Safi Rania Gold Beetox Technology Rangkaian Penjagaan Antipenuaan

Safi Rania Gold Beetox Technology Rangkaian Penjagaan Antipenuaan| Keyakinan dalam penampilan diri adalah sangat penting bagi seseorang individu. Salah satunya ialah dari segi penjagaan muka. Jika muka penuh dengan jerawat, jeragat dan kelihatan kusam sedikit sebanyak akan menjejaskan penampilan diri seseorang. Bercakap tentang penjagaan muka ni biasanya wanita lah yang utamanya. Mereka sanggup berhabis duit untuk kelihatan cantik di mata semua orang. Hmm jangan pilih sebarangan ye skincare korang. Salah pilih nanti menyesal tak sudah. Untuk pengetahuan semua, hari ni kinah nak perkenalkan korang dengan satu produk ni iaitu Safi Rania Gold Beetox Technology Rangkaian Penjagaan Antipenuaan.


Safi Rania Gold Beetox Technology Rangkaian Penjagaan Antipenuaan

Safi Rania Gold Beetox Technology
Safi Rania Gold Beetox Technology Rangkaian Penjagaan Antipenuaan

Macam kinah, kinah sejak sekolah lagi telah diperkenalkan oleh mak kinah dengan produk Safi. Alhamdulillah kinah serasi dengan Safi. Safi Rania Gold ni kinah baru je guna yela umur dah nak masuk 3 Series ni kulit muka mestilah kena jaga. Tak nak la nanti "tua sebelum usia" walaupun diri ni dah bergelar opah sedara haha. Aduiiii

Safi Rania Gold Beetox Technology merupakan rangkaian antipenuaan yang diperbaharui dengan formulasi TEKNOLOGI BEETOX dan BIO NANO GOLD 24K.

Safi Rania Gold Beetox Technology Rangkaian Penjagaan Antipenuaan

NANO GOLD 24K

Menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus, malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.

Honey - Merupakan pelembap semulajadi untuk mengekal lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit.

Royal Jelly - Kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit dan menenangkan kulit yang stress dan tidak bermaya.

Propolis - merupakan antioksidan semulajadi yang melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal.

Bee Venom - kulit menegang seolah bertindak balas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit menjadi lebih anjal.

4 Langkah Mudah Mendapatkan Kulit Lebih Anjal dan Lembap dengan Tona yang Sekata

Pembersih Wajah

Pembersih Wajah Safi Rania Gold Beetox Technology, Safi Rania Gold
Pembersih Wajah Safi Rania Gold Beetox Technology

Pembersih wajah Safi Rania Gold dengan Nano Gold 24K dan nutrisi Royal Jelly diformulasi terbaharu Micro-Foam dengan agen anti-oksidan untuk membersih secara mendalam. Buihnya yang mewah berkrim mengandungi agen pelembap dan dapat membersihkan sisa solekan dengan sempurna. Hasilnya kulit wajah lebih anjal, halus dan lebih berseri.

Review Kinah
Picit sikit saja dah cukup sebab buihnya banyak. Baunya wangi sangat-sangat bau madu. Apa yang penting kulit muka kita sentiasa rasa lembap. Eeee suka sangat dengan pembersih wajah ni.

Menyegar

Esen Emas Keremajaan, Safi Rania Gold
Esen Emas Keremajaan

Esen Emas Keremajaan - mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid serta menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya.

Review kinah
Lepas guna pembersih wajah tadi, kinah apply sikit Esen Emas Keremajaan ni. Bau dia pun wangi. Hanya tuangkan sedikit kat tapak tangan dan sapu di seluruh muka dan tengkuk. Teksturnya pun cepat diserap. 

Merawat

Eliksir Keremajaan, Safi Rania Gold
Eliksir Keremajaan

Eliksir Keremajaan - BEETOX, Nano Gold 24K dan vitamin C meningkatkan keanjalan 3 kali, merawat pada lapisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan.

Review kinah
Dalam banyak-banyak produk Safi Rania Gold, eliksir keremajaan ni yang menjadi favourite kinah. Nak guna pun mudah cuma picit dan titiskan di tapak tangan. Sebelum picit tu, kena goncang dulu supaya lapisan madu tu sebati. Memang nampak kulit muka ni nampak anjal sikit. Kesan pigmentasi pun dah mula pudar sikit.  

Melembap

Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR*, Safi Rania Gold
Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR*

Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR* - melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB & InfraRed (IR).

Review kinah
Krim pelembap ni kinah guna lepas sapu Eliksir Keremajaan. Hanya sapuan nipis pun dah mencukupi. Bagi yang kulit kering memang sesuai sangat guna krim pelembap siang ni. Dah nama pun krim pelembap memang fungsinya melembapkan kulit muka kita.  Memang bagus krim ni, bila keluar rumah dan sapu krim ni. Tak heran dengan  cuaca yang kadang-kadang panas dan sejuk. 
Safi Rania Gold Beetox Technology Rangkaian Penjagaan Antipenuaan

Setelah seminggu kinah guna rangkaian Safi Rania Gold, ternyata rangkaian ni sesuai sangat dengan kulit kinah. Sepanjang gunakannya tak da pulak gatal-gatal atau pun alahan. Jerawat yang baru muncul pun dah kecut. Parut-parut jerawat pun dah makin pudar. Memang best la produk Safi Rania Gold ni. Kepada yang nak mencuba produk Safi Rania Gold Beetox Technology, pastikan korang pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit muka korang tu. Tak boleh main hentam je.

Bagi mereka yang masih ragu-ragu, Safi Rania Gold Beetox Technology ini telah terbukti secara klinikal dan terbukti bahawa kulit semakin anjal, semakin halus, pemulihan tona kulit lebih sekata dan kedutan di wajah semakin berkurangan. Rata-rata respon yang diterima daripada dalam kalangan wanita Melayu yang berumur di antara 25 - 35 tahun yang menggunakan produk ini selama 14 hari atau lebih. Bagi yang ingin mencuba, korang boleh mula dapatkan produk Safi Rania Gold Beetox ini di pasaraya besar dan juga hypermarket di seluruh Malaysia.


Untuk maklumat lanjut

Website 
Facebook 
Instagram 

Post a Comment

10 Comments

  1. Yang paling best safi rania gold kali ni diformulasikan dengan beetox .. makin bertambah gojes la si pemakai

    ReplyDelete
  2. Dulu selalu pakai facial foam Safi Rania Gold ni sebab wangi dan best, lembut. Tapi sekarang berkira sikit. Teruja pulak baca entri ni, macam nak try 1 set. Minta2 ada rezeki.

    ReplyDelete
  3. Setahun juga pernah pakai safi ni.. Skrg dah tak dah.. Sbb selesa guna bb cream je..

    ReplyDelete
  4. Safi Rania ni banyak R&D dia kan? Macam macam...best la safi rania baru ni. Nak cubalah nanti

    ReplyDelete
  5. suak tengok yang ada diomand tu..

    ReplyDelete
  6. Safi Rania mmg seswai utk usia ami yg dah msk 31 ni..dulu pakai juga..hihi

    ReplyDelete
  7. tgk safi rania gold tringt plak bila kt asrama time skolah cikgu2 smua gelak sbb tgk budak skolah ade yg dah pakai safi rania gold.

    hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  8. Saya peminat barangan safi rania gold ni

    ReplyDelete
  9. Bgus..da tmbh beetox dlm ni..
    Saya baru beli serum dia...
    As usual produk rania gold x mnghampakan

    ReplyDelete