Saturday, 14 April 2018

,
Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit| Sering mengalami masalah sembelit? Kinah bolehlah dikatakan selalu mengalaminya. Bila kena sembelit ni, selalu check in dalam toilet lama sangat. Bahaya oii silap haribulan dapat penyakit lain. Hmm mintak simpang la. Masalah sembelit berlaku bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa malah kanak-kanak juga tidak terkecuali. Masalah sembelit ni seringkali dikaitkan dengan beberapa faktor. Antaranya ialah faktor pemakanan, kurang minum air dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Agaknya inilah sebabnya kinah selalu kena sembelit. Main bedal je.
Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit
Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit
Masalah sembelit yang berpanjangan akan mengakibatkan terjadinya penyakit buasir. Buasir terjadi disebabkan oleh seseorang individu menahan membuang air besar atau lebih dikenali sebagai Anal Fissures. Tapi sekarang ni masalah sembelit yang kinah alami dah mula berkurangan sejak kinah diperkenalkan dengan Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit.

Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit

Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit
Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit
Super Bio Organic merupakan minuman pelengkap yang terdiri daripada gabungan sekam bijirin emas yang berkualiti tinggi dan digabungkan dengan ramuan khas yang berasaskan lebih daripada 30 jenis tumbuhan pelbagai warna dan ditambah dengan pribiotik, spirulina, biji rami dan beberapa lagi ramuan lain yang mampu memberi nilai yang optimum kepada tubuh kita. Super Bio Organic juga kaya dengan biji organik yang bebas daripada bahan-bahan berbahaya yang mana mampu menyah toksin yang terdapat dalam badan seseorang dan membuang segala sisa-sisa yang tidak diingi di dalam badan kita.

Kebaikan Super Bio Organic
  1. Membantu mereka yang mengalami masalah sembelit 
  2. Mencegah dan juga mengurangkan gejala-gejala buasir 
  3. Menurunkan kadar kolestrol secara semula jadi dengan mengurangkan tahap kolestrol yang tidak baik (trigliserida) 
  4. Meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular 
Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit
Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit
Siapakah yang boleh mengamalkan Super Bio Organic
  1. Mereka yang mengalami masalah sembelit dan buasir.
  2. Mereka yang mengalami keletihan, ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian dan menurunkan tahap ingatan
  3. Mereka yang mengalami hypothenia (Kebiasaanya orang dewasa atau umur yang telah lanjut)
  4. Mereka yang mengalami masalah penghadaman
  5. Golongan wanita yang mengalami masalah menstruasi
  6. Mereka yang mempunyai masalah bau badan dan masalah kulit kerana pelepasan toksin yang tidak lancar
  7. Mereka yang mengalami masalah kulit muka melepuh dan bintik-bintik di muka kerana pelepasan toksin yang tidak lancar
  8. Pesakit buah pinggang dan hati yang terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan untuk jangka masa yang lama
  9. Mereka yang terdedah dengan bahan-bahan beracun seperti racun perosak, baja, antobiotik dan hormon
  10. Mereka yang mempunyai masalah berat badan
  11. Mereka yang mempunyai masalah nafas berbau
  12. Kanak-kanak atau orang dewasa yang mempunyai antibodi yang lemah

Bahan-bahan yang Digunakan 
Golden Grain Husk, Crimson Lentils, White Wheat, Red Lentils, Black Beluga Lentils, Gold Lentils, Red Grains, Red Wheat, Green Lentils, Coicis Seeds, Spinach, Mushroom, Peanuts, Carrots, Black Sesame, Pumpkin Seeds, Celery, Lotus Seeds, Oats, Pine Seeds, Lotus Root Powder, Flax Seeds, Soya beans, Wild Rice, Yam, Gingko, Wheat Germ, Alfafa, Fennel Seeds, Asparagus, Artichoke, Spirulina, Chlorella, Wheat Grass, Barley Grass, and Japanese Green Tea, Fructo-Oligosaccharide (FOS), Enzymes (Papain & Bromelain) dan Mulberry Chlorophyll.
Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit
Korang jangan risau Super Bio Organic disahkan oleh Persatuan Peningkatan Tanaman Organik, OCIA, dan mendapat kelulusan status HALAL daripada JAKIM.

