Thursday, 31 August 2017

,
Hati-Hati  Dengan Produk PIXY yang Tidak Asli| Siapa sini pengguna produk PIXY? Hati-hati tau bila beli produk ni terutama di online. Pihak PIXY telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat produk-produk PIXY yang dijual di atas talian adalah produk tidak asli. Di Malaysia, terdapat PIXY UV Whitening Two Way Cake Perfect Fit (Regular dan Refill)

Produk yang didatangi dengan nama PIXY UV Whitening Two Way Cake Perfect Fit "2 in 1 COMBINATION" ataupun "3 in 1 COMBINATION" adalah tidak asli dan tidak dikeluarkan oleh Syarikat Mandom. 

Untuk pengetahuan semua, produk PIXY yang berada di WATSONS dan Guardian adalah produk yang asli. Mohon supaya berhati-hati dan hanya beli yang tulen dan asli sahaja. Jika ada sebarang keraguan boleh berhubung dengan pihak PIXY.

PERBEZAAN PRODUK PIXY YANG ASLI DAN TIDAK ASLI


PRODUK PIXY PALSU





UNTUK MAKLUMAT LANJUT


,
Ayam Brand Kini Dalam Produk Organik| Serius masa terima parcel aritu teruja betul rasanya. Masa pihak kurier hantar, pada masa tu kinah tak ada kat rumah. Lagipun kita tak tahu bila barang akan sampai. Sedar je orang kurier call. Esok hari barulah ambik barang sebelum pergi kenduri. Masa terima tu, woow besarnya parcel huhu. Malam tu baru bukak parcel tu. Siang takdan banyak benor aktivitinya. Tengok dalamnya ada produk Ayam Brand Tuna. Dalam hati ni berbunga riang haha.

Semua orang tahu akan jenama Ayam Brand ni. Produk Ayam Brand telah lama bertapak di Malaysia. Seiring dengan perkembangan zaman semasa, Ayam Brand telah memperkenalkan rangkaian produk organik iaitu bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Antara produk Ayam Brand yang baru diperkenalkan ialah Ayam Brand Tuna Flakes in Organic Broth dan juga Ayam Brand Tuna Chunks in Organic Olive Oil. 
Rangkaian Ayam Brand Tuna in Organic
Makanan organik merupakan bahan makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Antara perbezaan antara makanan organik dan juga makanan yang lain ialah makanan organik diproses tanpa sebarang bahan kimia. Kiranya, ianya bebas daripada sebarang bahan kimia yang berbahaya, perasa, pewarna, MSG dan sebagainya. Orang yang mementingkan kesihatan ni, memang patut mencubanya tau.
Ayam Brand Tuna Flakes in Organic Broth
Ayam Brand Tuna Chunk in Organic Olive Oil
Selain produk Ayam Brand, turut disertakan sebuah buku iaitu An Amazing Anti- Ageing Recipes Food For The Brain. Teruja pulak kinah dapat buku resepi ni. Bila dibelek rupanya produk tuna ni bukan sekadar untuk buat sandwich je tau, ada banyak lagi resepinya. Resepi yang healthy pulak tu. Alhamdulillah syukur rezeki. Tak sabar nak bereksperimen dengan buku resepi tu. Nanti bila kinah dah cuba kinah update yer.

MANA NAK DAPAT AYAM BRAND TUNA IN ORGANIC
Boleh didapati di mana-mana pasar raya di seluruh Malaysia tau. 


Wednesday, 30 August 2017

,
Menang Giveaway Merdeka By Kisahsidiary.com| Alhamdulillah baru je diumumkan sebagai pemenang wang tunai di Giveaway Merdeka by Kisahsidiary.com. Patutlah petang tadi tapak tangan gatal heheh. Alhamdulillah.

KLIK DI SINI
 Terima kasih kepada kak Siti Rohaida dan penaja kak Juju. 
Nombor Bertuah Kinah

Tuesday, 29 August 2017

,
Lampin Bayi Kiddo
Terima Sampel Diapers Kiddo| Sabtu lepas, kami sekeluarga keluar untuk beli barang dapur. Biasalah bila ada anak kecik, mesti pampers mesti ada dalam senarai barang. Tengah membelek pampers ternampak satu jenama ni, Kiddo. Ehhh tak pernah nampak sebelum ni. Cuba tanya yang jaga bahagian tu, nak tengok sampel Kiddo tu. Selalunya ada letak sampel untuk kita tengok  dan belekkan. Tapi jenama ni tiada. Orang yang jaga bahagian baby tu tanya, "u punya anak pakai saiz apa?" kami pun jawablah saiz L. Terus dia bagi free sampel untuk kami cuba di rumah. Bermulalah eksperimen kinah.

