Breaking

Saturday, 24 February 2018

Saturday, February 24, 2018

Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines

Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines | Korang tengah plan nak pergi bercuti ke tu? Dah decide nak pergi mana cuti nanti? Dah decide nak pergi mana mesti salah satu dalam plan nak pergi dengan apa nanti ye dak. Apa kata cuti kali ni korang naik flight je, tak payah nak drive jauh-jauh tu pun kalau plan bercuti dalam negara la. Haaa siapa dalam kalangan korang yang pernah naik flight Air Asia Airlines?? Selesa kan! Dah la harga yang ditawarkan sangat berbaloi, tempat duduknya pulak selesa, makanan pun sedap, layanan yang diberikan pun sangat tip top! Memang puas hati la kalau terbang bersama Air Asia Airlines ni! Korang tak kan rugi apa-apa langsung ok. Korang akan rugi teruk kalau korang tak cuba menggunakan servis dari Air Asia ni! Rugi ooo. Tentang harganya pulak korang tak payahla risau! Apa yang penting korang rasai Penerbangan Selesa Bersama Air Aisa Airlines.

Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines

Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines

Kalau korang nak tiket Air Asia pada harga yang terendah, apa kata korang booking melalui website ataupun apps daripada traveloka. Kinah takkan tipu korang, kinah pun dah pernah booking tiket flight dengan menggunakan traveloka ni untuk member kinah ok dan ternyata harga yang ditawarkan sangat tak masuk akal!. Korang ingat senang ke nak dapat harga tiket yang murah macam tu?.. susah tau! Harga yang ditawarkan bermula dari RM8+ dan ke atas dan harga ni ikut destinasi mana yang korang nak pergi ye. Sekarang, kinah nak cerita kenapa korang perlu menggunakan servis penerbangan dari Air Asia Airlines ni. Banyak faedah dan keistimewaan yang korang akan dapat sebenarnya.

Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Untuk booking tiket pada harga yang lebih rendah ni korang boleh la booking di traveloka yer. Macam kinah dah mention tadi, korang boleh guna apps ataupun website untuk buat tempahan. Once dah keluar paparan Air Asia ni, korang boleh la start pilih destinasi, tarikh, bilangan penumpang dan class seat yang korang nak duduk. 
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Senang jer la tak susah mana pun kan. Kalau korang tak faham macam mana cara nak booking korang boleh scroll ke bawah dan korang akan nampak tiga pilihan tutorial yang traveloka akan tunjukkan kat korang iatu How to Book, How to Pay dan Air Asia E-ticket. Korang baca jer and make sure fahamkan dulu yer sebelum tempah tiket.
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Selain itu, dalam page yang sama juga terdapat paparan payment partners yang boleh korang gunakan untuk membuat pembayaran tiket tu nanti. Semak dulu sama ada bank yang korang nak guna ada atau tak dalam senarai tu. Nanti dah buat semua langkah sekali bank yang korang nak guna untuk buat pembayaran tu tak ada dah buang masa kat situ pulak. Bagi penumpang yang first time nak naik flight Air Asia, korang juga boleh buat survey antara class seat yang ada dalam Air Asia ni. 
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Sama seperti penerbangan yang lain, Air Asia juga mempunyai class seat Economy, Business, First class dan Premium economy. Ha yang paling penting semasa nak naik flight ni beg yang korang bawa tu mestilah kena timbang dulu ye. So, kalau korang nak tahu berat yang dibenarkan secara free of charge untuk bawa ke dalam pesawat korang boleh klik policies kemudian klik Air Asia Bag Allowance link yang warna biru tu then nanti korang akan nampak senarai berat bag yang dibenarkan sama ada penerbangan domestic mahupun international.
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Penerbangan Selesa Bersama Air Asia Airlines
Bagi korang yang pertama kali nak naik flight tu, mesti korang tak pernah tau kan check in time untuk setiap penerbangan. Air Asia pun ada tau jadual check in time untuk rujukan para penumpang. Korang klik je di policies then klik link Air Asia check in policy. Kat situ korang akan nampak table check in time recommended dimana untuk penerbangan domestic korang kena check in 2 jam sebelum penerbangan, manakala untuk penerbangan international korang kena check in 3 jam sebelum penerbangan. Ini sangat penting ya! Please take note sebab pernah terjadi penumpang tertinggal flight sebab check in lambat. So, rancanglah perjalanan korang dengan baik okay! Supaya korang punya percutian berjalan dengan lancar.
So, itulah antara serba sedikit yang kinah nak kongsi dengan korang tentang Air Asia Airlines ni. Haa apa yang korang tunggu lagi! Book airaisia airlines sekarang untuk dapatkan harga yang terendah through website ataupun apps traveloka! Selamat Bercuti!!!!!

Friday, 23 February 2018

Friday, February 23, 2018

Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi

Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi | Susulan berlakunya masalah teknikal Cabel Car Skyway beberapa hari yang lepas di Gunung Machinchang hampir seribu pengunjung termasuk krew terkandas di sana. Kali pertama perkara seperti ni berlaku di negara kita. Kinah pernah naik sekali cable car ni tahun bila tu tak pasti, pergi dengan makcik ikut trip. Masa naik tu dup dap dup dap berdebar takut perkara yang tak diingini terjadi. Syukurlah pada masa tu tak jadi apa-apa. Gayat? Tak usah cakapla. Ketor kaki bila turun di stesen pertama tu. Bila dalam gondola tu, tengok je bawah pening terus sebab di bawah tu hutan je. Jadi, korang yang gayat dan teringin nak naik tu tak payah la nak tengok bawah ye.

Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi

Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi
Mungkin lepasni ada yang fobia nak naik cabel car kan. Terpulang pada masing-masing. Lagipun sebelum ni tak pernah lagi jadi macam ni. Perkara dah nak jadi kan. Sejujurnya, bila dalam cabel car tu, kita dapat menyaksikan panorama yang indah di Langkawi. Untuk pengetahuan korang, cabel car mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 bagi memudahkan pengunjung tiba ke puncak gunung yang tingginya kira-kira 713 meter. Kira-kira dah nak 13 tahun dah ye cabel car ni beroperasi. Kalau ada anak ni dah Tingkatan 1 dah hihi. 

Berbalik semula cerita tentang cabel car, masa mula-mula dulu, cabel car ni dikendalikan oleh Langkawi Cable Car tapi sekarang ni diurus dan diselenggarakan oleh oleh anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Panjang keseluruhan kereta kabel ni ialah 919.5 meter. Panjang tuu dan telah mencipta Malaysia Book of  Records.

APA YANG MENARIK DI SINI
Di puncak Gunung Matchincang ni, terdapat pelantar tinjau dan dari situ juga korang akan dapat menyaksikan keindahan dan akan terpukau dengan pemandangan Lautan Hindi dan juga Laut Andaman yang terbentang luas. Daripada pelantar ni juga, korang akan nampak dengan lebih jelas pulau-pulau yang terdapat di Selatan Thailand. 

TITIAN GANTUNG BENGKOK (CROOKED HANGING BRIDGE)
Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi
Pengunjung juga dapat melihat titian gantung bengkok (Crooked Hanging Bridge) sepanjang 125 meter. Titian Gantung ini siap dibina pada tahun 2004. Kalau korang nak tahu titian ni tergantung setinggi 82 meter dari tiang tunggal. Jarak dari tanah puncak pula adalah 100 meter. Cuba korang perhatikan titian ni, nampak unik sangat rekaannya kan. Nampak macam tergantung tetapi sebenarnya ianya dipaut oleh tali-tali yang diikat kemas oleh sebatang tiang penahan.

ORIENTAL VILLAGE
Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi
Terdapat 30 buah rumah mengikut pelbagai budaya yang terdapat di seluruh dunia di tapak Oriental Village ni.y Antaranya rumah gaya Jepun, yang mana korang berpeluang untuk mengenakan pakaian tradisi Jepun iaitu Kimono, makan sushi dan banyak lagi mengenai budaya Jepun. Selain itu, panorama seakan-akan geisha di kak Gunung Fuji turut dibina bagi melahirkan rasa-rasa santai. Dihadapannya pula, terdapat tasik yang penuh dengan bunga teratai dan jambatan lengkung seperti di Jepun. Menarikkan. Nak tahu lagi rumah apa yang ada kat sini, korang kena la plan bercuti kat sini.

TELAGA TUJUH
Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi
Bila korang naik kereta kabel, korang akan dapat menyaksikan tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya yang putih jernih mengalir bertingkat-tingkat.

Gambar di atas ni kalau korang guna jalan bawah. Kinah dah sampai sini. Kalau korang nak tahu punya la nak tengok apa yang ada di Telaga Tujuh ni, tengah mengandungkan Thahirah masa tu nak juga naik. Geleng kepala suami melayan peel bini dia ni. Walaupun penat naik tangga yang disediakan, kita boleh je berehat. Ada je bangku kat tepi tu kalau nak rehat hihi. Alhamdulillah kinah selamat naik dan turun. 

Korang yang ada plan nak ke Langkawi pada musim cuti sekolah nanti bolehlah nak survey tempat yang menarik di Langkawi untuk dilawati di jomjalan.com. Di sana ada banyak perkongsian tempat yang best di Langkawi tau. Selamat Bercuti.

pss: Alang-alang dah sampai Langkawi, naiklah cabel car.  Rugi tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Cabel Car, harga dan sebagainya bolehlah rujuk di sini 

Thursday, 22 February 2018

Thursday, February 22, 2018

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari | Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. 

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. 
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki.
Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

Monday, 19 February 2018

Monday, February 19, 2018

Victoria Secret Bombshell Wangi Sangat

Victoria Secret Bombshell Wangi Sangat | Dalam banyak-banyak minyak wangi yang kinah ada, antara paling hot sekali yang ada dalam simpanan kinah ialah Victoria Secret by De'Xandra. Bau dia tak usah cakapla. Wangi yang teramat sangat. Ni based on my experienced je la ye. Bukan tajaan mana-mana pihak. Nak beli yang original tu tak la, tapi kinah beli daripada De'Xandra, baunya kekal lama dan yang penting boleh dibawa solat. Haa yang tu la kita nak. Bukan nak jumpa pakwe je wangi-wangi ye, nak menghadap Allah SWT pun kena la wangi juga. 
Victoria Secret Bombshell Wangi Sangat
Berbalik pada topik asal, kinah nak kongsikan dengan korang tentang fakta mengenai minyak wangi Victoria Secret ni. Mungkin ada yang dah tahu tentang fakta ni dan ada juga yang tak tahu kann. Tapi takpe sharing is caring ye dokk.

