Kenapa Kebanyakan Gerai Tiada Pelanggan? Rupa-rupanya


Pernah mengalami seperti situasi di atas? Kinah pun pernah alaminya. Bukanlah nak cakap apa, cuma ada segelintir peniaga yang orang gelar "tak mesra alam" ni telah membuatkan orang akan hilang keyakinan dan kepercayaan kepadanya. Sebagai contoh situasi di atas. Pelanggan tu datang nak cari kuih karipap dan dengan muka sememehnya tu jawab habis. Cubalah jawab dengan lebih elok dan sopan. Kalau dengan sikap acuh tak acuh macam tu ingat orang nak datang lagi. Sorry la. Kali itu jelah

Situasi kedua pula, pelanggan menghampiri gerainya dan dengan tiada tatasusilanya gesa pelanggan suruh cepat pilih nak yang mana. Cubalah bawak bersabar, kawan tu baru je sampai dan nak pilih. Kalau kinah orang macamni tak jadilah nak beli. Attitude tiada.

Situasi ketiga, pelanggan bertanyakan harga pula. Memang betul awak dah tepek harga di situ, biasalah pelanggan mestilah nak tahu harga yang sebenar. Kot-kotla harga yang dilabel lain nanti kira lain. Tak salah jawab dengan cara lebih elok. Orang nak beli pun senang hati.

Haa bila dah selalu marah pelanggan lambat la, bila ditanya marah-marah suatu hari gerainya langsung tiada siapa yang datang. Hanya bunyi cengkerik krik krik hihi. Tula siapa suruh layan pelanggan macam tu. Bila dah tiada orang mulalah dikatakan ada orang sihir kedainya kononya ada orang dengkila. Hmmm ini lah manusia. Padahal sendiri yang salah. 

Bukan semua peniaga macam ni. Hanya segelintir sahaja.



Post a Comment

2 Comments

  1. manusia skg suka cr salah org lain!! tapi x sedar diri..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. sy pernah makan dekat satu restoran ni dengan kawan..pelayan restoran tu nak tanak je ambik order muka pun masam je pastu kalau pelanggan lelaki laju pulak dia siap tersipu2 bagai..huhu

    ReplyDelete