Beginilah rupa lampin bayi Kiddo
Lepas je Thahirah mandi pagi semalam, kinah terus pakaikan dia Kiddo ni. Sehingga tengah hari maintain je. Padahal Thahirah banyak juga minum. Bocor pun tak de tau. Woww setanding dengan jenama Tesco Loves Baby. Cuma... Haaa ada cuma ok. Petang tu Kinah nak mandikan die ada nampak sikit gel kat buntut Thahirah. Hmm sebelum ni tak pernah pulak a gel macam tu. Ok lah yang penting takde ruam lampin semua. Kiddo ni harga dia takla mahal. Kalau tak silap kinah dalam RM27.++ lebih kurang la. Kat tempat korang kinah tak pasti ada ke tidak pampers ni. Tapi apa yang pasti kat TESCO takde ye huhu. Kalau penduduk Bukit Beruntung, Bukit Sentosa Rawang, Kiddo ni ada di Pasar Raya Grand Union tau. Ekonomi sekarang ni tak berapa cantik, mana yang pakai Mamy Poko tu boleh jadi Mamy Pokai haha. Jadi, ni jela alternatif yang ada.

Saturday, 26 August 2017

,
Baru-baru ni kinah bawak Marzaqah Thahirah untuk pemeriksaan berkala di Klinik Ibu dan Anak. Soalan biasa yang nurse akan tanya haa Sakinah awak dah buat Pap Smear? Kinah kata la dah buat tahun lepas. Kiranya bulan ni genap setahun. Elok sanfat la tu. Awak buat ye jap lagi. Kinah pun iyalan jela. Seseudah je pemeriksaan Thahirah dengan pantasnya haa jom kita buat. Nak tak nak kena buat la. Huhu

Apa itu Pap Smear?

Gambaran sebenar semasa Pap Smear dijalankan
Pap Smear, sebut pasai Pap Smear semua orang tahu apa itu Pap Smear. Tapi adakah kita menjalani pemeriksaan Pap Smear? Ada yang buat ada juga sebaliknya. Hari ni kinah nak berkongsi sedikit mengenai Pap Smear. Pap Smear dijalankan bagi mengesan sebarang perubahan pada sel serviks pada peringkat awal sebelum merebak menjadi kanser. Memang kita akan rasa tidak selesa bila kita terpaksa menunjukkan alat sulit kita kepada doktor dan jururawat. Letak tepi rasa malu tu. Sekurangnya jika ada sebarang perubahan di servik kita, doktor dapat mengesan lebih awal dan membuat rawatan mengikut tahap keadaan serviks kita. Kebiasaannya, kanser ini dikesan setelah berada di tahap empat. Sebab itu perlunya lakukan pap smear ini secara berkala. Lagipun prosedurnya tidaklah mengerikan seperti yang korang fikirkan dan yang penting tak sakit.

Siapa perlu menjalani pemeriksaan Pap Smear? 
Mereka yang berumur 26 tahun ke atas, telah berkahwin dan aktif mengadakan hubungan seks perlu menjalani pemeriksaan ini.

Sebab perlu menjalani pemeriksaan pap smear

  1. Dapat mengenal pasti ketumbuhan pada peringkat awal.
  2. Prosedurnya hanya sekejap sahaja.
  3. Tidak menyakitkan.
Di mana boleh jalani pemeriksaan pap smear
Hampir semua klinik di seluruh Malaysia, hospital swasta, hospital kerajaan dan termasuklah klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara).

Thursday, 24 August 2017

,
Gambar Hiasan
Green Dinosaur Penyelamat Kepada Yang Tidak Makan Sayur|Sayur-sayuran walaupun banyak khasiatnya, tetapi tidak semua yang gemarkannya terutama bagi kanak-kanak. Mungkin rasanya yang pahit membuatkan anak kita tiada keinginan untuk memakannya. Walaupun telah dipaksa dengan pelbagai cara tapi masih juga tidak mahu. Aishhh pening kepala mak-mak. Kanak-kanak yang semakin membesar memerlukan nutrien yang secukupnya untuk membantu proses tumbesarannya. Jika tidak, anak-anak kita akan mudah mendapat penyakit. Mak mana yang mahu anaknya ditimpa sakitkan. 

