Showing posts with label Tip Deko. Show all posts
Showing posts with label Tip Deko. Show all posts

Friday, 24 November 2017

,
Idea Dekorasi  Ruang Tamu| Setiap orang mengimpikan rumah yang cantik dan tersusun rapi. Namun begitu, untuk merealisasikan impian tersebut memerlukan modal yang banyak untuk mengupah mereka yang lebih arif dan profesional dalam bidang ini. Tak salah jika kita cuba hiasnya sendiri mengikut kreativiti kita dan bajet yang kita ada. Lagipun, bahan rujukan dah semakin mudah dan boleh didapati di internet. Di bawah kinah kongsi design untuk ruang tamu. Semoga idea dekorasi ruang tamu ni dapat membantu korang untuk menghias ruang tamu.

Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu
Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu
Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu
Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu
Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu

Idea Dekorasi  Ruang Tamu


Saturday, 19 August 2017

,

Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi| Cantikkan dekorasi rumah tu. Alangkah indahnya boleh buat macam tu. Nak buat macam tu memerlukan bajet yang besar nak deko sendiri tapi ilmu dekorasi tiada. Nak upah Pereka dalaman bajet tak banyak. Alahai. Sekarang ni ada macam-macam cara nak deko. Tak payah dah nak upah Interior Designer dah. Bagi yang tengah mencari rujukan untuk dekorasi, Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi adalah pilihan yang tepat.

Mengapa kinah kata Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi adalah pilihan yang tepat? Sebabnya ada 77 tip dan teknik dekorasi bajet. Menarik bukan? Diasaskan oleh Hazlam atau lebih dikenali sebagai Alam Anuar dan merupakan seorang designer, perunding dan penulis serta pemilik syarikat Hazlam Anuar Design di Kuala Lumpur. Jadi dengan segala pengalaman yang ada, beliau telah menerbitkan ebook Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi khusus untuk mereka yang mahukan dekorasi secara bajet.

Oh ye,  mesti anda tertanya-tanya harga ebook ini. Harganya adalah sebanyak RM37.00 sahaja untuk anda mulakan langkah menghias rumah anda. Dengan harga RM37.00 ini, anda juga akan menerima bonus eksklusif secara PERCUMA sahaja. Tunggu apa lagi, tempah sekarang ebook anda. <<<< Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi

Saturday, 29 July 2017

,
Pemilihan Warna Bersesuaian atau Sepadan Untuk Deko| Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ni lambat pulak kinah bersiaran. Entahla mood ke laut hari ni. Banyak entri yang tengah bersusun tu. Satu-satu kinah post nanti ye. 

Tadi masa mood ke laut tu saja bukak page deko-deko ni. Tertarik pulak dengan satu perkongsian daripada facebook page Dekorasi Impian IKEA Malaysia mengenai pemilihan warna yang bersesuaian untuk kita menghias. Sebagai contoh, jika warna dinding kita berwarna biru, warna apa yang sesuai untuk dipadankan dengan biru. Memang teruja kinah tengoknya. Sebelum hilang ke apa baik kinah simpan dalam blog ni senang untuk rujukan akan datang hehe. Korang nak buat rujukan pun boleh juga 'sharing is caring' tak gitu.

Di bawah ni adalah panduan untuk pemilihan warna yang bersesuaian atau tona yang sepadan untuk kita berdeko-deko. Selamat deko-deko!



Pemilihan Warna Bersesuaian atau Sepadan Untuk Deko

Pemilihan Warna Bersesuaian atau Sepadan Untuk Deko

Pemilihan Warna Bersesuaian atau Sepadan Untuk Deko

Pemilihan Warna Bersesuaian atau Sepadan Untuk Deko

Pemilihan Warna Bersesuaian atau Sepadan Untuk Deko




















Saturday, 8 July 2017

,
6 Panduan Ubahsuai Dapur | Dapur yang cantik dan kemas memjadi impian setiap wanita. Namun begitu, mengubah suai dapur bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan iaitu daripada segi perancangan, bajet yang diperlukan serta rekaan yang diingini.

6 Panduan Ubahsuai Dapur

6 Panduan Ubahsuai Dapur
6 Panduan Ubahsuai Dapur
Banyak faktor lain yang perlu diteliti ketika merancang untuk pengubahsuaian di ruang yang penting di kediaman. Faktor ini tidak boleh diabaikan kerana akan merugikan pemilik di kemudian hari.

PENGGUNAAN DAPUR
Cuba anda fikirkan bagaimana dapur akan digunakan. Bagi memastikan pengubah suaian ini berjaya, sangat penting bagi menetapkan matlamat projek dijalankan seperti dapur yang dibuat digunakan sepenuhnya dan memperoleh kehidupan berganda melaluinya.

CEDOK IDEA
Sekarang ni semuanya dihujung jari je. Cuba 'google' untuk melihat contoh-contoh dekorasi dapur. Selain itu, dengan mengunjungi mana-mana hotel dan restoran yang mempunyai seni hiasan tersendiri. Daripada situ akan timbul segala idea bagi mengindahkan lagi dapur anda tu.

KEPELBAGAIAN FUNGSI
Pemilik perlu memastikan dapur yang di ubah suai mempunyai pelbagai fungsi yang jelas agar ianya menjadi pusat utama bersama keluarga. Dapur dengan pelan terbuka lebih sesuai kerana akan menjadi ruang untuk berinteraksi sosial.
RUANG SIMPANAN
Pelbagai barangan dibeli sehingga ruang tidak mencukupi untuk membuat penyimpanan. Oleh itu, ruang simpanan adalah penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah ruang tidak mencukupi. Di sini, dapat dilihat akan kepentingan laci bagi menyimpan segala barangan dan peralatan dengan teratur.

SEDIAKAN DAPUR SEMENTARA
Jangan lupa sediakan dapur sementara di ruang lain. Pastikan ruang dapur sementara berdekatan dengan sumber air bagi memudahkan penyediaan makanan dan juga proses mencuci. Dapur sementara ini perlu dibina secara ringkas dan sediakan peralatan memasak yang asas.
DAPATKAN PELAN
Dapatkan pelan secara terperinci sebelum memulakan projek pengubah suaian supaya menjadi rujukan buat anda selaku pemilik kediaman.