Friday, 9 June 2017

,
Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. Dapat satu lagi CPUV daripada Nuffnang walaupun PV kinah tak macam orang lain sampai beribu riban. Sis jeles hukhuk. Ok lah, kita cerita pasai iklan pulak ye.  Kali ni daripada Seri Pajam Development. Seri Pajam Development ni syarikat apa?

Seri Pajam Development merupakan  syarikat hartanah. Ala yang bina rumah tu. Haa siapa yang tengah mencari rumah untuk kediaman sendiri tu bolehla cuci mata kat website Seri Pajam. Banyak juga projek perumahan tengah on progress. Mana tau kena dengan bajet korang kan. Selamat mencuci mata ye.

Ni webistenya.

,
Assalamualaikum rasanya dah lama kot tak menang mana-mana giveaway. Tup tup hari ni rezeki menang saguhati di blog kak sha.
Nombor bertuah ni
Alhamdulillah kinah dapat kad raya daripada kak sha nanti. Dah lama tak dapat kad raya hukhuk sedihnya. Yela zaman sekarang ni orang dah kurang nak hantar kad raya ni. Orang zaman sekarang banyak guna media sosial untuk sampaikan ucapan. Bagus tau giveaway macam ni. Dapat hidupkan kembali tradisi hantar kad raya.




Thursday, 8 June 2017

,


Seminar Breastfeeding - Back To Basic
Julung-julung kali dianjurkan oleh MOMMA® bagi membantu lebih ramai ibu berjaya menyusu sehingga 2 tahun. 
Tahukah mommies, titik tolak kejayaan penyusuan susu ibu adalah TEKNIK LEKAPAN (LATCHING) yang betul? Segalanya bermula di sini.

Siapa yang wajib hadir ?
  • Ibu yang sedang hamil anak sulung - belum ada experience menyusukan bayi
  • Ibu menyusu yang ada masalah lekapan yang menyebabkan puting melecet, breast bengkak dan sebagainya
  • Ibu yang sedang hamil dan ada masalah penyusuan anak-anak sebelum ini
Seminar akan disampaikan oleh Kaunselor Laktasi bertauliah dengan 8 tahun pengalaman.

DAFTAR SEKARANG! Tempat terhad!

Tarikh : 18 Jun 2017 (Ahad)
Masa: 10 pagi - 1 petang
Lokasi : MOMMA Bangi Sentral

Wednesday, 7 June 2017

,

Sistem Guru Online (SGO) merupakan portal yang berkaitan dengan sistem pendidikan di negara kita. Kewujudan portal ini sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada tenaga pengajar untuk melaksanakan tugas mereka seiring dengan peredaran semasa. Adanya portal ini juga membantu ibu bapa untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pelajaran anak mereka.

Antara maklumat dan info yang diperoleh melalui portal ini ialah pelajar dapat memuat turun nota padat yang dihasilkan oleh guru berpengalaman bagi setiap subjek, daripada UPSR, PT3 dan SPM. Selain itu, melalui portal ini juga kita dapat merujuk takwim dan kalendar. Bank Soalan juga boleh didapati di portal ini di samping membuat semakan dan permohonan ke sekolah, artikel berkaitan pendidikan, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan APDM iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid.

Diharap dengan wujudnya portal ini dapat memberi manafaat kepada semua. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari  laman web ini https://www.sistemguruonline.my