Wednesday, 28 March 2018

,
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious| Tengah rancang surprise birthday party untuk sahabat baik korang? Tempat, backdrop, jemputan, makanan dan minuman semua dah selesai tapi hadiahnya pula tak ada lagi. Alamak macam mana ni ye. Nak bagi hadiah apa ye hmm. Macam ni la, kinah cadangkan korang bagi hadiah sesuatu yang akan membuatkan sahabat tu akan sentiasa ingat dan kenang segala kenangan korang. Hmm menarik tapi bagaimana ye?

Hadiah Hari Lahir Dari Printcious

Apa kata korang hadiahkan sesuatu yang bermakna dengan Printcious.com. Apa tu Printcious? Printcious ialah satu platform yang mana kita bebas untuk design gift kita untuk yang tersayang. Jadi, kenalah dengan tagline mereka iaitu Precious Gifts From Your Heart.
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious
Kalau dahulu kita terpaksa buat sendiri, terpaksa beli itu ini tapi sekarang tidak lagi. Kita hanya pilih barang apa yang kita nak dan kita bebas untuk customise sendiri birthday gift kita tu di printcious. Tekan sana tekan sini dah siap dan tunggu posmen hantar ke rumah je. Menarikkan? Setahu kinah tak ada lagi platform lain selain dari printcious yang buat macam ni. Kebanyakkannya already made. Tapi tidak dengan printcious. Antara idea hadiah yang sesuai diberikan kepada sahabat korang ialah:

 Colour Mugs
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious

Colour Mugs seperti ini sesuai juga dihadiahkan kepada sahabat anda tak kira la sahabat korang tu lelaki atau pun wanita pun sesuai juga bagi hadiah ni. Gambar di atas ini adalah sebagai contoh saja ye. Mug, semua orang akan guna ada yang buat hiasan, dan ada juga yang guna untuk kegunaan seharian. Jika korang memilih printcious, bukan design ini sahaja yang boleh korang buat, korang juga bebas untuk membuat pilihan yang lain. Buka saja website printcious pasti korang akan rambang mata. Tak percaya? Haa pergi bukak sekarang.

Cushions
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious

Cushion pun salah satu hadiah yang begitu sesuai diberikan kepada sahabat korang. Siap boleh design sendiri lagi okeh. Gambar tu korang boleh gantikan dengan gambar korang bersama. Jadi, bila dia peluk bantal tu, mesti akan teringat atau mengimbau kembali kenangan korang bersama. Haaa gitu. Pasal kualiti, korang jangan risau memang puas hati. Tebal pun tebal. Tak percaya? Meh sini kinah tunjukkan
Dengan harga RM39.90, korang dah boleh hadiahkan sahabat korang dengan cushion yang super awesome ni. Tak minat warna kuning? Boleh je tukar warna lain. Kira-kira ada tujuh warna kesemuanya. Pilih jangan tak pilih.

Mousepads
Jika korang nak bagi hadiah yang berkualiti dan tahan lama, apa kata hadiahkan sahabat anda dengan mousepads. Macam janggal je bunyinya kan. Ehh tak la. Ini pun satu pemberian ikhlas dari sahabat ke sahabat. Ada gunanya tau. Semua orang guna mousepads jadi tak salah rasanya korang hadiahkan mousepads yang cantik dan comel ni kepada sahabat korang. Kat kedai biasa tak ada tau jual macam ni. Semuanya dah siap corak. Tapi tak dengan printcious. Serius cantik sangat. Harganya pun berpatutan tau, korang cuma bayar RM25.90 saja tak termasuk la dengan cas penghantaran.

Canvas

Idea lain selain yang kinah nyatakan di atas, korang boleh pilih canvas sebagai hadiah hari lahir sahabat korang. Pilihlah gambar-gambar yang cantik dan sweet moments korang, mesti dia akan suka dengan pilihan korang. Untuk canvas ada saiz yang kita boleh pilih tau 12"x12" / 30cmx30cm RM49.90 dan 16"x16" / 40cmx40cm dengan harga RM105.80 sahaja. Pilihlah ikut bajet korang. Kalau korang nak tambah aksesori pun boleh je. 

