Saturday, 24 February 2018

,
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines | Korang tengah plan nak pergi bercuti ke tu? Dah decide nak pergi mana cuti nanti? Dah decide nak pergi mana mesti salah satu dalam plan nak pergi dengan apa nanti ye dak. Apa kata cuti kali ni korang naik flight je, tak payah nak drive jauh-jauh tu pun kalau plan bercuti dalam negara la. Haaa siapa dalam kalangan korang yang pernah naik flight Air Asia Airlines?? Selesa kan! Dah la harga yang ditawarkan sangat berbaloi, tempat duduknya pulak selesa, makanan pun sedap, layanan yang diberikan pun sangat tip top! Memang puas hati la kalau terbang bersama Air Asia Airlines ni! Korang tak kan rugi apa-apa langsung ok. Korang akan rugi teruk kalau korang tak cuba menggunakan servis dari Air Asia ni! Rugi ooo. Tentang harganya pulak korang tak payahla risau! Apa yang penting korang rasai Penerbangan Selesa Bersama Air Aisa Airlines.

Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines

Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines

Kalau korang nak tiket Air Asia pada harga yang terendah, apa kata korang booking melalui website ataupun apps daripada traveloka. Kinah takkan tipu korang, kinah pun dah pernah booking tiket flight dengan menggunakan traveloka ni untuk member kinah ok dan ternyata harga yang ditawarkan sangat tak masuk akal!. Korang ingat senang ke nak dapat harga tiket yang murah macam tu?.. susah tau! Harga yang ditawarkan bermula dari RM8+ dan ke atas dan harga ni ikut destinasi mana yang korang nak pergi ye. Sekarang, kinah nak cerita kenapa korang perlu menggunakan servis penerbangan dari Air Asia Airlines ni. Banyak faedah dan keistimewaan yang korang akan dapat sebenarnya.

Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Untuk booking tiket pada harga yang lebih rendah ni korang boleh la booking di traveloka yer. Macam kinah dah mention tadi, korang boleh guna apps ataupun website untuk buat tempahan. Once dah keluar paparan Air Asia ni, korang boleh la start pilih destinasi, tarikh, bilangan penumpang dan class seat yang korang nak duduk. 
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Senang jer la tak susah mana pun kan. Kalau korang tak faham macam mana cara nak booking korang boleh scroll ke bawah dan korang akan nampak tiga pilihan tutorial yang traveloka akan tunjukkan kat korang iatu How to Book, How to Pay dan Air Asia E-ticket. Korang baca jer and make sure fahamkan dulu yer sebelum tempah tiket.
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Selain itu, dalam page yang sama juga terdapat paparan payment partners yang boleh korang gunakan untuk membuat pembayaran tiket tu nanti. Semak dulu sama ada bank yang korang nak guna ada atau tak dalam senarai tu. Nanti dah buat semua langkah sekali bank yang korang nak guna untuk buat pembayaran tu tak ada dah buang masa kat situ pulak. Bagi penumpang yang first time nak naik flight Air Asia, korang juga boleh buat survey antara class seat yang ada dalam Air Asia ni. 
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Sama seperti penerbangan yang lain, Air Asia juga mempunyai class seat Economy, Business, First class dan Premium economy. Ha yang paling penting semasa nak naik flight ni beg yang korang bawa tu mestilah kena timbang dulu ye. So, kalau korang nak tahu berat yang dibenarkan secara free of charge untuk bawa ke dalam pesawat korang boleh klik policies kemudian klik Air Asia Bag Allowance link yang warna biru tu then nanti korang akan nampak senarai berat bag yang dibenarkan sama ada penerbangan domestic mahupun international.
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Bagi korang yang pertama kali nak naik flight tu, mesti korang tak pernah tau kan check in time untuk setiap penerbangan. Air Asia pun ada tau jadual check in time untuk rujukan para penumpang. Korang klik je di policies then klik link Air Asia check in policy. Kat situ korang akan nampak table check in time recommended dimana untuk penerbangan domestic korang kena check in 2 jam sebelum penerbangan, manakala untuk penerbangan international korang kena check in 3 jam sebelum penerbangan. Ini sangat penting ya! Please take note sebab pernah terjadi penumpang tertinggal flight sebab check in lambat. So, rancanglah perjalanan korang dengan baik okay! Supaya korang punya percutian berjalan dengan lancar.
So, itulah antara serba sedikit yang kinah nak kongsi dengan korang tentang Air Asia Airlines ni. Haa apa yang korang tunggu lagi! Book airaisia airlines sekarang untuk dapatkan harga yang terendah through website ataupun apps traveloka! Selamat Bercuti!!!!!

