Friday, 28 August 2020

,
Alhamdulillah, kinah dah selamat bersalin pada 26 Ogos lepas. Kalau ikut plan asal kena masuk ward pada 28 Ogos, tapi air ketuban dah leaking pagi 26 Ogos tu. Terpaksa la berangkut ke hospital pagi tu. 

Apa yang jadi masa nak bersalin tu, nanti kinah cerita kemudian. Sekarang ni kinah nak cerita pasal snek berpantang yang kinah order di Shopee ni. Kinah order lewat sikit sebab nak makan fresh bila balik rumah nanti. Tapi yang kinah dapat batu tungku 2 ketul. Tepuk dahi nak buat apa la batu tungku banyak-banyak.

Salah terima barang dari shopee, order lain terima lain,

Dah la masih dalam ward. Yop whatsapp pagi tu bagitau sebab dia baru je bukak parcel yang diterima petang tu.

Dapat tahu barang yang kita order tak seperti yang diharapkan. Tak pasal-pasal tekanan darah naik. Baru je malam tu pakar kata "puan dah boleh balik".  

Syok dengar doktor kata macam tu sekali esok pagi nurse check bp dah naik balik. Tak pasal kena observed lagi. 

Sakit pulak hati ni, dah la kite tengah sakit dapat pulak macam tu. Kinah pun terus chat semula pada seller shopee tu. Mujurlah seller tu cepat respon. Sejuk sikit hati ni ha. Seller mintak kinah click return pada Shopee. Menjadi masalahnya, kinah dah klik received. So, memang tak boleh nak buat apa-apa la. Yes part ni memang salah kinah sebab klik received dulu. Mujurlah seller pun ok.

Apa Nak Buat Kalau Jadi Macam Kinah, Order Lain Dapat Lain?

Korang jangan klik dulu received, tapi klik return to Shopee. Kalau dah terklik, chat semula pada seller dan seller akan minta korang pos semula guna airway bill yang dihantar pada kita. Macam kinah, kinah guna khidma JNT. Jadi, kinah return semula pada JNT dan maklumkan pada mereka itu bukan barang kita. Nanti diorang akan pos semula pada penghantar. Tanpa sebarang bayaran.

Mujur jugak seller pun akan pos semula snek berpantang yang kinah order. Dalam ni mujurlah ada win win situation. Kalau tak hmmmmm.

Yop dalam nada gurau kata "rebus je la batu tu buat snek"

Tak memasal ku mencarut dalam ward ni

U/p: Ni kinah cerita berdasarkan pengalaman yang kinah hadapi. Tak tau la dengan  seller lain macam mana.






Tuesday, 25 August 2020

,
Buat Persiapan Beg Hospital Untuk Ibu Dan Baby | Allah dup dap dup dap. Detiknya akan tiba. Hari tu buat check up terakhir Klinik Pakar O&G di Hospital Selayang, alhamdulillah dah dapat tarikh untuk admit ward iaitu pada 28 hb Ogos 2020 ni. Agak lega bila dah tau tarikh nak bersalin. Jadi, nak tak nak kena la buat persiapan beg ibu dan baby ke hospital pulak.

Walapun nurse dah pesan siapkan beg lebih awal, tapi biasalah suka sangat buat keje last minit. 

Walaupun Thahirah dah selamat di rumah opah dia, feeling nak mengemas tu alahai mood ke laut. Tambah pula dengan jiwa kacau sebab berjauhan dengan anak dara sorang tu. Jadi, bila dah nak dekat admit, mula lah sibuk google checklist barang apa yang perlu di bawa ke hospital nanti.

Walaupun dah siap letak setempat barang nak dibawa, barang tu semua belum jugak kemas dalam beg. Allah malas betul.

Buat Persiapan Beg Hospital Untuk Ibu dan Baby

Kebetulan pagi semalam suami jiran meninggal dunia, balik je ziarah arwah tiba-tiba perut sakit. Ahh sudah dah nak beranak ke. Petang tu jugak kemas semua barang masuk dalam beg. Nampaknya si adik ni dah bagi tanda-tanda kat ibu. Biasalah contraction false.