Kini, zaman pun dah berubah. Jadi pelbagai inovasi telah dilakukan seperti yang telah dilakukan oleh pihak JuiceWorks Malaysia. Melihat situasi seperti ini, telah memberi cetusan idea kepada mereka untuk membuat perubahan bagi menggalakkan kita dan anak-anak terutamanya untuk memakan sayur. JuiceWorks telah mengeluarkan satu produk minuman jus baru yang diberi nama "Green Dinosaur"dan baru saja dikeluarkan pada bulan lalu.


Terdiri daripada bayam, biji Chia, kapur, laici dan aiskrim vanila rendah lemak dan semuanya dicampur dengan sorbet untuk faktor penyejuk tambahan.


Sempena bulan Ogos ini adalah bulan Kemerdekaan, JuiceWorks menawarkan promosi "Buy 1 Free 1" kepada mereka yang lahir pada bulan ini.


Minuman JuiceWorks boleh didapati dalam pelbagai saiz.

JUNIOR (250mL) : RM8.95
MIDI (450mL): RM9.95
POWER (650mL): RM10.95

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari

Tuesday, 22 August 2017

,
Merdeka! Merdeka! Sale Blogger Contest
Merdeka! Merdeka! Sale Blogger Contest| Lazada Blogger Contest kembali lagi. Lazada selalu menganjurkan contest untuk blogger. Terima kasih Lazada. Kali ni Lazada mengadakan contest bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun pada 31 Ogos ini. Contest ini berlangsung dari 21 Ogos sehingga 31 Ogos 2017. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bolehlah klik dibawah banner.

a. What do you love about being Malaysian


Negaraku, tanah tumpahnya darahku. Inilah tanah airku. Sesungguhnya, kinah begitu berbangga menjadi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia hidup dengan aman dan sentosa tanpa sebarang ancaman luar yang boleh mengganggugugat keamanan negara kita. Kepelbagaian kaum di negara ini membuatkan negara kita kaya dengan kepelbagaian adat dan budaya. Disamping itu, kepelbagaian makanan seperti nasi lemak, roti canai dan sebagainya dapat dinikmati yang mana mungkin kita tidak akan dapat ditempat lain. Sungguh bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia. Negara kita juga begitu kaya dengan khazanah alam yang kebanyakkan masih boleh kita terokai. Indahnya bumi Malaysia yang dicintai. Saya berbangga menjadi anak Malaysia.

b. Choose your favourite local brand

c. Select two product from that brand you love.

Pensonic Aedes Buster Mosquito Insect Killer
Sepertimana yang korang tahu. Kawasan perumahan kinah kes denggi sangat tinggi. Jadi, sebagai langkah jaga-jaga Pensonic Aedes Buster Mosquito Insect Killer perlu ada di rumah kami. Apa yang penting, Pensonic Aedes Buster Mosquito Insect Killer ni bebas daripada bahan kimia.

Pensonic PB5001 Food Processor
Pensonic PB5001 Food Processor ni perlu ada dalam dapur kinah. Lebih mudah nak dikendalikan tambah pula ada anak kecik. Jimat masa dan tenaga. Lagipun terdapat pelbagai fungsi dan harganya pula memang berpatutan. 

Jadi tunggu apa lagi. Lagi beberapa hari je lagi Sale ni berlangsung. Diingatkan sekali lagi, Lazada mengadakan Merdeka! Merdeka! Sale dan berlangsung dari 25 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Sebanyak 80% diskaun dapat dinikmati oleh semua. Tunggu apa lagi pergi ke website sekarang.


Sunday, 20 August 2017

,
ROSE FACE SERUM ZEETA |Membantu Merawat Parut dan Jeragat | Muka berparut dan berjeragat membuatkan kita hilang keyakinan untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Secara tak langsung "self confidence" kita semakin kurang. Walaupun dah berbagai produk digunakan, berhabis sana sini membuat rawatan, namun hasilnya tetap sama dan kita pula rasa kecewa. Bagaimana nak hilangkan parut jerawat dan cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat?. Oleh itu, kinah nak memperkenalkan satu produk khusus untuk mereka yang mengalami masalah seperti ini. Nak tau apa dia? ROSE FACE SERUM ZEETA la jawapannya.


Untuk pengetahuan semua, ROSE FACE SERUM ZEETA merupakan serum muka berasaskan Rose Organik No 1 di Malaysia yang menggunakan kaedah semburan untuk menghilangkan jeragat dan juga parut jerawat sepantas 14 hari. Menariknya dengan ROSE FACE SERUM ZEETA ni kaya dengan nutrisi hebat seperti Vitamin E, Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6. Jadi, pada yang nak lebih glowing tanpa cela bolehlah gunakan serum ajaib ini.


