Monday, 3 July 2017

,
Alhamdulillah, kinah menang top komentator di Suriaamanda.com. Kinah menang untuk kali kedua. Kali pertama bulan Januari lepas. Pada sesiapa nak menang top komentator di Suriaamanda.com rajin-rajinla tinggalkan komen di sana. Nak tahu apa hadiahnya?? Nanti la kinah review apa hadiahnya.

Sunday, 2 July 2017

,
Keratan akhbar Metro 1Julai 2017
Allahuakhbar... Speechless bila terbaca keratan akhbar ni. Bila beraya macam-macam dugaan dan ujian yang Allah beri pada hambaNya semoga keluarga anak ini tabah menghadapinya.

Seriau bila dengar kes anak terkena minyak panas, air panas ni. Tambah risau bila anak kecik kita dah mula berjalan mula lah dia nak meneroka setiap ruang termasuklah dapur. Macam Thahirah dia memang suka ke dapur tambah bila balik rumah opahnya lagi la dia suka sebab tak berpagar. 

Sejak dia dah pandai berjalan ni, kitorang mulalah susah hati takut dia terlepas ke dapur masa tengah memasak. Jadi solution nya kitorang pun melilau mencari baby safety gate nak diletakkan antara ruang tamu nak ke dapur. Sejak dah berpagar ni dia main pun sampai situ je la. Dia melalak ke ape biarlah dia kat situ jangan kita pulak yang melalak nanti. 

Kepada ibu bapa diluar sana yang anaknya sudah mula nak berjalan cuba usahakan buat halangan ke berpagar ke. Bukan apa untuk keselamatan anak awak juga. Jangan menyesal di kemudian hari.
,

Lepas beberapa hari ada di kampung, pergi beraya, makan itu, makan ini sekarang ni dah sampai masa kita mencuci segala toksin yang ada dalam badan ni ha. Perut pun dah buncit padahal memang buncit pun heheheh. 

Cara kinah detox dengan cara mengamalkan Detox Medina Desire sangat mudah dan sesuai la dengan ibu-ibu yang tak sempat nak buat air detox sendiri. Siapa pernah dengar Medina Desire? 

Sekarang ni kinah mengamalkan detox satu cawan Slimming Detox Tea (SDT) sebelum tido dan satu cawan untuk pagi Kaki Cantik Tea (KCT). Apa yang best dengan KCT dan SDT ni, cirit-birit memang tak da. Biasa je. Bestkan
KELEBIHAN KAKI CANTIQ TEA : 
  • Dirumuskan daripada bahan khas & 100% dry herbs malah tiada bahan kimia
  • Mengecilkan paha
  • Mengecilkan lengan
  • Mengurangkan air yang berlebihan dalam badan
  • Melawaskan pembuangan air kecil
  • Mengurangkan selera makan
  • Cepat berasa kenyang
  • 1 Packet ada 17 sachet
  • 1 Sachet boleh guna dalam 2kali (Jimat kan!)
  • Hanya minum sehari sekali sahaja iaitu Minum time pagi sebelum sarapan
  • Tidak akan menyebabkan cirit birit
KELEBIHAN  SLIMMING DETOX TEA : 
  • Mengempiskan perut yang buncit dengan pantas
  • Membuang lemak degil
  • Menyelesaikan masalah Obesiti
  • Menyelesaikan masalah Sembelit
  • Menurunkan paras gula dalam darah
  • Menurunkan tahap kolestrol 
  • Membuang lebihan angin dalam badan
  • Menurunkan berat badan dengan pantas sehingga 6kg dalam masa 14hari sahaja !
  • 1 packet ada 17 sachet
  • 1 sachet boleh digunakan sebanyak 2 kali
  • Hanya diamalkan pada waktu malam aje
  • Tidak akan menyebabkan korang cerry berry 
  • Lelaki Perempuan boleh amalkan kecuali IBU MENGANDUNG  http://intanbeautycenter2.blogspot.my
Nak mencuba? Boleh dapatkan di Lazada dan klik sini

Saturday, 1 July 2017

,
Bila time raya ni mood blog semua ke laut dalam. Majoriti macam tu. Iyela musim raya macam ni la nak berkumpul semua sedara mara dekat mahupun jauh. Lupakan seketika mood blogging. Kiranya lama juga la off. Bila nak on balik Allah mati kutu. Ape la nak dimulakan. UV dan PV pun ke laut juga ni. 

Nak mula dari mana pun tak tahu. Hmm macam mana raya? Best tak? Ke makan mood makan lemang lagi ni. Kinah idak le. Cukuple. Awak sampai demam+selsema ha. Cukup satu pakej. 

Mana yang bertunang tu, Selamat Bertunang. Mana yang baru mendirikan masjid tu, Selamat Pengantin Baru dan juga buat semua kawan blogger Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.