Wednesday, 1 January 2014

,
Assalamualaikum semua, kali ni kinah nak share 11 Langkah Penjimatan Perbelanjaan Kerajaan yang telah dibentang oleh Perdana Menteri Kita. 

Apa pendapat anda akan hal ini?? Adakah penjimatan perbelanjaan ni berjaya??



,
Assalamualaikum semua, alhamdulillah tahun baru ni follower kinah dah cecah 600.  Tak sangka ada juga yang nak follow blog kinah yang tak seberapa ni yela mana taknya blog kinah ni masih baru lagi nak aktif selepas setahun menyepikan diri dulu. 


Ok kita tutup kisah tu, sekarang kita buka buku baru yang lepas tu biarlah ianya menjadi sejarah dalam hidup kita. Masih banyak ujian dan dugaan yang perlu kita tempuh nanti. 


Namun begitu, bukan follower yang beribu riban yang kinah kejar ye, cuma kinah suka apa yang kita karang, kita tulis akan ada yang datang membaca dan menjadi pengomen malah menjadi pengomen yang setia. Kinah suka tu, secara tak langsung kinah dapat mempertingkatkan lagi mutu penulisan kinah ni. Janganlah segan-segan untuk datang mengomen tau ^_^

,
Assalamualaikum semua. Selamat Pagi dan salam tahun baru 2014

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah S.w.t untuk bernafas di bumi ini, dah masuk tahun baru semestinya ada azam tahun baru kan? Cuba kongsi sikit azam tahun baru korang. Azam tahun baru ni Kinah cuma nak dapat kerja yang tetap dan kalau boleh nak jadi insan yang tersayang kepada seseorang yang kinah sayangi. 


Kinah harap korang semua.....