Tuesday, 23 June 2015

,
Assalamualaikum semua...
Masih belum terlambat untuk kinah ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Semoga dapat mempertingkatkan lagi ibadah kita pada bulan yang mulia ini.

Sunday, 14 June 2015

,
Assalamualaikum semua..
Agak lama juga la kinah tak update blog ni..
Dah setahun rasanya blog ni bersawang..
Status kinah pun dah berubah dari status bujang menjadi isteri orang. In sha Allah tak lama lagi nak jadi mak orang..
Setakat tu je pengenalan buat masa ni ye..


P/s: Salam takziah kepada mereka yang dilanda musibah gempa bumi di Sabah. 

Monday, 21 July 2014

,

Assalamualaikum semua,

Sana sini orang post mengenai kad raya. Hmm aiyak sudah lama tak dapat kad raya dari kawan-kawan. Semua menyepi je sejak diorang ni dah berumah tangga. Cerita pasai kad raya, kad raya sekarang masih lagi hidup meskipun zaman sekarang dah mula canggih semua di hujung jari jer. Kad raya digital pun dah ada sekarang ni. Ada sesiapa yang sudi nak bagi kad raya pada kinah :P




Saturday, 19 July 2014

,

Assalamualaikum semua

Masih belum mengetahui lagi status MH370, kini dunia dikejutkan dengan berita pesawat Mas yang terhempas di Ukraine. Dikatakan pesawat itu telah ditembak dengan peluru berpandu. Sama ada betul atau tidak entahla. Dahla nak menjelang Syawal dan kebanyakan penumpang hendak pulang beraya yang tak lama lagi. Harap kepada semua keluarga penumpang MH17 bersabar dan tabah menghadapi dugaan ni.






Tuesday, 15 July 2014

,
Assalamualaikum semua...

Ya Allah lama sangat blog ni tak update. Kalau realitinya agaknya dah bersawang bagai fuhhhh. Alhamdulillah hari ni masih diberi peluang untuk berada di muka bumi ini. Salam Ramadhan kepada semua walaupun dah agak lewat nak ucapkan. Kinah tak sempat nak update blog, balik kerja je penyakit malas semua datang. Hari ni baru berkesempatan nak update. Oh ye setelah bekerja selama lebih kurang enam bulan di company ni akhirnya kinah dapat tempat sendiri, pc sendiri. Alhamdulillah. Kinah sekarang ni pikul tugasan berat, kena cover sektor Kampar, mengemaskini maklumat operasi bas mengikut laluan. Penat tu memang penat tapi nak buat macam mana dah kerja. 

Pejam celik kita dah berada di pertengahan bulan Ramadhan sekejap je kan, jangan lupa doakan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di Gaza. Tambah pula berada di dalam bulan puasa ni banyak dugaan terpaksa mereka hadapi.

Monday, 28 April 2014

,
Assalamualaikum semua

Baru ni kinah kena sakit mata. Bengkaknya tak terkata sampai nak buat kerja pun dah tak boleh nak  fokus. Pandangan semakin kelabu nak tekan keyboard pun dah tak nampak. Parahh. Lepas siap semua kerja kinah, kinah pergi klinik Greentown Ipoh. Dapat MC dua hari huhuhu. Syoknya dapat cuti. Yaey magariba. Sabtu kinah pergi cek mata sebab doktor suruh cek mata. Mata belah kanan power makin tinggi, belah kiri power makin rendah tapi silau pula makin tinggi. Oleh sebab cermin sekarang ni dari zaman belajor lagi, kini tiba masa untuk tukar yang baru. Sabor je la. Lebih baik pakai cermin mata dari contact lens sebabnya kinah ni cuai kuikui. 

 

T eringin nak pakai cermin mata hitam ray ban huhu. Mata pun rabun nak ray ban apenye hahah.