Cara Minum Super Bio Organic yang Disyorkan
Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit
Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit
Ambil 1 atau 2 sachet Super Bio Organic ke dalam 350ml air suam ataupun air jus. Kacau dan minum dengan segera. Untuk dapatkan hasil yang terbaik ambil 30 minit sebelum makan dan juga minum selepas itu jangan lupa minum segelas air air bagi melancarkan proses. Perlu diingatkan, jika ambil mana-mana supplemen ataupun makanan tambahan perlu minum air dengan secukupnya.

Dos yang disyorkan
Untuk dewasa: 2-3 kali sehari , 1 atau 2 Sachet
Untuk Kanak-kanak bawah 6 tahun: 0.5 sachet/hari

Pembuangan Plak mucoid dan detoks
3 kali sehari, minum setengah jam sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam

Penjagaan Kesihatan
2 kali sehari, minum setengah jam sebelum sarapan dan makan malam

Penggantian Makanan
1-2 kali atau minum apabila perlu sahaja

Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit
Super Bio Organic From Dynamic Nutrition Membantu Atasi Masalah Sembelit
Pengalaman Mengamalkan Super Bio Organic
Selepas beberapa minggu kinah minum dan amalkan Super Bio Organic, kinah dapati masalah sembelit dah mula berkurangan. Proses membuang pun lancar. Dah takde duduk lama dalam bilik  air. Badan pun dah mula rasa ringan yela kan ada berlakunya proses detoks. Disebabkan toksin yang banyak dalam badan menyebakan kita ni sukar untuk membuang dan badan pun lemah, mudah letih. Sekarang ni badan kinah lebih bertenaga untuk membuat kerja-kerja di rumah. Korang kena cuba tau. Belum cuba belum tau. Cakap mengenai rasa, hmm rasa macam spirulina. Siapa pernah minum spirulina mesti tahu.

Harga sekotak Super Bio Organic ni ialah RM88.90. Berita baik untuk pembaca apekinah.com, korang yang berminat untuk dapatkan Super Bio Organic boleh guna code kinah5 untuk dapatkan potongan harga sebanyak RM5.00. 


Untuk Maklumat Lanjut

Dynamic Nutrition Sdn Bhd,
No 18 Jalan Industri USJ 1/6,
Taman Perindustrian USJ 1,
47600 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Tel: 603-80812128 Fax: 603-80812129

Website
Facebook
Instagram

Thursday, 5 April 2018

,
Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi | Alhamdulillah tamat sudah novel yang kinah baca baru-baru ni. Novel ni pemberian dari seorang kenalan di Facebook. Ada dua buah sebenarnya. Jadi kinah mulakan dengan Kita Kahwin Koboi karya Mia Kiff terbitan Gede Book. Sejujurnya novel ni banyak bermain dengan emosi terutama apabila dua pasangan iaitu Khalish Aqimie dan Aufa Dhiya berumah tangga.

Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi

Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi
Review Novel ~ Kita Kahwin Koboi
Pertemuan mereka berdua disebabkan satu kemalangan yang tidak disengajakan antara mereka. Disebabkan kemalangan itu, mereka sering saja bertembung antara satu sama lain. Disebabkan pertemuan itu, Khalish Aqimie telah jatuh cinta pandangan pertama pada Aufa Dhiya. Tetapi Aufa Dhiya sebaliknya. Namun, kerana satu peristiwa hitam yang hampir merosakkan hidup Aufa telah memberi jalan kepada Khalish Aqimie untuk memperisterikan Aufa dan mereka pun kahwin koboi atas restu keluarga masing-masing.

Mereka pun berkahwin walaupun tanpa ada cinta. Tapi tidak pada Khalish Aqimie. Dia sangat mencintai Aufa tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyatakan cinta pada isterinya. Isterinya dilayan bagaikan hamba. Tetapi Aufa tetap patuh dengan arahan suaminya walaupun hatinya memberontak. Apa yang berlaku pada Khalish Aqimie ada cerita disebaliknya. Dia jadi begitu disebabkan dia tidak mahu Aufa menjadi seperti ibu kandungnya.

