Assalamualaikum...

Sedih baca akhbar kosmo harini. Kanak-kanak lelaki dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati selepas digilis sebuah treler 10 tayar yang dipandu bapanya dalam kejadian di rumah pangsa Taman Megah Pontian, Johor. Muhammad Rifaie Aiman yang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.15 malam kira-kira tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Pontian. Jarak tempat kejadian dengan rumah mangsa ialah 10 meter. Dua minggu sebelum kejadian, Rifaie yang manja dengan bapanya, Aznizam Mohd. Jahis, 33 dilihat suka gambarnya dirakam menggunakan telefon bimbit milik ibunya seolah-olah petanda yang dia akan meninggalkan keluarga itu dalam masa terdekat.