Yop pun bebel jugak, lama dah suruh kemas beg tu. Tapi biasalah bebel dia tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri huhu. Ni dah sakit baru nak mengemas. Tepuk dahi pokcik tu.

Siap 80% kemas barang. Hat yang toiletries tu nanti masuk kemudian. Kali ni bawak luggage je. Senang semua simpan dalam tu. Tak larat nak bawak banyak beg. Luggage ni cuma seret je nanti. Lagipun siapa nak bawakkan beg yang banyak tu. Suami pulak boleh hantar setakat pintu hospital je. Kalau bawak beg banyak nanti ada pulak yang teringgal macam kes bersalinkan Thahirah dulu, bekas air tupperware tertinggal uwaaa. Tupperware kot yang tinggal. Nak patah balik pun dah jauh. Sis is redha dan harapnya kali ni takde la yang tertinggal.

Sekarang cuma tunggu tarikh nak masuk ward je ni. 


Monday, 24 August 2020

,
Kaki Kanan Dan Kiri Dah Mula Bengkak, Apa Yang Perlu kita Buat | Semasa menyiapkan tugasan akhir sebelum serah diri, tiba-tiba kaki sebelah kiri ni macam gatal dan rasa macam tebal. Gatal dia gatal yang agak luar biasa. Masa tu kinah cuma anggap ala gatal biasa-biasa je. Kaki kanan terus sental kaki kiri yang gatal tu.

Terdetik di hati nak tengok apesal la kaki ni makin lama gatal, sekali tengok alamak kaki dah mula bengkak. Selama kinah mengandung ni tak pernah lagi kaki ni bengkak tau. Ni baru kali pertama okeh. Masa mengandungkan Thahirah pun takde kejadian kaki bengkak gini. Jadinya pulak pada waktu malam.

Nak tak nak kena la mintak tolong pada yop untuk sapu ubat. Nak sapu sendiri, faham-faham je la. Dah tak sampai. Hanya sapu je minyak pada kaki yang bengkak tu, takde urut pun. Sambil menyiapkan kerja tu, kinah pun googgle punca kaki ni bengkak.

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Hasil pencarian di google, kaki bengkak semasa mengandung ni adalah normal dan ianya biasa terjadi pada trimester ketiga. Ohh patutlah kaki ni bengkak.


Antara Punca Kaki Bengkak Semasa Mengandung

Di dalam badan kita, terdapat salur darah yang dipanggil infena verior cava. Salur darah ni terletak dibahagian kanan badan kita. Apabila terdapat tekanan dibahagian tersebut, peredaran darah akan menjadi lebih perlahan dan menyebabkan darah akan berkumpul.

Tekanan daripada darah yang terkumpul tu, akan memaksa air turun melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali.

Kebiasaannya, ibu-ibu yang memgandung ni akan menyimpan air yang lebih banyak daripada biasa. Sebab itulah kaki ni akan turut bengkak. Kalau korang perasan la, kaki akan bengkak lebih teruk pada waktu petang ataupun malam.

Seperti apa yang terjadi pada kinah, bengkak terjadi pada waktu malam.

Bengkak ni akan mula surut menjelang siang selepas kita bangun pada waktu pagi. Alhamdulillah, bengkak di kaki kinah pun dah mula surut ,tapi belum lagi seperti keadaan asal.


Tips Kurangkan Bengkak Di Kaki Sewaktu Mengandung


1. Minum Air Secukupnya

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Apabila kaki dah mula bengkak, kita digalakkan untuk minum air kosong dengan mencukupi. Air kosong tau, bukan air manis ye. Tapi kebanyakan pesakit, mereka ni takut untuk minum air dengan banyak sebab akan menambahkan lagi bengkak di kaki. Sila buang andaian ni jauh-jauh ye. Seperti yang telah diterangkan di atas, badan kita ni sebenarnya mengalami dehidrasi yang teruk kerana air di dalam salur darah sudah keluar dari salur darah.