Untuk pengetahuan semua, minyak wangi Victoria Secret ni terdiri daripada 3 elemen utama iaitu fruity, sweet dan fresh. Wangian ini direka khas untuk golongan yang berkerjaya, macam kinah fully housewife nak guna minyak wangi ni tak salah pun. Boleh je guna. So, korang yang suka dengan wangian yang lembut dan bau yang menyenangkan Victoria Secret adalah pilihan yang tepat.

Fakta Ringkas Mengenai Victoria Secret Bombshell

Victoria Secret Bombshell diadunkan dengan pilihan bunga-bunga yang wangi untuk menghasilkan haruman yang wangi dan memukau. Kalau korang nak tampil lebih yakin dengan haruman floral, apa kata korang mark perfume ni sebagai toplist korang. Bicara tentang keyakinan, keyakinan diri sangat penting dan sering dikaitkan dengan gaya yang ekpresif. Kalau korang nak tahu, Victoria Secret Bombshell ni agak kuat baunya, tapi menyenangkan orang sekitarnya. Jadi, tak hairanlah minyak wangi ni telah lama ada di pasaran sejak tujuh tahun yang lalu.

Mengapa Keyakinan Diri Penting

Keyakinan diri merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. Namun begitu, mungkin ada yang tidak sedar akan hal tersebut. Tidak kira sama ada lelaki atau wanita tanpa mengira status, keyakinan diri akan membuatkan seseorang lebih cenderung untuk berjaya dalam kehidupannya. Sebagai contoh, kita lebih bebas bergerak untuk ke mana sahaja bila kita ada keyakinan diri. Masalah penampilan diri yang tidak kemas, bau badan yang kuat atau membuatkan seseorang individu kurang berkeyakinan. Tunggu apa lagi jom kita borong minyak wangi buat stok hehe.


Friday, 16 February 2018

Friday, February 16, 2018

Cari Masa Berkualiti Dengan Bercuti

Cari Masa Berkualiti Dengan Bercuti | Selamat bercuti kepada semua. Disebabkan cuti pada tahun ni boleh dikatakan agak banyak, cuba rancang cuti korang tu supaya cuti tu dapat digunakan dengan sebaiknya. Bagi ibu bapa yang berkerjaya dan susah dapat cuti terutamanya ketika musim cuti sekolah perlulah bijak untuk menguruskan masa dan mempunyai perancangan yang kreatif supaya dapat memanfaatkan waktu bercuti bersama keluarga. 

Cari Masa Berkualiti Dengan BercutiCari Masa Berkualiti Dengan Bercuti

BEKERJA SAMBIL BERCUTI
Apabila perlu keluar bandar atas urusan kerja, apa kata korang cuba ambil peluang ni untuk bawa pasangan dan anak-anak bersama. Waktu kerja cuba lakukan dengan sebaiknya. Apabila diluar waktu kerja, pada masa inilah korang dapat habiskan masa  bersama keluarga dan menikmati keindahan tempat yang dikunjungi dengan melawat tempat-tempat menarik di situ. 

BERCUTI SAMBIL BEKERJA
Bolehkan bekerja tanpa perlu datang ke pejabat? Jika boleh, korang cuba manfaatkan kemajuan teknologi yang semakin berkembang pesat ini dengan cara bekerja secara dalam talian (online). Dengan cara ini, korang boleh bekerja di siang hari dan menikmati baki hari bersama keluarga walau di mana korang berada.

BERCUTI DENGAN PERCUTIAN PANJANG
Sebagai pekerja, kita semua memiliki tempoh cuti tahunan yang diperuntukkan setiap tahun. Namun begitu, tidak ramai yang mengambil cuti dalam tempoh yang panjang sekali gus. Jika korang tidak ada banyak masa terluang bersama keluarga, apa kata cuti korang yang banyak tu korang habiskan masa berkualiti bersama keluarga. Mesti anak-anak korang happy.

BERCUTI SEBELUM MEMULAKAN TUGAS DI TEMPAT BARU
Tahniah korang dapat kerja baru. Semestinya lebih bersemangat untuk tempat baru ni. Tapi sebelum korang mulakan kerja ditempat baru, kebiasaanya notis berhenti perlu dihantar atau berkuat kuasa sebulan selepas notis dihantar. Apa kata korang manfaatkan cuti tahunan berbaki di syarikat lama untuk pergi bercuti. Jadi, dalam tempoh percutian tu, rancanglah percutian dengan sebaiknya mana la tahu di tempat baharu tu nanti susah nak dapat cuti.

BERCUTI DALAM MASA YANG LAMA
Selain cuti tahunan yang diperuntukkan, ada sesetengah syarikat yang memperuntukkan cuti khusus untuk pekerjanya. Cuti khusus atau khas itu boleh diambil jika pegawai itu bekerja selama beberapa tahun di syarikat tersebut. Oleh itu, rancang percutian bersama keluarga. Sebelum anak-anak beranjak dewasa, ambillah kesempatan yang ada ni untuk bercuti bersama anak korang. Ciptakan momen yang terindah bersama keluarga.

