6 Panduan Ubahsuai Dapur | Dapur yang cantik dan kemas memjadi impian setiap wanita. Namun begitu, mengubah suai dapur bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu daripada segi perancangan, bajet yang diperlukan serta rekaan yang diingini.

6 Panduan Ubahsuai Dapur

6 Panduan Ubahsuai Dapur
6 Panduan Ubahsuai Dapur

Banyak faktor lain yang perlu diteliti ketika merancang untuk pengubahsuaian di ruang yang penting di kediaman. Faktor ini tidak boleh diabaikan kerana akan merugikan pemilik di kemudian hari.


PENGGUNAAN DAPUR
Cuba anda fikirkan bagaimana dapur akan digunakan. Bagi memastikan pengubah suaian ini berjaya, sangat penting bagi menetapkan matlamat projek dijalankan seperti dapur yang dibuat digunakan sepenuhnya dan memperoleh kehidupan berganda melaluinya.

CEDOK IDEA
Sekarang ni semuanya dihujung jari je. Cuba 'google' untuk melihat contoh-contoh dekorasi dapur. Selain itu, dengan mengunjungi mana-mana hotel dan restoran yang mempunyai seni hiasan tersendiri. Daripada situ akan timbul segala idea bagi mengindahkan lagi dapur anda tu.

KEPELBAGAIAN FUNGSI
Pemilik perlu memastikan dapur yang di ubah suai mempunyai pelbagai fungsi yang jelas agar ianya menjadi pusat utama bersama keluarga. Dapur dengan pelan terbuka lebih sesuai kerana akan menjadi ruang untuk berinteraksi sosial.


RUANG SIMPANAN
Pelbagai barangan dibeli sehingga ruang tidak mencukupi untuk membuat penyimpanan. Oleh itu, ruang simpanan adalah penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah ruang tidak mencukupi. Di sini, dapat dilihat akan kepentingan laci bagi menyimpan segala barangan dan peralatan dengan teratur.

SEDIAKAN DAPUR SEMENTARA
Jangan lupa sediakan dapur sementara di ruang lain. Pastikan ruang dapur sementara berdekatan dengan sumber air bagi memudahkan penyediaan makanan dan juga proses mencuci. Dapur sementara ini perlu dibina secara ringkas dan sediakan peralatan memasak yang asas.


DAPATKAN PELAN
Dapatkan pelan secara terperinci sebelum memulakan projek pengubah suaian supaya menjadi rujukan buat anda selaku pemilik kediaman.