Dehidrasi dalam saluran darah akan menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan pembekuan darah mudah terjadi. Apabila perkara ini terjadi, akan mengundang masalah lain pula seperti thombosis. Lepas ni jangan takut nak minum air banyak ye.


2. Tinggikan Kaki Semasa Baring

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Cara ni memang kinah cuba pada hari pertama kaki bengkak. Memang dapat mengurangkan masalah bengkak kaki ni.  Hanya letak kaki di atas bantal biar lebih tinggi dari paras dada. Mengapa kita digalakkan untuk tinggikan kaki semasa baring?

Tarikan graviti dapat mengurangkan pengumpulan air pada kaki seterusnya dapat membantu pengaliran darah dengan sempurna.


3. Tidur Mengiring Ke Kiri

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Apabila baring, cuba baring mengiring ke  sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi baring seperti ni, janin tidak akan menekan salur darah inferior vena cava dan pengaliran darah ke jantung akan menjadi lebih baik.


4. Banyakkan Pergerakkan

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Kaki dah mula bengkak, jadi kita tak boleh nak duduk saja. Jadi, selalulah bergerak ke sana ke sini. Apabila kita aktif bergerak, pengaliran darah akan mula lancar. Secara tak langsung, ia boleh mencegah pembentukan darah beku pada salur darah kaki. 


5. Compression Stockings

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Ni bukan stoking yang biasa kita pakai tau. Compression stockings ni direka khas bagi membantu pengaliran darah pada kaki. Ia mempunyai keregangan yang tersendiri dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha sehinggalah tapak kaki.

Penggunaan compression stockings ni biasanya dipakai pada waktu malam semasa kita tidur supaya pengaliran darah semasa baring menjadi perlahan.


6. Kasut Yang Selesa

Kaki bengkak, kaki bengkak semasa mengandung, punca kaki bengkak, tips kurangkan bengkak di kaki

Tak faham betul kinah. Masih ada lagi wanita mengandung memakai tumit tinggi. Terseksa kita tengoknya. Dah pregnant ni sebaiknya pakailah kasut yang selesa. Ini bagi mengelakkan tekanan pada kaki terutama kaki tengah bengkak. Cantik punya pasal kaki yang sakit huhu.

Perlu ambil perhatian ye, jika bengkak agak teruk sehingga ke paras pinggang, itu adalah bahaya dan bukannya bengkak biasa tau. Apabila jadi seperti ni, seeloknya buat pemeriksaan bimbang ianya boleh jadi tanda-tanda awal pre-eclampsia.

Selepas kinah cuba beberapa tips di atas, bengkak di kaki dah mula surut. Kata orang, biasalah bila dah nak bersalin ni ada je hal nya. Doakan kinah semoga dipermudahkan ye.

Sumber : Pa Ma

Sunday, 23 August 2020

,
7 Pizza Pilihan Utama Untuk Dinikmati Selepas Menonton Wayang Pada Waktu Malam | Menonton wayang bersama keluarga pada waktu malam adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan kerana pada waktu itulah, semua ahli keluarga berkumpul dan ini secara tak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Setelah habis menonton wayang, pastinya masing-masing akan kelaparan. 

Nak lebih mudah dan menjimatkan masa apa kata korang order je pizza. Meh kinah kongsi dengan korang 7 pizza yang menjadi pilihan utama untuk dinikmati selepas menonton wayang pada waktu malam.

1. Antipodean Cafe - Bangsar

food delivery. pizza delivery, instant food, foodpanda delivery

Inginkan kelainan, apa kata kali ni korang mencuba vegetable pizza yang ada di Antipodean Cafe di Bangsar. Sebuah cafe yang berkonsepkan gaya Australia. Dengarnya, vegetable pizza ni menjadi pilihan utama pelanggan yang berkunjung ke sini. Bahan-bahan yang digunakan semuanya memang segar-segar belaka terutama kepada mereka yang memesan vegetable pizza ni. Antara bahan yang digunakan ialah tomato ceri, capsicum, bawang dan kacang pine.