Sumber: Harian Metro


BACA DISINI : Disiniland Agrofarm Resort Di Batu Kurau

Thursday, 15 February 2018

Thursday, February 15, 2018

Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria AIKEN

Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria AIKEN | Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih. 

Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria AIKEN

AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit. 

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian. Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, dan buah-buahan serta mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria daripada Tisu Lembap Antibakteria Aiken. 

Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda. 

Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih: 


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PERLINDUNGAN EKSTRA 
Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol. 


TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA
Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga. 

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM6.50 (Semenanjung) dan RM6.80 (Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.

Wednesday, 14 February 2018

Wednesday, February 14, 2018

Potongan Jeans Untuk Mereka Tubuh Berisi

Potongan Jeans Untuk Mereka Tubuh Berisi |Fesyen sekarang ni pelbagai terutamanya seluar jeans. Seluar jeans sering kali menjadi pilihan untuk mereka yang ingin tampil dengan gaya yang lebih kasual. Teksturnya yang lebih tebal dan permukaan bahan dasarnya yang ketat menyebabkan mereka yang bersaiz 'comel' berasa kurang yakin untuk mengenakannya. Namun begitu, dengan perkembangan dunia fesyen pada masa kini, perasaan kurang yakin itu dapat diatasi. Kali ni kinah nak kongsi dengan semua pembaca mengenai Potongan Jeans Untuk Mereka Tubuh Berisi

Potongan Jeans Untuk Mereka Tubuh BerisiPotongan Jeans Untuk Mereka Tubuh Berisi

OVERSIZED JEANS
Kalau korang nak tahu, fesyen jeans ini telah wujud sejak tahun 90 an lagi. Jadi tak salah pun kalau kita nak guna jeans oversized ni, nampak masih relevan lagi oversized jeans ni kerana potongannya lebih ringkas dan lekuk-lekuk tubuh badan kita tak ada la nampak sangat. Jadi, kita akan rasa lebih selesa mengenakannya.

MOM JEANS
Jeans jenis Mom ni kalau korang nak tahu longgar dibahagian pinggang. Jadi sesuai sangatlah mom jeans ni untuk wanita yang tubuh berisi. Mom jeans ni boleh dikatakan hampir sama dengan model high waist jeans tapi dari segi potongan pula, wanita yang tubuh berisi lebih sesuai mengenakan moms jeans kerana potongannya lebih baggy dan kelihatan lebih vintaj.

BLACK JEANS
Semua orang tahu warna mempengaruhi bentuk badan kita. Jadi warna yang sesuai untuk bentuk tubuh badan yang berisi sudah tentunya warna hitam. Warna hitam mampu memberikan ilusi kelihatan langsing pada tubuh si pemakai. Jadi, warna yang lebih gelap akan memberikan kesan pada bentuk kaki dan akan kelihatan lebih kecil. Dengan warna hitam juga, kita mudah nak suai padan dengan pelbagai jenis baju.

STRAIGHT CUT JEANS
Jeans potongan straight cut sangat sesuai dengan tubuh wanita yang berisi kerana potongannya lebih lurus dan rata. Potongan yang lebih lurus mampu melindungi bentuk kaki dan lekuk-lekuk kita yang besar akan kurang jelas kelihatan. Nak nampak lebih style bolehlah dipadankan dengan corp blazer ataupun layer shirt. Terpulanglah bagaimana kita nak gayakannya.

MID-RISE JEANS
Jeans yang sesuai dengan wanita tubuh berisi ialah yang tidak terlalu high waist dan tidak low-rise. Potongan jeans Mid-Rise adalah pilihan yang tepat. Jeans jenis ini begitu sesuai dikenakan kerana lingkaran pinggangnya lebih besar  dengan potongan di bahagian pinggul lebih besar untuk memberi keselesaan kepada si pemakai.

Sumber: Sinar Harian 

Monday, 12 February 2018

Monday, February 12, 2018

How To Keep A Trusty Bike...Trusty?

How To Keep A Trusty Bike...Trusty? | Spent thousands on a beautiful bike for that ultimate feeling in bike-riding experience? Here's the thing: while you enjoy the smooth ride, don't forget to do three important things to keep that machine in a tip-top condition.
We're talking about CLEAN. LUBE. PROTECT. Each step is important, and each step goes a long way towards keeping your bike the powerful machine it is, just like when you first bought it.

That's why at WD-40®, we have developed a comprehensive line of bike care products that have been meticulously tested to provide superior cleaning, lubrication and protection for your beloved machines.

There are five specially crafted products under this bike care range, to meet different biking conditions and maintenance needs. They are: 
1) WD-40® BIKE All-Purpose Bike Wash - a powerful surfactants that dissolve tough grease and grime, leaving it sparkling clean. It's safe for all bike surfaces, including carbon fibre, titanium, chrome, steel aluminium, rubber, and plastics.
2) WD-40® BIKE Chain Cleaner & Degreaser - a fast-acting foam that clings to surfaces which would work -- in seconds -- to remove stubborn grease and grime. Safe for bike finishes and components, with no citrus solvents or acids.
3) WD-40® BIKE Dry Chain Lube - this contains an exclusive polymer formula that creates a dry film to repel dust and dirt; suitable even for extreme dry and dusty conditions.
4) WD-40® BIKE All-Conditions Chain Lube - a high-performing and long-lasting lubrication for any dry,wet or varying conditions; it’s great to prevent friction damage and extend chain life.
5) WD-40® BIKE Wet Chain Lube -- suitable for extreme wet and snowy conditions, this exclusive formula creates a durable coating to repel water and mud.