Rumah tangga mereka semakin goyang apabila Khalish Aqimie, seorang pelakon popular seringkali dikaitkan dengan seorang artis baharu, Liyana. Kiranya dalam cerita ni Liyana la yang jahat tau. Sakit hati bacanya. Kesian Aufa, dahlah tengah sarat mengandung tapi suami dia si Khalish tu macam nak tak nak layan je. Aufa mengidam nak makan steamboat pun dia kata mengada-ngada. Hish orang macam ni pun ada. Kesian sangat dengan Aufa selalu makan hati. Ehhh tak nak la cerita lebih-lebih nanti tak syok la. Kalau nak tahu apa kesudahannya korang kena baca. Serius memang best. Berair juga mata ni membacanya.

Baca juga - Review ~ Novel Abang King Control

Pengajaran yang ada dalam Kita Kahwin Koboi
Moral of the story dalam cerita ni, suami isteri perlu ada komunikasi. Dalam cerita ni, si Khalish dan Aufa ni jarang berkomunikasi. Kalau ada pun selalu berlaku salah faham. Masing-masing ego dan ikut kepala sendiri. Walaupun dah ditegur dan dinasihat, masih juga sama. Jangan nanti bila ada hati yang dah terluka dan pergi jauh bawa diri, masa tu baru rasa penyesalan. Menyesal tak sudah. Kalau cinta katakan cinta. Jangan simpan je. Pasangan tu bukannya tukang tilik yang boleh tahu isi hati kita. Ok lah. Itu aja. Jangan lupa baca novel Kita Kahwin Koboi. Bye Bye
,
Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi | Pilihan raya ke -14 akan menjelang tak lama lagi. Tarikh tu semua masih menjadi tanda tanya. Kalau korang nak tahu masuk yang ni, kinah akan mengundi untuk kali kedua. Jadi, sedikit sebanyak proses untuk mengundi tu dah lupa. Kebetulan baru-baru ni Blogger Mama Jue ada post mengenai kit Undi Negaraku, kinah terus submit form. Benda free, dan orang nak bagi kita ambik je.
Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi
Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi

Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi

Apa Tu Kit Undi Negaraku
Kalau semua nak tahu, kit Undi Negaraku ni merupakan panduan atau rujukan terutama kepada pengundi baharu supaya mereka lebih memahami segala proses dan bagaimana perjalanan pilihan raya dijalankan. Selain itu, kit ini juga turut menunjukkan cara yang betul, apa yang perlu dibuat dan dibawa semasa mengundi nanti. Cara penyampaian pun lebih mudah difahami. Bukan buku panduan sahaja diberi, malah ada hadiah khas khusus buat bakal pengundi baharu sempena pilihanraya ni nanti.

Barang yang ada dalam Kit Undi Negaraku
Kotak cantik dalam kotak pun cantik. Tebal pulak tu. Mesti korang akan teruja. Antara barang yang terdapat di dalam Kit ini ialah
Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi
Kit Undi Negaraku Buat Bakal Pengundi
  • Buku Panduan Mengundi
  • Pasport Book Holder
  • Pen
  • Keychain
  • Sticker kereta
  • Phone stand
Bestnya, kalau korang nak Kit Undi Negaraku seperti ni bolehlah mendaftar di web yang kinah lampirkan di bawah. Kit ini percuma dan terhad tau. Siapa cepat dia dapat.



UPDATE: PERMOHONAN KIT UNDI NEGARAKU DAH TUTUP.

Monday, 2 April 2018

,
Keriangan Tanpa Henti Dengan CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES| Tisu basah sekarang ni adalah benda penting yang perlu ada dalam beg kinah. Biasalah bila ada anak kecik ni, tisu basah mesti sentiasa ada je terutama bila keluar jalan-jalan. Biasalah bila keluar tu, ada je keadaan yang tak diduga. Pegang itu ini dah nama pun budak-budak. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru tu mesti ada punya. Jadi, bila adanya tisu basah daripada Carrie Junior Funtime Wipes dah tak perlu risau lagi kebersihan pula lebih terjamin. 

Keriangan Tanpa Henti Dengan CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPESCarrie Junior Funtime Wipes

Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta. 

Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman. 
Carrie Junior Funtime Wipes
Cheeky Cherry
Carrie Junior Funtime Wipes
Smoothie Berries
Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semula jadi yang kaya dengan vitamin dan nutrient membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alkohol, bebas paraben, bebas formal dehidadan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. 

Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit. 

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70(Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dandijual pada harga RM9.00 (Semenanjung)/RM9.50(Sabah & Sarawak). 

*Harga termasuk GST.