Saturday, 7 December 2013

,
Assalamualaikum semua, hari ni dengan rasminya kinah tukar template kinah. Tak mau dah pakai template lama tu sebab haritu ada blogger beritahu terjumpa blog yang persis dengan kinah. Huhu sabor je la. Selepas survey sana sini dengan ini lihatlah my new template, nampak lebih ringkaskan. Kinah sukala dengan template baru ni hehe korang suka tak suka tak?

Kesian pada kawan-kawan yang berada di Pantai Timur, dengar berita tadi banjir semakin buruk. Takziah kepada mereka yang kehilangan keluarga,dan diharap semua baik-baik sahaja, bukan apa dengan keadaan sekarang ni air yang tidak bersih akan mengakibatkan penyakit berjangkit. Kena elakkan terutama kanak-kanak yang gemar main air. Marilah kita semua doakan semoga keadaan sahabat di sana baik-baik dan banjir akan surut. Bersabarlah dengan apa yang dihadapi sekarang ni, sesungguhnya ini adalah kifarah dan juga sebagai peringatan untuk kita semua.

   

Keadaan banjir di Kuantan, Pahang

,
Assalamualaikum semua...


Telinga diciptakan dua adalah tujuan mendengar perkara yang baik-baik, mendengar alunan zikir. Mulut diciptakan adalah untuk menutur kata-kata yang baik, berzikir, mengalunkan ayat Al-Quran tapi sedarkah kita sekarang ni fungsi mulut dan telinga dah bertambah, telinga digunakan untuk mendengar perkara yang melalaikan diri kita, mulut pula digunakan untuk mengumpat, mencaci, memfitnah, menghina individu lain. Nauzubillah, bawaklah insaf, sedar hidup kita di dunia ini tak akan kekal yang kekal cuma di akhirat sana. Pada mereka di luar sana yang suka bawak mulut mengata orang, mencaci, menghina, herdik orang insaflah, mintak maaf pada orang yang telah kamu kutuk tu. Post kali ni sekadar renungan kepada semua dan pada diri kinah sendiri supaya kita menggunakan nikmat yang Allah beri dengan betul.  


Friday, 6 December 2013

,
Assalamualaikum semua, kali ni review blog ika pulak. Hmmm, so far blog ika tak da masalah, cute and simple lagi adala ^_^.  Cuma bila entri ika terlalu panjang cuba ika buat read more, so pembaca akan tahu keseluruhan post ika dan mereka akan baca another post. Cadangan kinah je la terpulang pada ika nak follow atau tak. Pada mereka yang gemar mencuba resepi-resepi terbaru bolehla singgah ke blog ika ni ye.   Good job ika ekhmmm agak-agaknya bila boleh merasa nasi minyak ika ye hehehe