And here're some tips to maintain your bike in top condition:

1) If you want to clean your chain, do so with it whist the bike is on static position, as braking the chain repeatedly would weaken the link and over time can lead to failure. 

2) To properly degrease a chain, put your bike on a work stand and shfit into the largest chain ring and the middle of the cassette. Spray it with WD-40® BIKE l

3) Chain Cleaner & Degreaser on the chain and chain rings. Scrub off deep-set grime with a stiff brush. Rinse or wipe dry.

4) When lubing your chain, drip the lube onto each individual roller, instead of just applying a stream along the entire length of the chain. However, the lube does nothing for the outside of the chain as it only works to reduce friction and keep dirt out of the inside of the rollers. So make sure to rub a cloth over the chain after letting the lube set for a while, because any lube left on the outside of the chain will be a magnet for dirt and grime.

5) When washing your bike, don't forget the underside of the frame and fork, where the heaviest gunk usually gets stuck. Spray your entire bike with WD-40 BIKE® All-Purpose Wash, then use a soft brush and work the spray into all the nooks and crannies to get the dirt out.

As with any tool, toy or possession, maintenance is the key to keeping it working for a long time to come. 

On that note, do head on to wd40.asia for more tips and pointers on how best to keep your ride smooth or contact WD-40’s Bike Series representative at sales@2escape.bike or call 03 2724 3808.




Sunday, 11 February 2018

Sunday, February 11, 2018

The Best Thirst Quenchers This HOT Season

The Best Thirst Quenchers This HOT Season| Exploding firecrackers, late nights, lots of good food and lou sangs - and not forgetting ang pow mari-mari! - The Chinese New Year is upon us!

Besides the noise, food and the reunions with friends and loved ones, one constant that we have 'enjoyed' over the years is the HEAT the season brings. Yup, it's literally a sizzling HOT time of the year, EVERY YEAR.

But rather than guzzling a can of soda that's filled with chemicals and empty calories to deal with the heat, why not choose nutrient-laden third-quenchers that are also SUPER DELICIOUS instead?
We're talking about fruit juices and smoothies, and here at Juice Works, we have a host of choices for the most discerning of palettes.
Water Works
For one, have you tried Water Works? Made with a refreshing mix of watermelon, pineapple and tropical juice, it is a cup full of fiber and energizing goodness.
Lychee Cooler
Our Lychee Cooler, which combines lychee, watermelon and sorbet, is also a hugely popular and refreshing choice under our blazing hot weather.
Zesty Melon
For those who prefer their drink a bit more tarty, our Zesty Melon, which is a combination of orange, watermelon, lime and sorbet, is the best.

Prosperity Juice
But our seasonal favourite is none other than Prosperity Juice, which is made from a mix of juices from the lovely mandarin orange, the heart-healthy guava, the super-fruit strawberry, and the juicy lychee. This delicious, fragrant and refreshing sorbet combo is back by popular demand this season, and like its name, will get you all geared up to embrace the best that the new year will bring!

So give your body a better choice as you drink up to battle the HEAT! Pick the best Juice Works have to offer!

On that note, we at Juice Works would like to wish you and all your loved ones a prosperous, healthy year ahead! Gong Xi Gong Xi!

Wednesday, 7 February 2018

Wednesday, February 07, 2018

Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya

Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya | Dalam facebook, kebanyakan kawan-kawan sekarang tengah berusaha untuk diet. Cayalah korang, nak diet ni kena ada disiplin barulah menjadi diet kita tu ye dak. Entri kali ni kinah nak kongsi dengan korang iaitu lima petunjuk diet anda berjaya. Haa mana yang tengah diet tu, apa kata check list ni. Mana tahu diet korang tu menjadi dan dengan adanya petunjuk ni dapat menjadi penanda aras sama ada diet yang kita amalkan tu sesuai atau tidak dengan tubuh badan kita dan tak semestinya kita bergantung dengan mesin penimbang tu untuk menunjukkan keberkesanan diet kita tu. 

Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya

Lima Petunjuk Diet Anda Berjaya
 LINGKARAN PINGGANG
Perkara pertama yang perlu dibuat bila kita tengah berdiet ialah dengan mengukur lingkaran pinggang kita. Diet yang berkesan apabila ukuran lingkaran pinggang menurun. Walaupun dah ada nampak penurunan walaupun sedikit, janganlah terus berhenti diet tu, kita kena terus berusaha lagi untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai berat badan yang ideal. Kalau korang perasan la ye, berat badan dah turun, tapi lingkaran pinggang tak turun pun. Itu tandanya kita kena teruskan usaha lagi.

CERMIN DIRI
Apabila berdiri dihadapan cermin, kita sendiri boleh merasakan yang penampilan kita ni lebih langsing dan boleh nampak perbezaan daripada sebelumnya (bukanlah perasan ataupun syok sendiri). Pada masa tu, cuba nilai diri kita secara jujur dan perbetulkan lagi program diet yang kita lakukan. Bila tengok diri sendiri di hadapan cermin akan membuatkan kita lebih sedar, apa yang kita ambil selama ni dan banyak mana yang kita makan.