Ceramic Tiles
Ceramic Tiles, unik juga kan. Boleh buat hiasan di meja kerja sahabat korang tu. Bila dia stress dengan kerja, boleh belek-belek tiles yang korang hadiahkan ni. Sedikit sebanyak kurang sikit stress beliau. Untuk yang ini ada dua saiz, ikut bajet korang nak besar ke nak kecik ke. Keputusan di tangan korang.

T-shirts
Tanda ingatan seorang sahabat buat sahabatnya. Apa kata hadiahkan beliau dengan t-shirts. Lebih ringkas dengan pelbagai pilihan saiz seperti saiz S, M, L, XL, 2XL.  Harganya pula RM39.90. Mesti sahabat korang suka dan berpuas hati kerana kain yang digunakan jenis material Spandex dan Polyester pastinya sahabat korang lebih selesa memakai t-shirt ini.

Haa macam mana dengan idea kinah bagi tadi? Harapnya dengan 6 idea tu dapat membantu menyelesaikan masalah dunia korang tu. Oh ye sebelum kinah terlupa, kalau korang nak cari mug printing in Malaysia jangan lupa contact diorang tau atau if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth rental is your best entertainment.

Tuesday, 27 March 2018

,
EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT - Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Formula Terbaharu| Assalamualaikum semua. Hari ni kinah nak kongsi dengan korang satu produk khusus untuk merawat jerawat. Semua orang mengalami masalah jerawat ni. Tipulah kalau muka langsung takde jerawat kan. Mesti ada sebijik dua yang sesat. Bila ada jerawat, kalau yang kecik tu bolehlah kita cover lagi, macam mana kalau jerawat batu, dah la sakit, keyakinan pun tiada. Lepas ni tak payah risau lagi sebab EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT kan ada.

EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT - Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Formula Terbaharu

Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, ada sesetengah produk boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan. Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja dapat menyuburkan kulit malah dapat membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit. 

Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada: 

●Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asidglikolik), BHA (asidsalisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bacteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati; 

●Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah; 

●Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam, pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Keputusan yang memberangsangkan ini, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah: 

●Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari 

●Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas” anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE 
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang. 

Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh Negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.

Kinah nak berkongsi dengan semua pengalaman kinah sepanjang menggunakan produk Eucerin ProACNE ni. Lihatlah hari pertama kinah menggunakannya. Nampak dengan terang dan jelas jerawat tengah naik. Sakit tau. Gambar yang kinah ambik ni tak ada sebarang filter apa ye kecuali tambah watermark tu je la.

Happy sangat bila jerawat yang besar tu makin lama makin pudar. Korang nampak sendirikan cik jer tu dah nak hilang.  Dengan penggunaan yang konsisten in Sya Allah parut jerawat akan pudar sedikit demi sedikit.

Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Selama 2 minggu kinah sahut cabaran ni, alhamdulillah jerawat di muka ni dah mula berkurangan. Kalau yang baru naik tu, kinah cepat-cepat sapu biar jerawat yang kembang dengan mekar tu cepat surut. Happy nya rasa. Korang yang ada masalah jerawat tu bolehlah cuba produk Eucerin ni. Bagus sangat.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, 


Friday, 23 March 2018

,
Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali| Malam kelmarin ayahnya bermurah hati belanja kami makan di luar. Alhamdulillah moga murah rezeki ayahnya. Sebenarnya dah lama dah nampak restoran ni. Cuma nak singgah tu belum ada kesempatan lagi.

Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali

Tengok dari luar nampak macam best je sebab kereta sentiasa penuh di restoran ni. Tapi semalam takde la ramai sangat orang mungkin sebab baru lepas hujan petang tu.Sampai-sampai je, kami terus cari meja yang sesuai. Kinah pilih meja bulat dan uniknya meja dan kerusi ni dibuat daripada tong drum.
Oh ye, menu kat sini pun best-best tau. Korang pilih je nak makan apa. Steamboat, makan bakar-bakar, goreng-goreng, ayam penyet dan macam-macam lagi. Kitorang pulak pilih ikan pari bakar, kailan ikan masin, telur bistik. Makan itu pun dah kenyang. Satu lagi spesial makan kat sini nasi tu nasi bakar. Haaa sungguh nasi bakar. Diorang bungkus nasi tu dengan daun pisang. Macam mana rasa ye nasi bakar tu? Haa itu korang kena cuba sendiri baru tahu macam mana rasanya.

