Friday, 5 May 2017

,
Masa pergi Kulim aritu, saja jela nak merayap tempat orang waktu malam. Pusing sana sini terjumpa satu pasar malam. Memang elok sangat pun sebab perut dah lapar masa tu. Mana-mana pasar malam sama aje. Daripada barang basah sampai la makanan semua ada. Ni mukadimah je. Sebenarnya kinah nak cerita hasil tangkapan di pasar malam tu. Nak tau ape?? 

Jeng jeng jeng

^
^
^
^
^
^
^
^


Orang lain mungkin dah lama merasa susu kurma ni. Memang sedap terserlah rasa kurma tu walaupun dah diadunkan dengan susu. Sedap dan kena dengan tekak kinah. Harga sebotol RM8.00. Agak mahal tapi berbaloi. Sebenarnya dari MAHA lagi nak try susu ni nak pergi ke gerainya jauh sangat dari parking tambah hari hujan pulak tu. Tak dapat la nak beli. Tup tup tup dapat kat Kulim. Memang rezeki la merasa susu ni.

Farm Fresh~ Kurma Fresh Milk


Thursday, 4 May 2017

,
Rahsia Warna Pada Makanan Kita
Rahsia Warna Pada Makanan Kita

Putih
Buah-buahan seperti pisang, ciku, longan dan durian belanda sebenarnya mengandungi serat yang tinggi dan kaya dengan vitamin C. Namun begitu, buah-buahan ini tidak banyak mengandungi antioksidan. Sayuran seperti lobak putih, tauge, sawi putih, bunga kubis dan cendawan kaya dengan vitamin E dan C.

Ungu
Bagi buah-buahan dan sayuran yang berwarna ungu dapat membuatkan sel otak anak anda berfungsi secara optimum kerana ianya mengandungi anthocsyanin dan proanthocyanin iaitu antioksidan. Antioksidan ini dapat membantu menjaga kesihatan jantung. Selain itu, buah-buahan yang berwarna ungu ini juga mengandungi anthycianin bagi membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi dan kolestrol. Antioksidan pada bahan makanan yang berwarna ungu dapat mencegah kerosakan sel pada tubuh badan.

Merah
Buah-buahan dan sayuran berwarna merah mengandungi likopen iaitu zat yang berfungsi dalam menjaga kesihatan sel dan mampu melindungi tubuh daripada kanser seperti kanser prostat dan kanser payudara. Makanan yang berwarna merah juga mengandungi antosianin yang dapat mencegah daripada terkena penyakit berjangkit. Antaranya seperti tomato, anggur merah, tembikai dan kacang merah.

Hijau
Makanan yang berwarna hijau mengandungi lutien dan zeaxantin. Kandungan ini dapat membantu mencegah kerosakan mata bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa pun sama. Berlainan pula dengan warna hijau tua seperti brokoli yang mengandungi indoles dan isothiocyanates yang dapat meningkatkan pengeluaran enzim yang berfungsi menghilangkan racun dalam tubuh badan dan mencegah kanser. Semakin gelap warna hijau pada sayuran, maka semakin banyak klorofil dan antioksidan di dalamnya. Antara contoh seperti bayam, kangkung, sawi, buncis, epal hijau dan kiwi.

Kuning atau Jingga
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning atau jingga memiliki kandungan beta karoten dan alpha karoten. Apabila didalam tubuh, kedua-dua zat ini akan berubah menjadi bentuk aktif Vitamin A yang membantu menjaga kesihatan mata. Beta karoten juga merupakan antioksidan yang membantu menjaga sistem imun kanak-kanak. Antara buahan dan sayuran berwarna jingga atau kuning ialah keledek, limau, lobak merah, labu, mangga, aprikot, labu air dan betik kaya dengan kandungan vitamin C. Selain itu, kaya dengan potasium yang berfungsi dalam menjaga tekanan darah.

Wednesday, 3 May 2017

,
Sambal Garing Che Nor Memang Best | Puasa dah tak lama dah. Kinah tengok kat facebook siap dah list nak masak apa untuk bersahur dan berbuka nanti. Katanya senang nanti tak payah nak fikir dah. Memang sungguh pun bila dah hari-hari masak sampai satu tahap nak masak apa ek hari ni?? Soalan tu memang famous dalam kalangan mak-mak hehe.

