Review
Tuesday, October 31, 2017
Kejutan Buat yang Istimewa dengan Printcious
Kejutan Buat yang Istimewa dengan Printcious|Pening dan buntu nak bagi gift pada pasangan? Hari lahirnya dah tak lama tapi satu apa gift pun takde lagi. Haaa korang jangan risau pening tu semua. Sekarang ni dah macam-macam platform tau untuk kita buat surprise pada pasangan kita. Salah satu cara untuk korang buat special gift untuk pasangan ialah dengan design momen yang terindah dengan Printcious. Kalau dulu, nak bagi gift macam ni, kita DIY sendiri, tapisekarang korang tak payah bersusah payah dah. Tekan-tekan, klik itu ini, bayar dan sampai ke tangan penerima. Mudah betul sekarang. Sebab tu la tagline printcious
“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”
Mengapa dengan Printcious? Sebabnya korang boleh pilih mana-mana design yang korang suka tau dan paling istimewa sekali dapat pulak customise sendiri. Haa menarikkan tempat lain tak dapat macam ni korang. Haa pilih-pilih mana yang berkenan di hati. Bukan saja khusus untuk hari lahir sahaja tau, korang juga boleh buat untuk hadiah orang kahwin. Haaa idea tu idea. Lagipun dah tak lama dah nak cuti sekolah. Cuti sekolah je mesti ada kenduri. Sempat lagi ni design gift korang untuk bakal pengantin. Klise la asal pergi kenduri kahwin bagi hadiah pinggan mangkuk je. Kalau 5 orang bagi hadiah yang sama boleh buat kenduri tau hehe. Jangan marah gurau je. Tak salah pun kita hadiahkan lain dari yang lain.
Banyakkan sampai rambang mata nak pilih yang mana satu. Berpinar dah mata ni nak pilih yang mana. Mesti korang nak tahu macam mana cara nak customise design kita sendiri. Alaa mudah sangat pejam mata je pun dah siap. Ehh ibaratnya macam tu la. Dalam banyak-banyak ni, kinah pilih cushion je.
Haa tengok tu, ni contoh je tau. Kalau korang tak nak warna biru tu, boleh pilih warna lain dan kalau korang nak tukar design Happy Marriage pun boleh. Ikut kreativiti. Klik je Start Design tu. Bolehlah mula design yang korang suka. Kinah berkenan pulak dengan cushion ni, boleh letak dalam kereta hehe. Haaa tunggu apa lagi pergi pilih cepat sebab ada 30% diskaun tau dan akan berakhir pada 4 November ni.
Untuk maklumat lanjut bolehlah layari website