BADAN LEBIH SEGAR
Bila bangun pagi setiap hari, badan kita rasa lebih ringan dan segar. Korang juga dapat merasakan yang korang akan kelihatan lebih bersemangat untuk melakukan kerja-kerja harian. Ini tandanya diet tu menjadi dan betul kerana nutrisi yang diperlukan oleh badan mencukupi.

DIAKUI OLEH KAWAN-KAWAN 
Bila lalu je depan kawan-kawan, mulalah mereka menegur, "ehh nampak kurus la", "makin slim la". Itu tandanya usaha yang korang lakukan selama ni berjaya la. Tak sia-sia la latihan dan program diet yang korang buat. Good job.

SEMANGAT UNTUK BERSENAM
Bila nak bersenam, tak kira la di tempat riadah ataupun di gimnasium, kita akan rasa lebih seronok dan lebih menyenangkan. Semasa bersenam pun tahap pernafasan pun lebih stabil dan tidak mengah tak seperti masa awal-awal dahulu, asyik pancit je. Ini semua menandakan diet kita berhasil.

TIDAK MUDAH SAKIT
Petunjuk terakhir bila diet kita dah mula berjaya ialah kita sentiasa berada dalam keadaan cergas, fit dan tidak mudah sakit. Ini menunjukkan metabolisme kita berada dalam situasi sihat, metabolisme yang tinggi dan juga mempunyai penghadaman yang baik. 

Tuesday, 6 February 2018

Tuesday, February 06, 2018

Glow Gelenggang Dapat Membantu Melegakan Gatal-gatal Kulit

Glow Gelenggang Dapat Membantu Melegakan Gatal-gatal Kulit | Alergik kerana makan makanan hasil laut. Hilang satu nikmat yang Allah bagi pada kita. Bila makan je mula lah gatal sana sini. Ujian Allah bagi pada kita. Kalau nak tahu, orang dulu-dulu bila terkena gatal-gatal macam ni, panau, kurap dan seangkatannya diorang guna daun gelenggang untuk ubati gatal-gatal tau. Haa daun gelenggang? Ye betul daun gelenggang. Orang sekarang tak ramai yang tahu pasal daun ni, bila gatal-gatal je terpaksa guna ubat yang doktor bagi. Kat mana pulak nak cari daun gelenggang ni? Huhu tak payah pening fikir mana nak cari daun ni sebabnya dah ada orang yang komersialkan daun ni untuk dijadikan produk. Ok sangatlah tu kan tak payahlah kita bersusah payah nak cari daun gelenggang ni. Hanya guna Glow Gelenggang Dapat Membantu Melegakan Gatal-gatal Kulit.

Glow Gelenggang Dapat Membantu Melegakan Gatal-gatal Kulit

Glow Gelenggang, gatal-gatal kulit
Glow Gelenggang Dapat Membantu Melegakan Gatal-gatal Kulit
Sebelum tu, kinah nak cerita sikit khasiat daun gelenggang ni. Gelenggang ataupun nama saintfiknya ialah Cassia Alata atau Senna Alata mempunyai nilai perubatan yang penting dalam merawat penyakit kulit oleh kulat dan ianya telah lama digunakan oleh sejak berabad lamanya. Mengandungi bahan baik seperti 'anthraquinones' dan crysophanic yang berkesan sebagai perencat kulat kulit, serangan hama, penyakit bakteria dan mikrob. Gelenggang juga dikenali sebagai penawar untuk hilangkan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh masalah kulit seperti eczema, psoriasis, panau, kurap, bisul, kudis buta, kayap, badang ruam dan masalah kulit lain.
Glow Gelenggang, gatal kulit
Glow Gelenggang Dapat Membantu Melegakan Gatal-gatal Kulit
Kali ni kinah nak perkenalkan dengan semua satu produk khusus untuk kulit iaitu Glow Gelenggang, merupakan produk herba organik yang dapat membantu melegakan gatal-gatal kulit yang disebabkan oleh resdung, dan penyakit berkaitan kulit seperti gatal kulit, eczema, psoriasis, bisul, panau, kudis buta dan kurap tanpa sebarang steroid dan lebih selamat. Formula terkini Glow Gelenggang berasaskan ramuan istimewa untuk menyahkan gatal-gatal kulit yang dihadapi dengan mudah iaitu habbatus sauda, minyak argan, minyak zaiton, susu kambing, crystal menthol.
  • Habbatus Sauda (Black Seed Oil) - untuk mengurangkan radang dan sembuhkan luka luaran
  • Minyak Argan (Argan Oil) - supaya kulit halus dan licin, mudah menyerap dalam kulit
  • Minyak Zaitun ( Olive Oil) - sebagai pelembap yang tahan lama pada kulit
  • Susu Kambing (Goat Milk) - untuk mencerah kulit, melembut, melembap, mencegah kulit kasar, kering dan kusam
  • Crystal Menthol - untuk menyejukkan kulit, tidak panas
SIAPA YANG BOLEH GUNA GLOW GELENGGANG
  • Lelaki dan perempuan 
  • Kanak-kanak
  • Orang Dewasa 
  • Warga Emas
  • Wanita Hamil
Glow Gelenggang terdapat 2 item
Sabun Glow Gelenggang
Sabun Herba Organik  (50gm)
Sabun herba ni bertekstur scrub (lulur). Rasanya lebih segar dan sejuk je. Korang tak payah potong ye sabun ni sebab sabun ni tidak mudah cair, tidak putih dan tidak lembik. Janganlah risau ye. Tapi satu je kinah nak ingatkan janganlah sesekali korang rendam sabun ni dalam air ye. Simpannya ditempat yang kering. Manakala minyak herba pula, simpan pada suhu bilik dan elakkan simpan di tempat yang panas serta terkena matahari untuk mengelakkan khasiatnya kurang.
Minyak Herba Glow Gelenggang
Minyak Herba Organik (30 ml)

