Assalamualaikum semua, dekat sini siapa yang suka sangat shopping online?? Hmm kinah pun pernah jugakla shopping online ni. Terdapat kebaikan dan keburukan bila kita bershopping online ni (hancur bahasa ko buat kinah oiii). Pengalaman kinah beli secara online ni so far so good, tak pernah lagi ditipu. Korang semua ada pengalaman ditipu oleh penjual online tak? Cuba share sikit. Kinah cuma nak share pengalaman bestfriend kinah, baru-baru ni dia ada beli baju secara online, dah berkenan katanya, lagipun baju tu dia nak pakai masa hari nikahnya bulan Januari nanti. Tapi entah macamna parcel yang dia tunggu hampir satu bulan tak sampai-sampai. Bila call tak berangkat, bila mesej tak berbalas apa lagi makin naik hantu la kawan tu, habis semua geng kami dirojernya untuk dihebahkan mengenai butik tersebut. Sampai sekarang tiada khabar berita, mahal jugakla nilai baju tu RM150 bukannya sikit, macam-macam boleh dibeli. Selepas daripada kejadian tu, dia dah serik nak beli online, see kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Hal ini secara tak langsung dah menjejaskan bisness online orang lain. Bila ada kejadian macam ni orang akan berasa was-was nak beli secara online, orang nak memudahkan pembeli tapi bila ada yang ambil kesempatan macam ni rosak bisness orang. 


Harap sangatla ye, kalau nak berniaga online tu buat cara nak berniaga, jangan fikir nak ambil untung aje, tak pasal-pasal rosak bisness orang lain. Bila dah sekali terkena orang tak mau terkena lagi. Jika betul ada masalah penghantaran, beritahu pelanggan, ini tidak call tak jawab mesej tak balas bila benda macamni dah tersebar yang turut terjejasnya bisness orang lain jugak. Fikir-fikirkanlah.

p.s Sambil baca tu, jom kita bantu Maybank untuk Project H.E.A.R.T mereka di Kg Chuweh
Klik sini