Kelebihan Rose Face Serum Zeeta
  • Mengandungi Vitamin E, Vitamin C, Omega 3, dan Omega 6 yang sangat penting untuk melindungi kulit daripada kesan panas cahaya matahari.
  • Semburan yang halus untuk serapan maksimum menyamai teknologi nano.
  • Mengandungi Vitamin E 30000, iu yang baik untuk kesihatan kulit.
  • Serum yang pertama tidak meleleh dan tidak melekit.
  • Parut jeragat akan hilang seawal 7 hari.

4 Nutrisi Hebat Yang Terdapat Dalam ROSE FACE SERUM ZEETA
Vitamin E
  • Kaya dengan antioksidan yang dapat membantu melambatkan proses penuaan. Di samping itu, dapat mengurangkan proses kedutan yang berlaku dengan cepat serta menjaga sel kulit muka.
Vitamin C
  • Mengaktifkan sel muka untuk menghasilkan kolagen.
  • Dapat membantu mencegah kesan sinar ultraviolet (uv) yang akan merosakkan kulit muka (photodamage)
Omega 3
  • Kandungan yang terdapat dalam Omega 3 sangat diperlukan oleh kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit serta dapat mengawal pengeluaran minyak pada muka.
Omega 6
  • Kandungan asid linoleic dapat menyuburkan kulit tanpa rasa berminyak.
  • Sebagai pelindung muka dan dapat mengurangkan sel kulit daripada mengelupas.
4 nutrien ini diperlukan dalam serum, apabila kita spray ke muka, tidak akan meleleh dan paling penting tidak melekit kerana teknologi yang digunakan sama dengan nano.
Harga ROSE FACE SERUM ZEETA tidak termasuk kos penghantaran. Tahan selama 2 bulan bergantung kepada cara penggunaan.
Testimoni Pengguna ROSE FACE SERUM ZEETA




Untuk maklumat lanjut
Media Sosial:

Facebook page: ZEETA PAKAR MAWAR

Instagram: @zeetaofficial

Whatsapp untuk order: 019-2209069



Saturday, 19 August 2017

,

Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi| Cantikkan dekorasi rumah tu. Alangkah indahnya boleh buat macam tu. Nak buat macam tu memerlukan bajet yang besar nak deko sendiri tapi ilmu dekorasi tiada. Nak upah Pereka dalaman bajet tak banyak. Alahai. Sekarang ni ada macam-macam cara nak deko. Tak payah dah nak upah Interior Designer dah. Bagi yang tengah mencari rujukan untuk dekorasi, Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi adalah pilihan yang tepat.

Mengapa kinah kata Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi adalah pilihan yang tepat? Sebabnya ada 77 tip dan teknik dekorasi bajet. Menarik bukan? Diasaskan oleh Hazlam atau lebih dikenali sebagai Alam Anuar dan merupakan seorang designer, perunding dan penulis serta pemilik syarikat Hazlam Anuar Design di Kuala Lumpur. Jadi dengan segala pengalaman yang ada, beliau telah menerbitkan ebook Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi khusus untuk mereka yang mahukan dekorasi secara bajet.

Oh ye,  mesti anda tertanya-tanya harga ebook ini. Harganya adalah sebanyak RM37.00 sahaja untuk anda mulakan langkah menghias rumah anda. Dengan harga RM37.00 ini, anda juga akan menerima bonus eksklusif secara PERCUMA sahaja. Tunggu apa lagi, tempah sekarang ebook anda. <<<< Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi

Friday, 18 August 2017

,
CPUV ~ Cornetto| Alhamdulillah syukur. Bulan ni banyak rezeki dari Allah bagi pada kinah. Lepas dapat colloboration dengan Zalora aritu, dapat pulak CPUV baru daripada Nuffnang. Lama jugak kan Nuffnang menyepi. Ni baru timbul balik. Alhamdulillah. Moga lama la sikit ye berjoget di sini. 

CPUV ni baru lagi mula pada 17 Ogos lepas. CPUV kali ni mengenai aiskrim Cornetto. Siapa hantu aiskrim Cornetto ni bolehla join contest ni. Contest yang macam mana tu kinah tak pasti pulak. Lagipun tak nampak bayang lagi iklan ni. Mana yang masih setia dengan Nuffnang tu cuba korang cek kot ada iklan ni melekat. Jika ada tahniah tau.

Thursday, 17 August 2017

,
Shampoo Smriti Change Penyelesaian Masalah Rambut Gugur| Sebenarnya dah lama kinah nak review mengenai shampoo ni. Asyik bertangguh aje. Ni ha baru ada masa. Takpe pelan-pelan kita kayuh. Ok la sebenarnya sampel shampoo Smriti Change ni dapat sempena memenangi satu giveaway yang dianjurkan oleh seorang blogger. Saja je nak mencuba nasib lagipun masa kinah join tu lagj beberapa minit dah nak close. Gigih buat syarat dengan jujur alhamdulillah menang. 