Alamat : 20, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


2. Uncle Don's - Quill City Mall

food delivery. pizza delivery, instant food, foodpanda delivery

Dah bosan dengan pizza yang biasa kita makan? Apa kata korang mencuba pizza dari Uncle Don's Quill City Mall ni. Pastinya tidak mengecewakan. Mempunyai pelbagai pilihan pizza yang boleh dinikmati bersama keluarga dengan chef yang mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam bidang ini. Pastinya pilihan pizza yang korang nikmati tidak mengecewakan. 

Alamat : G-03, 03A & 05, Ground Floor, Quill City Mall, 1018, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur



3. The Coffee Bean & Tea Leaf (PAVILION BINTANG CIRCLE)

food delivery. pizza delivery, instant food, foodpanda delivery

Auch bestnya dapat menikmati margherita pizza dari The Coffee Bean & Tea Leaf. Margherita Pizza merupakan pizza klasik dengan sos pesto khas, zaitun hitam, tomato segar, keju mozzarella dan keju parmesan. Pizza nipis dan sihat ini akan membuatkan korang tak henti mengunyah sehingga kepingan terakhir.

Alamat : Lot No. P2.07.00, Level 2, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, 55100 Kuala Lumpur


4. Pizzazone & Tapasta (KLCC)

food delivery. pizza delivery, instant food, foodpanda delivery

Di Pizzazone & Tapasta, pastinya terdapat banyak pilihan pizza yang boleh korang pilih. Kinah sendiri pun rambang mata nak pilih yang mana sebab semuanya memang best. Paling kinah teringin nak cuba, ada pizza rendang daging. Selalunya kita makan rendang bila raya je. Walahhhh next time kinah nak terjah ke sana.

Alamat : A-G-01, Marc Residence No 3, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur


5. Atlas Pizzeria 

food delivery. pizza delivery, instant food, foodpanda delivery

Di Atlas Pizzeria, mereka hanya menyajikan pizza tradisional buatan Itali yang fresh dari oven ye. Bahan-bahan yang digunakan pun adalah bahan yang segar daripada ladang. Jadi, takde isu di sini bahannya adalah stok lama. Mengambil petunjuk daripada rasa asli dari setiap hasil, setiap ramuannya dibuat dari sos, adunan, sehinggalah ke bekas yang digunakan untuk menghidangnya.

Alamat : B1-02, Shoppes at Four Seasons Place, No. 145, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur.


6. PastryVille Cafe @ Wisma Cosway

food delivery. pizza delivery, instant food, foodpanda delivery

Pastryville Cafe merupakan sebuah cafe bakeri yang mana kesemua roti yang enak dihasilkan menggunakan teknik tradisi daripada negara Perancis disamping bahan-bahan yang digunakan adalah bahan yang terbaik untuk semua pelanggan mereka. Kini, Pastryville telah mengorak langkah dengan membuka 21 lagi cawangan di beberapa buah negeri. Wah mesti semua pizza yang dihasilkan di Pastryville dihasilkan menggunakan teknik tradisi tersebut.

Alamat : G74, Ground Floor, Wisma COSWAY, No. 88, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.


7. Domino's Pizza (The Weld)

food delivery. pizza delivery, instant food, foodpanda delivery

Apabila sebut  saja Domino's Pizza, semua orang tahu. Pelbagai menu pizza boleh dipilih dan dinikmati mengikut citarasa rakyat Malaysia. Hah tunggu apa lagi, pilih  sekarang nak pizza yang mana.

Alamat : Lot L1-13, Level 1, The Weld, 76, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur

Hah macam mana dengan 7 pizza pilihan utama yang boleh korang nikmati selepas menonton wayang yang kinah senaraikan di atas tu. Agak-agaknya mana satu pilihan korang ye? 

Dah ada pilihan tapi malas nak keluar dari rumah. Tak payah susah, korang boleh je buat pizza delivery melalui foodpanda. Jimat masa korang tau, hanya pesan kemudian tunggu je abang panda hantar pizza untuk korang sekeluarga di depan pintu rumah.

Enjoy your meal!