Sementara tunggu order siap, kitorang selfie, welfie dulu hihi. Meh kinah belanja gambar kitorang di Restoran Sakura Cabin.
Ikan Pari Bakar
Hidangan utama yang kami pilih ialah ikan pari bakar. Sedap tau ikan pari bakar ni. Rasa macam tak cukup pulak haha. Memang sedap dan korang patut cuba.
Kalau korang nak tahu, ni la nasi bakar.  Lain sangat rasa nasi bakar ni dan korang jangan risau nasi bakar ni nampak je sikit tapi sebenarnya banyak jugak. Memang puas makan. Kalau korang tengah plan nak makan kat mana bolehlah singgah ke Restoran Sakura Cabin di Batang Kali. Restoran ni tepi jalan je. 

Saturday, 17 March 2018

,
Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din| Ni cerita pagi tadi, ayahnya ajak makan kat luar. Saja tukar angin, asyik beli kat kedai bawah rumah tu je. Kinah pun iye kan je la. Orang nak belanja, sebesar stadium kita tadahkan hihi. Kebetulan hari ni hari Sabtu, memang kena sangat la dengan satu kedai makan ni. Special nya kedai makan ni, hanya hari Sabtu, Ahad dan Isnin je ada menu ni. Hari lain kalau korang datang memang takde ye. Dah lama sebenarnya nak cuba Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din ni, tapi asyik cuti je. Tapi hari ni kalau dah namanya rezeki. Dapat juga merasa mee kicap yang terletak di pekan Tanjung Malim.

Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din

Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din
Kalau korang nak tahu, kitorang sampai tadi pun nak kata lewat tu, takla jugak. Biasalah, kan dah mula cuti sekolah jadi jalan agak sibuk jugak la hari ni. Orang berpusu-pusu nak balik kampung. Tak terkecuali Kedai Makan Ayah Din. Agak ramai juga hari ni. Jenuh la jugak menunggunya. Nasib la Thahirah behave hari ni. Semua orang menunggu mee kicap. Ayahnya siap order air segelas lagi haha. Overall la mee kicap ni, kalau ikut tekak kinah sedap. Orang lain tak tau la. Korang bila turun Tanjung Malim nanti bolehlah cuba.

Ada satu lagi dish istimewa di Kedai Makan Ayah Din ni ialah Kuih Chang. First time kinah try makan kuih Chang ni. Kuih tradisional orang Cina. Tapi ni yang halal ye. Ramai juga orang memborong kuih ni tadi. Termasuklah kitorang.
Dah kenyang makan mee kicap, Thahirah tertarik dengan mural kartun di dinding. Kalau korang nak tahu, sepanjang dinding kedai ada je mural lukisan kartun. Jadi, kaki selfie tu bolehlah tangkap gambar kat sini. Thahirah pun tak terkecuali. Dia pun nak jugak bergambar dengan Tok Aba Kokotiam.
Nak cari Kedai Makan Ayah Din ni tak la susah mana. Korang cari je dinding yang ada mural. Dekat je dengan Stesen Bas Tanjung Malim. Betul-betul tengah pekan.
Ok lah itu aje kinah nak kongsikan pada hari ni. Selamat malam.
,
Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu| Hari ni kinah nak kongsi dengan korang tentang satu produk penjagaan kulit iaitu Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC). REABC ni sebenarnya krim. Mungkin ada di antara korang belum pernah dengar lagi jenama ni. Untuk pengetahuan korang, jenama ni sebenarnya telah lama bertapak di Malaysia. Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada bahan semula jadi dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit sama ada lelaki ataupun wanita.

Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu

Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu
Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu
Pengguna produk Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) semestinya akan kagum dan berpuas hati dengan keberkesanan krim ini yang mampu mencerah serta melembapkan kulit, mampu mengurangkan masalah pigmentasi, dapat melindungi kulit daripada kesan sinaran UV dan juga sebagai anti-penuaan. Untuk pengetahuan semua, kali ini Royal Expert Advance Brightening Cream telah berwajah baharu dan akan mula dilancarkan pada 23 Mac 2018 ini. Apa yang penting krim ini bebas daripada kandungan racun yang merbahaya seperti merkuri dan paraben. Apa yang pasti, krim ajaib ni telah melalui ujian makmal dan terbukti berkesan seawal 7 hari. Best tu, siapa tak nak cantikkan.