Comelkan packaging dia. Bunga-bunga lagi
Di dalamnya ada dua item tau. Satu shampoo dan satu lagi conditioner. Untuk pengetahuan semua, kinah ni ada satu masalah iaitu rambut gugur. Rambut gugur makin teruk lepas bersalin dulu sampai la sekarang. Dah macam-macam shampoo kinah guna tapi langsung tak ada perubahan. Sampai la kinah guna Smriti Change ni. Masa mula-mula basuh tu memang banyak yang gugur. Lepas sapu dengan conditioner semua dan lepas mencuba beberapa hari kinah tengok banyak perubahannya. Rambut gugur pun dah makin berkurangan. Nak kata langsung tak gugur tu nampak benor menipunya haha. Ada tu ada tapi tak banyak macam sebelum ni. Rambut mudah diurus dan lembut je.

InsyaAllah dengan penggunaan secara konsisten dan teratur mungkin masalah ni dapat diatasi. Oh ye lupa nak bagitau bau dia best sangat. Haruman bunga, rasa segar sangat. Wangi je rambut ni tau.

Shampoo dan conditioner
Antara testimoni yang berpuas hati dengam Smriti Change ni




Untuk maklumat lebih lanjut 
,
Beg Dari Zalora Dah Sampai| Alhamdulillah sampai juga akhirnya barang dari Zalora. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan. Ewaah ayat tak boleh blah haha. Ehh sungguhla. Kita punya la cek tracking saje menunggu dari pagi sampai ke petang bayang orang Ninja Van pun tak nampak. Siap boleh pergi klinik untuk appointment anak lagi tau. Mulalah terdetik dalam hati ehh diorang tak jumpa ke alamat ni. Suami kinah kata jomlah kita pusing-pusing takde pun orangnya call pun tidak. Elok je kinah nak keluar ada orang ketuk pintu. Seperti yang disangka barang dah sampai. Nasib tak keluar lagi tau. 

Nak tau apa barang yang kinah grab hasil dari baucer tu? Kinah ada ceritakan dalam entri sebelum ni. Haa ni dia beg tangan. Yeayy bukak je parcel waaa cantiknya. I like and very nice. Hehe.

Beg Dari Zalora Dah Sampai
Masa dapat tu, besarnya parcel dia huhu
Beg Dari Zalora Dah Sampai
Rasa sayang pulak nak buang tag ni hehe
Ni gambar full beg tu
Alhamdulillah happy sangat. Beg ni condition elok. So tak payahla nak return ke ape. Memang puas hati. So, macam mana? Masih ragu lagi dengan Zalora? Jangan begitu. Servis Zalora memang tiptop. Diorang akan update kita di email. Ok lah itu aje buat masa ni. 

Wednesday, 16 August 2017

,
Formula Kurus Teknik Malas, Bagaimana Budak Gemuk Hilang 20Kg Dalam Masa 5 Bulan| Seluar dah semakin ketat, baju pulak dah sendat. Argh stressnya bila jadi macam ni. Dah macam-macam cara mencuba menguruskan badan tapi satu pun tak menjadi. Nak tak nak kena juga cari jalan penyelesaian. Sampai bila nak berterusan macam ni kan. Ok lah kinah nak kongsi sesuatu untuk korang semua. Khusus untuk korang yang tengah mencari Formula Kurus Teknik Malas, Bagaimana Budak Gemuk Hilang 20Kg Dalam Masa 5 Bulan
Kalau korang nak tahu, teknik ini sangat berkesan jika kita disiplin dan konsisten. Lagipun tidak semua orang tahu cara diet pemakanan seimbang yang sebenar, cara senaman yang betul, kekerapan dan teknik senaman yang betul. Jika kita amalkan Formula Kurus Teknik Malas, Bagaimana Budak Gemuk Hilang 20Kg Dalam Masa 5 Bulan ini Dengan Izin Allah S.W.T, kita akan dapat bentuk badan yang diimpikan malah semakin sihat dan bertenaga. Haa siapa yang tak nak kan.