PENGALAMAN KINAH GUNA GLOW GELENGGANG

Selama kinah guna set Glow Gelenggang ni, kinah berpuas hati sangat. Kinah ni boleh dikategorikan dengan kulit sensitif. Bila berpeluh je confirm akan mula gatal-gatal. Alhamdulillah kinah dah jumpa penawar gatal-gatal ni. Satu lagi bila guna sabun herba di muka jerawat pun kecut tau. Baunya pun wangi sangat rasa macam nak makan hihi. Memang tak rugi lah korang ada set ni. Banyak membantu tau dan minyak herba pulak kinah sapu pada Thahirah bila dia terkena gigit nyamuk. Memang lepas sapu minyak herba tu dia dah tak garu-garu lagi dah. Korang cubalah

HARGA SABUN HERBA
1 unit Sabun Herba Organik RM 47 
2 unit Sabun Herba Organik RM 70 (jimat RM24)
 4 unit Sabun Herba Organik RM 140 +FREE 1 unit sabun herba bernilai RM47 (jimat RM95) 

MINYAK HERBA 
1 unit Minyak Herba Organik RM 47 
2 unit Minyak Herba Organik RM 70 (jimat RM24) 

SET GLOW GELENGGANG 
Set (mengandungi sabun & minyak herba) 1 set RM 70 (jimat RM24) 2 set RM 140 +FREE 1 unit sabun herba bernilai RM47 (jimat RM95) 
 **Setiap pembelian akan menerima FREE gift dari Glow Gelenggang 

Kepada pembaca yang berminat untuk memiliki Glow Gelenggang ni, korang boleh guna kod ni

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
WEBSITE
FACEBOOK PAGE:
WHATSAPP
014-5445951

Monday, 5 February 2018

Monday, February 05, 2018

Seri Ummi Susu Formula Khusus Untuk Ibu Menyusu dan Kehamilan

Seri Ummi Susu Formula Khusus Untuk Ibu Menyusu dan Kehamilan | Ibu-ibu yang sedang hamil mesti tengah buntu mencari susu kan. Semua susu di pasar raya dah cuba tapi semua tak kena dengan tekak, betul tak? Pernah dengar tak susu Seri Ummi keluaran Serigroup? Haaa hari ni kinah nak kongsi mengenai Susu Seri Ummi Susu Formula Khusus Untuk Ibu Menyusu dan Kehamilan. Apa yang best dengan susu Seri Ummi ni susu ni bukan sahaja untuk ibu hamil saja ye, ibu yang tengah menyusu dan merancang untuk hamil pun boleh minum tau.

Seri Ummi Susu Formula Khusus Untuk Ibu Menyusu dan Kehamilan

susu seri ummi
Seri Ummi Susu Formula Khusus Untuk Ibu Menyusu dan Kehamilan
Kalau nak tahu, susu Seri Ummi ni sangat berbeza dengan susu-susu yang di jual di pasar raya tau. Nak tahu kenapa? Sebabnya dalam Seri Ummi ni mengandungi air kelapa, labu, tomato, saffron, kurma dan barli khusus untuk ibu-ibu hamil dan menyusu badan. Rasanya sedap sangat. Sedap yang tak dapat digambar dengan kata-kata. Haaa sampai macam tu sekali. Dah sekali cuba, rasa nak lagi.
KEBAIKAN BAHAN UTAMA SERI UMMI
TOMATO
  • Mencerahkan dan mencantikkan kulit ibu dan bayi
  • Mengatasi tekanan darah rendah ibu hamil
  • Mengandungi vitamin C semulajadi untuk ibu hamil
  • Meningkatkan keuntungan likopena dalam susu badan ibu
AIR KELAPA
  • Memperbaiki kualiti air ketuban
  • Mengurangkan rasa mual
  • Pelawas semulajadi
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan ibu
SAFFRON
Mengurangkan risiko demam kuning terhadap bayi