Cara penggunaannya pun cukup mudah, hanya sapukan krim pada muka dan juga di leher. Urut perlahan-lahan secara mengikut pergerakan bulatan. Krim ini boleh digunakan pada waktu pagi dan malam setiap hari.
Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu
Royal Expert Advance  Cream (REABC) Berwajah Baharu
Sehubungan dengan itu, pihak OEW akan mengadakan satu contest yang akan berlangsung di facebook yang mana pelbagai peringkat umur dan pelbagai bangsa boleh sertai contest ini. Hadiah yang ditawarkan pun lumayan tau iaitu:




  • Pertama - Baucer Parkson bernilai RM200 beserta Royal Expert Advance Brightening Cream.
  • Kedua - Baucer Parkson bernilai RM100
  • Ketiga - Baucer Patkson bernilai RM50
  • Segala maklumat berkaitan contest boleh rujuk di facebook official Royal Expert Group

    Berminat untuk mendapatkan produk ini? Boleh dapatkan di stokis yang sah dan berdaftar. Kini ada 4 stokis sah di Malaysia iaitu:
    Royal Expert Resource Centre PJ – http://pj.royalexpert.com/
    Royal Expert Resource Centre JB – http://jb.royalexpert.com/
    Royal Expert Resource Centre Cheras – http://cheras.royalexpert.com/
    Royal Expert Resource Centre Sabah –  http://sabah.royalexpert.com/

    Harga Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) ialah RM135.00 seunit

    Perhatian kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan, kini pihak Royal Expert kini mencari wakil jualan bagi produk mereka dengan bermodalkan RM500 SAHAJA kepada 100 orang terawal. Tunggu apa lagi, daftar sekarang!!

    Untuk Maklumat Lanjut
    Website Utama:
    http://www.royalexpert.com/
    Facebook:
    https://www.facebook.com/OfficialRoyalExpertGroup/
    Instagram:
    https://www.instagram.com/royalexpertgroup/
    Youtube:
    https://www.youtube.com/channel/UCEOD7WcgmCRio0CTzUG6TuQ/
    ,
    Bawa Thahirah Mandi Di Port Dickson| Selasa yang lepas suami off duty. Jadi, inilah masa yang sesuai untuk berlibur. Macam la jauh sangat nak pergi bercuti haha. Balik hari je sebab esoknya ada appointment di klinik ibu dan anak. Sebenarnya takde perancangan pun. Itupun plan last minit sebab tak tahu nak pergi mana. Lastnya decide nak pergi Port Dickson. Saja nak bawak Thahirah mandi laut.

    Bawa Thahirah Mandi Di Port Dickson

    Orang pertama yang excited tu siapa lagi kalau bukan Thahirah. Siap buat peace lagi. Tu peace cara dia haha. Seronok bukan main bila nampak laut. Bila bawak dekat gigi pantai kecut perut, tak nak dekat. Masa ni si ayahnya main peranan bawak dia rapat dengan gigi air tu bagi dia rasa. Mula-mula memang tak nak. Lastnya, dia tak nak naik haru betul.
    Tengok tu muka cuak dia. Pegang saja ayah dia. Takut dengan air tu. Lama-lama dia sendiri berani. Haha lepasni kita ajak ayah tidur dekat Pengkalan Balak macam aritu. Tapi masa tu dengar ombak pun takut haha. Harapnya lepasni berani la ye dik.
    Masa ni dah seronok main air plus main pasir. Amboi tadi punya beria takut. Lastnya dia over. Yang berendam air laut dua beranak ni je la. Kinah jadi permerhati je dari jauh sambil ambik angin laut. Lagipun dah puas dah mandi laut. Kasi can anak pulak ye dak. Lagipun boleh tahan jugak panas kat PD ni ye. Lepas habis berendam kat sini, confirm masing-masing perut dah lapar. Sebelum sampai ke sini, kinah dah siap google tempat makan yang best. Dalam banyak-banyak kedai makan kat PD ni, kinah pilih King's Char Kuey Tiaw. Haaa sedap ke idak char kuey tiaw nyer? Nanti kinah story lain ye.