Jadi, untuk itu kita semua 'wajib' memiliki panduan ini. Bukan sahaja untuk kegunaan kita, malah boleh digunakan untuk kelurga. Jika korang tak nak masalah seperti cepat letih, akan gemuk semula, mudah tercedera jika tidak mengamalkan senaman yang betul, perut buncit walaupun kurus, dan ditimpa penyakit yang serius

Kalau tak nak dapatkan masalah seperti di atas tu, kinah nak kongsikan satu ebook yang dapat membantu masalah korang tu. Berminat ke dengan <<< Formula Kurus Teknik Malas, Bagaimana Budak Gemuk Hilang 20Kg Dalam Masa 5 Bulan

Antara keistimewaan ebook ini ialah
  1. Cara pengiraan kalori turut diajar
  2. Bagaimana mendapatkan kadar metabolisme yang lebih pantas
  3. Teknik membakar lemak dengan cepat
  4. Formula senaman yang betul.
Untuk pengetahuan semua, 7 bonus hebat ditawarkan jika korang memiliki ebook >>Formula Kurus Teknik Malas, Bagaimana Budak Gemuk Hilang 20Kg Dalam Masa 5 Bulan. Antaranya ialah:
  • Bonus 1 - Rahsia Amalan Untuk Kekal Cantik & Sihat Dalam Islam
  • Bonus 2 - Pelan 14 Hari Turunkan Berat Sebanyak 2KG
  • Bonus 3 - Pelan Mudah & Teknik Cepat Bakar Lemak
  • 3 Video - Formula Bakar Lemak
  • Special Bonus - Fb Group Sokongan
Harga bagi ebook Formula Kurus Teknik Malas, Bagaimana Budak Gemuk Hilang 20Kg Dalam Masa 5 Bulan << RM47.00 untuk memiliki pelbagai keistimewaan, bonus beserta sokongan.
,
zalora.com.my
Pengalaman Shopping Di Zalora|Sebenarnya ni kali pertama kinah shopping di Zalora. Rasa teruja sangat tambah pula dapat baucer dari Zalora. Terima kasih Zalora bagi kinah peluang ni. Mesti korang tertanya-tanya ehh mana kinah dapat baucer ni? Haa sebenarnya kinah ada buat koloborasi dengan Zalora. Ala orang putih kata coloboration. Entrinya ada di sini.

Bila dapat je baucer tu, kinah terus bukak website Zalora. Nampak sangat gelojohkan haha. Bukannya apa, kinah ni pelupa nanti expired baucer tu kan dah rugi. Jadi sebelum lupa baik kita habiskan. Herher. Walaupun takda la banyak eh ok la. Sapa nak bagi weh. Korang nak tau bila bukak je Zalora aduh dah pening, nak pilih yang mana ek. Hmm antara kasut dengan beg. Antara dua tu la sampai fening kepala mak. Nak dipendekkan cerita kinah decide ambik beg. Beg Doraemon kinah tu merata kinah angkut. Pergi pasar, pergi Tesco, pergi orang kawin lagi la. Jadi kena buat pengasingan beg pergi kenduri dengan pasar haha. Ehh kebetulan pulak hujung bulan ni ada dua kenduri kawin. Bolehla melaram nanti.

Ok lah kita balik cerita pasai website Zalora tu, kinah decide ambil jenama Zalora je. Jenama mahai tak mampu den hihi. Servis Zalora memang tip top apa yang best, baucer tu termasuk sekali dengan kos penghantaran. Satu sen pun kinah tak bayar tau. Kinah order hari Isnin petang, Selasa malam dapat email barang dah on the way dan dihantar oleh Ninja Van. Kiranya hari ni la kinah dapat barang ni. Haa cepatkan. Jadi jangan ragu-ragu nak shopping dengan Zalora ye. Moga lepas ni bolehla kita koloborasi lagi.

Mesti korang nak tau beg apa kinah beli. Hehe rahsia yer. Dah dapat nanti kinah buat entri lain pulak. 

Monday, 14 August 2017

,

Mata Tampak Menawan Dengan Eyeliner Talent Cosmetic|Wanita dan make up diibaratkan umpama isi dengan kuku. Tak boleh langsung nak berpisah. Sungguhpun bukannya nak make up ala-ala artis dan MUA terkenal seperti Bella setakat nak pakai bedak compact, lipstick dan eyeliner tu dah kira ok la tu. Sekurangnya ada la sikit serinya.

Kinah ni pun bukanlah dikategorikan kaki make up. Cuma bila pergi kenduri kahwin ke event ke touch up la sikit, takdela nampak kusam sangat terutamanya di bahagian kelopak mata kita. Kalau nak tahu, apabila kita pakai cermin mata, mata kita akan kelihatan lebih kecil. Jadi, nak bagi mata ni nampak besar dan galak sikit penggunaan eyeliner adalah sangat penting.

