, dah berkenan katanya, lagipun baju tu dia nak pakai masa hari nikahnya bulan Januari nanti. Tapi entah macamna parcel yang dia tunggu hampir satu bulan tak sampai-sampai. Bila call tak berangkat, bila mesej tak berbalas apa lagi makin naik hantu la kawan tu, habis semua geng kami dirojernya untuk dihebahkan mengenai butik tersebut. Sampai sekarang tiada khabar berita, mahal jugakla nilai baju tu RM150 bukannya sikit, macam-macam boleh dibeli. Selepas daripada kejadian tu, dia dah serik nak beli online, see kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Hal ini secara tak langsung dah menjejaskan bisness online orang lain. Bila ada kejadian macam ni orang akan berasa was-was nak beli secara online, orang nak memudahkan pembeli tapi bila ada yang ambil kesempatan macam ni rosak bisness orang. 


Harap sangatla ye, kalau nak berniaga online tu buat cara nak berniaga, jangan fikir nak ambil untung aje, tak pasal-pasal rosak bisness orang lain. Bila dah sekali terkena orang tak mau terkena lagi. Jika betul ada masalah penghantaran, beritahu pelanggan, ini tidak call tak jawab mesej tak balas bila benda macamni dah tersebar yang turut terjejasnya bisness orang lain jugak. Fikir-fikirkanlah.

p.s Sambil baca tu, jom kita bantu Maybank untuk Project H.E.A.R.T mereka di Kg Chuweh
Klik sini