Friday, 23 February 2018

,
Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi | Susulan berlakunya masalah teknikal Cabel Car Skyway beberapa hari yang lepas di Gunung Machinchang hampir seribu pengunjung termasuk krew terkandas di sana. Kali pertama perkara seperti ni berlaku di negara kita. Kinah pernah naik sekali cable car ni tahun bila tu tak pasti, pergi dengan makcik ikut trip. Masa naik tu dup dap dup dap berdebar takut perkara yang tak diingini terjadi. Syukurlah pada masa tu tak jadi apa-apa. Gayat? Tak usah cakapla. Ketor kaki bila turun di stesen pertama tu. Bila dalam gondola tu, tengok je bawah pening terus sebab di bawah tu hutan je. Jadi, korang yang gayat dan teringin nak naik tu tak payah la nak tengok bawah ye.

Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi

Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi
Mungkin lepasni ada yang fobia nak naik cabel car kan. Terpulang pada masing-masing. Lagipun sebelum ni tak pernah lagi jadi macam ni. Perkara dah nak jadi kan. Sejujurnya, bila dalam cabel car tu, kita dapat menyaksikan panorama yang indah di Langkawi. Untuk pengetahuan korang, cabel car mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 bagi memudahkan pengunjung tiba ke puncak gunung yang tingginya kira-kira 713 meter. Kira-kira dah nak 13 tahun dah ye cabel car ni beroperasi. Kalau ada anak ni dah Tingkatan 1 dah hihi. 

Berbalik semula cerita tentang cabel car, masa mula-mula dulu, cabel car ni dikendalikan oleh Langkawi Cable Car tapi sekarang ni diurus dan diselenggarakan oleh oleh anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Panjang keseluruhan kereta kabel ni ialah 919.5 meter. Panjang tuu dan telah mencipta Malaysia Book of  Records.

APA YANG MENARIK DI SINI
Di puncak Gunung Matchincang ni, terdapat pelantar tinjau dan dari situ juga korang akan dapat menyaksikan keindahan dan akan terpukau dengan pemandangan Lautan Hindi dan juga Laut Andaman yang terbentang luas. Daripada pelantar ni juga, korang akan nampak dengan lebih jelas pulau-pulau yang terdapat di Selatan Thailand. 

TITIAN GANTUNG BENGKOK (CROOKED HANGING BRIDGE)
Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi
Pengunjung juga dapat melihat titian gantung bengkok (Crooked Hanging Bridge) sepanjang 125 meter. Titian Gantung ini siap dibina pada tahun 2004. Kalau korang nak tahu titian ni tergantung setinggi 82 meter dari tiang tunggal. Jarak dari tanah puncak pula adalah 100 meter. Cuba korang perhatikan titian ni, nampak unik sangat rekaannya kan. Nampak macam tergantung tetapi sebenarnya ianya dipaut oleh tali-tali yang diikat kemas oleh sebatang tiang penahan.

ORIENTAL VILLAGE
Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi
Terdapat 30 buah rumah mengikut pelbagai budaya yang terdapat di seluruh dunia di tapak Oriental Village ni.y Antaranya rumah gaya Jepun, yang mana korang berpeluang untuk mengenakan pakaian tradisi Jepun iaitu Kimono, makan sushi dan banyak lagi mengenai budaya Jepun. Selain itu, panorama seakan-akan geisha di kak Gunung Fuji turut dibina bagi melahirkan rasa-rasa santai. Dihadapannya pula, terdapat tasik yang penuh dengan bunga teratai dan jambatan lengkung seperti di Jepun. Menarikkan. Nak tahu lagi rumah apa yang ada kat sini, korang kena la plan bercuti kat sini.