Pemilihan eyeliner yang betul turut memainkan peranan juga tau. Eyeliner yang macam mana terpulang pada keperluan dan mengikut keselesaan setiap individu. Lagipun pelbagai jenis eyeliner yang boleh kita dapati di pasaran.

Jenis-jenis eyeliner yang boleh didapati di pasaran
Pilih je mana yang korang rasa lebih mudah. Kinah lebih selesa memilih gel berbanding cecair dan pensel. Kalau korang nak tau kinah selalu cari eyeliner dekat Zalora. Macam-macam jenama dan jenis eyeliner yang boleh kita pilih. Salah satu darinya ialah Talent Cosmetics.
Talent-Waterproof Auto Eyeliner
Untuk pengetahuan korang semua, Talent-Waterproof Auto Eyeliner ni lebih mudah dikendalikan. Tak perlu nak asah, tak perlu nak tunggu kering dan yang bestnya eyeliner ni waterproof tau. Apply je kat kelopak mata pastu siap. Kan mudah tu. Macam mana bestkan? Haa tunggu apa lagi pergi lekaih bukak website Zalora macam-macam jenis eyeliner korang boleh pilih tau.

Wednesday, 9 August 2017

,
Laptop Masuk Hospital| Setelah hampir 7 tahun berkhidmat dah tiba masanya si pinky Dell masuk hospital. Bila di periksa teruk sakitnya. Selama 7 tahun guna mana pernah tukar hard disk. Kali ni dah nazak sangat terpaksa la tukar. Kuikui melayang duit laki den RM300.00 untuk hard disk servis caj RM20.00 kiranya total RM320.00. Sengkak perut oii. Harga tu boleh beli barang dapur sebulan. Bila Laptop masuk hospital ni update blog pakai handphone je. Faham-faham je la update pakai handphone ni. 

Takpela dah banyak jasanya pada kinah. Selama 3 tahun berkhidmat untuk kinah masa kat universiti dulu. Paling tak boleh lupa laptop kinah kena virus. Masa tu tengah sibuk key in data untuk projek tesis. Korang bayangkan dah setengah key in tetiba virus serang habis data yang key in tu hilang. Rasa nak menangis. Banyak tu.. Nak tak nak terpaksala hantar pada member untuk format balik. Nak hantar kedai lambat siap pulak tu. 

Hmm tak taulah apa jadi dengan laptop tu. Banyak gambar kenangan masa belajar dulu. Kiter ni dah la jenis malas nak cuci gambar. Suka peram dalam tu. Entah boleh selamat ke tidak. Harap bolehlah diselamatkan. Nanti bila laptop dah sihat barulah syok nak godek coding blog ni. Korang nak tau selama laptop rosak ni kinah godek coding blog pakai handphone hahaha. Giler betul. Tapi tak semua boleh godek. Ada part je yang boleh godek. Tunggu le siap nanti kita kasi make up lawo-lawo blog ni. 

Monday, 7 August 2017

,
MegRhythm Steam Eye Mask 
MegRhythm Steam Eye Mask Bagi yang Sukar Tidur| Asal malam je, mulalah susah hati mana taknya malam untuk tidur tapi kita? Puas pejam mata, pusing ke kiri ke kanan tapi tak juga mahu tidur. Bergantung pada ubat tidur tak elok juga. Jadi lepas ni tak payah susah hati lagi sebabnya Kao Corp Japan telah memperkenalkan Steam Eye Mask khusus untuk mata. 

Untuk pengetahuan semua, Steam Eye Mask merupakan produk yang terlaris di Jepun tau. Terdapat 5 varian, yang kinah dapat ni Lavender sage scent.
Steam Eye Mask Didatangi dengan pelbagai varian
Mesti korang nak tau apa rasa lepas pakai mask ni. Lepas ikut seperti arahan diberikan kinah cuba pakai di mata ni. Terasa suam-suam tau. Apa yang penting seperti tagline diorang Relax, Refresh dan Relieve. Memang sungguh relax tau. Sepuluh minit tempek kat muka ni mata ni mula la rasa macam nak tido je hehe. First time cuba benda ni rasa teruja pulak. Oh ye untuk pengetahuan ye, mask ni hanya boleh pakai sekali je tau. Jangan pula korang cuba nak panaskan die. NO NO NO. Dah pakai terus masuk tong sampah.