Biasanya kalau sahur tu kinah kurang nak makan gulai-gulai ni. Kalau dah depan mata tu makan je la tambah lagi kalau balik kampung. Kat rumah sendiri pulak cukuplah hidangan yang simple tapi sedap macam sambal ikan bilis. Pernah dengar Sambal Garing Che Nor?

Sambal Garing Che Nor Memang Best

Siapa pernah cuba sambal garing ni mesti takkan lupa betapa garingnya ikan bilisnya. Krup krap bunyinya. Makan dengan nasi panas memang ummp. Kalau yang ni extra ikan bilis. Memang banyakla ikan bilisnya. Sambal garing Che Nor ni wajib ada di setiap meja tau. Haaa memang sesuailah kan tak lama lagi dah nak puasa. Simpan stok banyak-banyak.

Sambal Garing Che Nor Memang Best

Haa tengok tu tengok rupa pun dah tau. Bekasnya pun comel je. Memang sedap, rugi kalau tak cuba. Dah cuba sekali pasti jatuh cinta dengan sambal ni. Confirm bertambah selera bila bersahur nanti. Mana nak dapatkan sambal ni? Suami kinah beli di Petronas. Sebab dia tahu bininya hantu sambal. Kalau tempat korang takde jual whatsapp je di 011-51338686.


,
Masih ingat lagi entri kinah yang ni Sini. Kinah ada bagitau kinah menang kajian online daripada Adabi. Sebenarnya dah lama sampai sebelum jumpa sahabat lama yang kinah post di Sini. Mana tau parcel sampai hari Khamis tu. Sedar-sedar orang poslaju call nak hantar barang kat rumah. Dah kita takda kat rumah jawabnya parcel tu berkampunglah di pejabat pos laju heheeh. Siapa suruh lambat hantar. Orang ada kat rumah tak da pulak nak hantar. Ehh lupa nak bagitau sekarang ni poslaju kalau owner takda kat rumah diorang tak tinggal dah nota tu. Pakai sms je. 

Mulanya tak percaya jugak. Bila tanya balik orang poslaju diorang mengiyakan. Apa yang penting nanti masa nak ambil barang bawak ic dan tunjuk tracking no yang dihantar melalui sms. Agaknya diorang buat macam tu sebab takut nota tu hilang. Ehh panjang betul mukadimah. Asalnya nak cerita barang dari Adabi.



Haaa nilah hadiah misteri yang adabi katakan tu. Kaki tu  sila abaikan. Kinah dapat paste rendang, sup bunjut, sup sayur, kurma dan pancake banana flavour. Sejujurnya pancake tu tak pernah cuba lagi. Lain-lain tu dah biasa dah. Apa-apapun alhamdulillah. Terima kasih Adabi. Oh ye sekarang ni nak dapatkan barangan Adabi dah mudah. Tekan-tekan je dah sampai barang ke rumah. 
,
Haih banyak sebenarnya nak up entri. Kebanyakannya duduk dalam draf je. Bila kemalasan melanda habis semua kerja terbengkalai. Haritu adalah kecoh sekejap pasai nuffnang ni. Katanya company nuffnang dah tutup. Terkejut dengarnya. Macam tak percaya sebab baru je dapat payment dari nuffnang.

Hari cuti pekerja aritu nuffnang dah membuktikan bahawasanya company diorang masih lagi utuh sebabnya kinah terima CPUV daripada nuffnang. Lepas sebulan takde yang masyuk, alhamdulillah permulaan bulan baru dah dapat iklan baru. Harapnya lama sikit. Iklan terbaru ni daripada Blackmores-Vital Shines. Terima kasih nuffnang. 


Saturday, 29 April 2017

,
Hari ni bersiaran di Kulim. Asal pergi bercuti je mesti blog ni terabai. Mana taknya banyak aktiviti kat sini. Salah satu antaranya pergi jumpa kawan lama masa sekolah dulu kat Lunas. Dah sepuluh tahun tak jumpa. Selalu berhubung dengan facebook dan handphone je. 


Ni je gambar yang  sempat kitorang ambil. Lagipun pada masa ni dia tengah sibuk layan tetamu sempena kenduri turun batu arwah ayahnya yang meninggal. Bila dah nak balik sedih pulak rasanya. Tak puas nak berborak macam zaman- zaman sekolah dulu. Kalaulah boleh diputarkan masa semula. Hmmmm