TELAGA TUJUH
Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi
Bila korang naik kereta kabel, korang akan dapat menyaksikan tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya yang putih jernih mengalir bertingkat-tingkat.

Gambar di atas ni kalau korang guna jalan bawah. Kinah dah sampai sini. Kalau korang nak tahu punya la nak tengok apa yang ada di Telaga Tujuh ni, tengah mengandungkan Thahirah masa tu nak juga naik. Geleng kepala suami melayan peel bini dia ni. Walaupun penat naik tangga yang disediakan, kita boleh je berehat. Ada je bangku kat tepi tu kalau nak rehat hihi. Alhamdulillah kinah selamat naik dan turun. 

Korang yang ada plan nak ke Langkawi pada musim cuti sekolah nanti bolehlah nak survey tempat yang menarik di Langkawi untuk dilawati di jomjalan.com. Di sana ada banyak perkongsian tempat yang best di Langkawi tau. Selamat Bercuti.

pss: Alang-alang dah sampai Langkawi, naiklah cabel car.  Rugi tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Cabel Car, harga dan sebagainya bolehlah rujuk di sini 

Thursday, 22 February 2018

,
Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari | Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. 

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. 
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.
Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

Monday, 19 February 2018

,
Victoria Secret Bombshell Wangi Sangat | Dalam banyak-banyak minyak wangi yang kinah ada, antara paling hot sekali yang ada dalam simpanan kinah ialah Victoria Secret by De'Xandra. Bau dia tak usah cakapla. Wangi yang teramat sangat. Ni based on my experienced je la ye. Bukan tajaan mana-mana pihak. Nak beli yang original tu tak la, tapi kinah beli daripada De'Xandra, baunya kekal lama dan yang penting boleh dibawa solat. Haa yang tu la kita nak. Bukan nak jumpa pakwe je wangi-wangi ye, nak menghadap Allah SWT pun kena la wangi juga. 
Victoria Secret Bombshell Wangi Sangat
Berbalik pada topik asal, kinah nak kongsikan dengan korang tentang fakta mengenai minyak wangi Victoria Secret ni. Mungkin ada yang dah tahu tentang fakta ni dan ada juga yang tak tahu kann. Tapi takpe sharing is caring ye dokk.

Untuk pengetahuan semua, minyak wangi Victoria Secret ni terdiri daripada 3 elemen utama iaitu fruity, sweet dan fresh. Wangian ini direka khas untuk golongan yang berkerjaya, macam kinah fully housewife nak guna minyak wangi ni tak salah pun. Boleh je guna. So, korang yang suka dengan wangian yang lembut dan bau yang menyenangkan Victoria Secret adalah pilihan yang tepat.

Fakta Ringkas Mengenai Victoria Secret Bombshell

Victoria Secret Bombshell diadunkan dengan pilihan bunga-bunga yang wangi untuk menghasilkan haruman yang wangi dan memukau. Kalau korang nak tampil lebih yakin dengan haruman floral, apa kata korang mark perfume ni sebagai toplist korang. Bicara tentang keyakinan, keyakinan diri sangat penting dan sering dikaitkan dengan gaya yang ekpresif. Kalau korang nak tahu, Victoria Secret Bombshell ni agak kuat baunya, tapi menyenangkan orang sekitarnya. Jadi, tak hairanlah minyak wangi ni telah lama ada di pasaran sejak tujuh tahun yang lalu.

Mengapa Keyakinan Diri Penting

Keyakinan diri merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. Namun begitu, mungkin ada yang tidak sedar akan hal tersebut. Tidak kira sama ada lelaki atau wanita tanpa mengira status, keyakinan diri akan membuatkan seseorang lebih cenderung untuk berjaya dalam kehidupannya. Sebagai contoh, kita lebih bebas bergerak untuk ke mana sahaja bila kita ada keyakinan diri. Masalah penampilan diri yang tidak kemas, bau badan yang kuat atau membuatkan seseorang individu kurang berkeyakinan. Tunggu apa lagi jom kita borong minyak wangi buat stok hehe.