Cushion Daripada Printcious Dah Sampai

Cushion Daripada Printcious Dah Sampai | Assalamualaikum semua. Dah lama tak bersiaran di sini. Kalau masih ingat lagi aritu kinah ada post entri mengenai Hadiah Hari Lahir Dari Printcious. Jadi, untuk kali ni kinah nak kongsi pengalaman kinah guna servis daripada Printcious pulak. Nak tahu kinah beli apa daripada Printcious? Meh follow rapat-rapat. Taraaa cushion daripada Printcious dah sampai.

<
Cushion Daripada Printcious Dah Sampai

Mula-mula blur juga nak beli apa. Rambang mata bila bukak website printcious. Rasa nak order semua hihi. Akhirnya decide nak beli cushion je. Boleh letak dalam kereta. Bila jalan jauh adala juga bantal untuk dipeluk nanti. Tamak betul sampai dua kinah order. Untuk pengetahuan, cushion yang kinah order ni ada dua jenis tau.

Cushion dari Printcious
Cushion yang pertama ialah cushion square. Material yang digunakan pula ialah 100% polyester dan bersaiz 40cmX40cm. Tak ada idea nak design macam mana boleh tonton video di bawah.

Cushion kedua yang kinah pilih jenis throw pillow. Hat yang ni kinah buat special untuk Thahirah. Cantik tak? Thahirah suka betul dengan cushion ni tambah ada gambar dia. Sengih saja la dia. Material untuk jenis cushion ni ialah polyester. Apa yang bestnya korang boleh cetak di kedua-dua bahagian depan dan belakang.

Bahagian Depan
Bahagian Belakang
Macam mana bestkan ada cushion design kita sendiri. Tak pandai design? Kalau nak tahu kinah ni pun bukan pandai design pun. Kinah cuma tengok inspirasi daripada video ni. Maka, jadilah cushion comel ni. Jom tonton video ni dulu.

Kelebihan Cushion dari Printcious
Antara kelebihan cushion dari Printcious ni kita boleh customise sendiri cushion kita. Nak warna apa, nak design yang macam mana. Semuanya bergantung kepada kita. Kalau kat luar cushion tu dah memang ready made. Jadi kita takde pilihan. Jadi, kalau korang nak kelainan dan lain dari yang lain seperti design sendiri bolehlah order dengan printcious. Kain yang digunakan pun berkualiti okeh.

Jenis Penghantaran
Penghantaran pada mulanya daripada kurier Aramex. Mungkin Aramex tak cover kawasan rumah kinah, jadi diorang passing pada Gdex. Memang cepat je sampainya. Kinah siap design semua dan submit order pada hari Ahad, tup tup hari Khamis dah sampai. Alhamdulillah barang selamat sampai dengan jayanya.

Tunggu apa lagi order la sekarang....

Post a Comment

7 Comments