Masa korang pakai tu, kalau ada rasa tak selesa macam ada rasa sakit jangan teruskan. Takut penyakit lain pulak. Satu lagi kalo ada luka ke apa dekat sekitar mata tu jangan pakai lagi, tunggu luka tu kering dulu. Kang makin teruk luka tu sapa nak tanggungjawab. Banyak benor pantang larangnya ye. Takpe untuk kebaikan. Nanti apa-apa jadi kat mata tu mana ada spare part. 
Macam mana berminat nak mencuba juga? Korang boleh dapatkan di gedung Watsons yang berhampiran dan kalau malas nak keluar boleh order di Lazada je. 

Saturday, 5 August 2017

,

Terjebak Menonton Dendam Aurora Terbitan Astro| Sana sini orang sibuk bercerita tentang satu drama ni. Drama ni semakin lama mengambil tempat di hati peminat drama tegar macam kinah hehe. Sejujurnya, tak semua drama kinah layan. Cuma drama tertentu je. Mungkin disebabkan jalan cerita tu yang membuatkan kinah lebih selektif dan bila tengok trailer macam best je. Gandingan pelakon Ungku Ismail dan Nabila Huda membuatkan cerita ni lebih mantop.

Jom kita baca sinopsis drama ni

SINOPSIS DENDAM AURORA 

Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Aurora Abdullah (Nabila Huda) yang dipenjarakan selama 8 tahun di atas kesalahan membunuh. Aurora kemudiannya dibebaskan lebih awal dari waktu ditetapkan kerana berkelakuan baik. Walaupun ditegah oleh neneknya  Octavia Milner (Dian P. Ramlee), Aurora mengambil keputusan untuk pulang ke Tana Rata, Cameron Highlands, Pahang setelah dibebaskan demi membersihkan namanya dan nama keluarganya yang telah tercalar setelah dia dituduh membunuh Dato’ Hamzah (Tony Eusoff).

Kemunculan semula Aurora di Tanah Rata membuatkan keadaan menjadi tegang yang mana semua orang terkejut dengan kehadirannya terutama Harris (Ungku Ismail Aziz), yang merupakan bekas kekasih Aurora dan juga anak kepada Dato’ Hamzah. Pada waktu itu, Harris yang juga pemilik ladang Teh besar di Tanah Rata sudah ditunangkan dengan Putri Adrina (Anzalna Nasir), bakal pewaris kepada Engku Azhar (Dato’ Eizlan Yusof), pemilik ladang sayuran terbesar di Malaysia.

Aurora terkejut apabila mengetahui yang perniagaan keluarganya kini menanggung hutang yang banyak dan dipinggirkan oleh orang kampung. Perusahaan teh mereka yang dijalankan Octavia semakin muflis. Dengan bantuan dan sokongan daripada Ustaz Hakim (Fezrul Khan), Aurora nekad untuk membangunkan perusahaan keluarganya.

Kehadiran Aurora di Tanah Rata juga pada masa yang sama membuatkan pengusaha-pengusaha yang bersubahat dengan Engku Azhar bimbang jika rahsia kematian Dato’ Hamzah bocor. Mereka nekad untuk memastikan kehidupan Aurora terus sukar dan rahsia mereka tidak diketahui sesiapa.

Didorong rasa benci, Haikal Hamzah (Shah Iskandar) pula ingin membalas dendam kepada Aurora kerana membunuh ayahnya. Hasil daripada siasatannya, beliau mendapat tahu bahawa Aurora tidak bersalah. Rasa kesal dan malu ini membawa kepada perasaan cinta pada diri dan semangat perjuangan Aurora. Manakala Harris yang sudah ditunangkan dengan Putri Adrina pula pada masa yang sama semakin cemburu dengan adiknya yang semakin rapat dengan Aurora.

Engku Azhar pula begitu gembira dengan perkembangan hubungan Haikal dan Aurora kerana beliau sudah lama tidak menyukai Harris. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa merestui dan akur dengan keputusan anak kesayangannya Putri Adrina yang tetap berkeras untuk berkahwin dengan Harris. Perkahwinan Harris dan Putri Adrina merumitkan lagi konflik di antara tiga keluarga besar di Tanah Rata tersebut.

Sinopsis credit to: mulan Sahbanu

Drama 100 episod ni diadaptasi daripada sebuah telenovela Itali, Tuscan Passion. Drama ini dibintangi pelakon hebat seperti Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar, Dian P Ramlee, Dato’ Eizlan Yusof, Tony Eusoff, Fezrul Khan, Aedy Ashraff, Octavia Manrose, Emilie Haniff, Mia Nasir, Zila Bakarin, Adam Lee, Nikki Palikat, Dato' Sri Raja Rezza Shah, Marissa Yasmin, Alex Yank, Chew Kin Wah, Sharifah Shahora, Zuraini Kassim, Hafiz Halim dan ramai lagi.