LABU
  • Mengandungi kalsium tinggi yang diperlukan oleh ibu hamil dan bayi dalam kandungan
  • Membantu mengawal kadar gula ibu hamil
  • Tinggi dengan protein yang bermanfaat untuk meningkatkan perkembangan bayi dalam kandungan.
  • Vitamin E dan antioksidan membuatkan kulit ibu hamil cantik dan awet muda
BARLI
  • Meredakan sembelit dan melawaskan pembuangan air kecil
  • Menangani masalah kencing kotor yang sering dihadapi oleh ibu hamil
  • Meningkatkan kadar penghasilan susu badan ibu
KURMA
  • Membantu perbanyakkan susu ibu (milk booster)
  • Membantu memekatkan susu ibu 
  • Membekalkan tenaga kepada ibu sepanjang hari
  • Membekalkan zat besi kepada ibu dan anak
BACA DI SINI - YAKIN DAN CANTIK BERSERI DENGAN SERIBELLA

CARA PENYEDIAAN SERI UMMI
Semudah ABC saja penyediaannya. Hanya 2 scoop (diberi) dan bancuh ke dalam air suam 150 ml kacau dan minum. Seeloknya minum dua kali sehari semasa perut kosong ye.
susu seri ummi
Seri Ummi Susu Formula Khusus Untuk Ibu Menyusu dan Kehamilan
PENGALAMAN KINAH MINUM SUSU SERI UMMI
Walaupun kinah tak menyusu dan tak hamil, tak salah pun minum susu ni. Sebabnya bila minum susu Seri Ummi ni badan rasa ada tenaga dan kenyang tambahan pula dengan perisa coklat lagi la buat kinah rasa menggila minum susu ni. Dah macam satu kemestian untuk minum susu ni. Satu lagi yang best dengan susu Seri Ummi, penyimpanan pun mudah kerana adanya zip lock. Haaa susu lain tak macam ni kan. Hanya susu Seri Ummi saja yang ada tau. Tak percaya? Ni buktinya
susu seri ummi
Seri Ummi Susu Formula Khusus Untuk Ibu Menyusu dan Kehamilan
TESTIMONI PENGGUNA SUSU SERI UMMI

Harganya pun mampu milik. Pada yang berminat untuk dapatkan susu Seri Ummi Susu Formula Khusus Untuk Ibu Menyusu dan Kehamilan ni boleh hubungi agen yang kinah lampirkan di bawah ye.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Fb : Maryam Rahman
Ig : @seribella.beautyadmire
WhatsApp : +60167856070
Email : maryamrahman43@gmail.com

Saturday, 3 February 2018

Saturday, February 03, 2018

Femingra Membantu Merawat Masalah Dalaman Wanita

Femingra Membantu Merawat Masalah Dalaman Wanita | Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti meinginkan zuriat untuk menghiasi kehidupan. Namun begitu, tidak semua wanita dapat merasai peluang tersebut. Tipulah, tak mahu anak kan. Semua wanita mempunyai impian yang sama iaitu merasai pengalaman hamil, melahirkan dan membesarkan anak-anak. Orang perempuan bila ada masalah sebegini mereka agak malu untuk berkongsi mengenai masalah yang dialaminya terutama melibatkan masalah dalaman wanita untuk itu kinah nak kongsi dengan semua tentang satu produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah ni iaitu Femingra membantu merawat masalah dalaman wanita.

Biasanya masalah yang sering berlaku dalam kalangan wanita ialah berlaku hormon yang tak seimbang. Bila hormon kita tak seimbang, macam-macam masalah yang akan timbul antaranya kitaran haid yang tidak teratur. Perubahan hormon juga menyebabkan kenaikan berat badan, mudah marah, sukar untuk hamil, jerawat naik dengan cepat dan rambut gugur. Jadi, untuk mengatasi masalah tersebut, apa kata cuba dulu produk dari Femingra ni. Manalah tahu hormon kita akan stabil semula.

Femingra Membantu Merawat Masalah Dalaman Wanita

Femingra
Femingra Membantu Merawat Masalah Dalaman Wanita
Femingra dirumuskan khusus daripada 100% daripada sumber semulajadi yang organik dan terbukti dapat membantu meningkatkan libido dan tahap kesuburan wanita. Femingra ini diperkaya dengan agen perangsang hormon terbaik iaitu Pine Pollen (Debunga Pain). Femingra juga bertindak balas dengan pantas dan ianya selamat digunakan bagi wanita pelbagai peringkat usia.

Alhamdulillah, syukur sangat diperkenalkan dengan Femingra ni. Produk ni sangat best sebabnya selepas seminggu mengamalkannya dah mula nampak perubahan. Antara perubahan yang kinah alami ialah badan ni dah mula bertenaga dan lebih cergas. Bangun tidur je badan rasa ringan sangat. Mana taknya kita sebagai suri rumah ni macam-macam kerja nak dibuat, mana nak layan anak lagi, memasak, mengemas semua tu memerlukan tenaga yang banyak.

Bila amalkan Femingra ni yang paling ketara kinah nampak perubahan bila kinah dah kurang sakit pinggang, impak daripada jatuh masa sekolah dulu memberi kesan pada kinah sekarang. Sakit tu tetap ada cuma dah kurang. Hubungan suami isteri pula huhuhu tak payah cakapla kat sini. Faham sendiri sudah hehhe. Datang bulan pun dah normal, kalau tak sesuka hati dia nak datang ke tidak. Itu saja sedikit sebanyak feedback yang kinah dapat kongsikan kat sini.

KANDUNGAN FEMINGRA DAN MANFAAT KESIHATANNYA
Buah Markisa
  • Kaya dengan nutrisi, mineral dan vitamin
  • Tinggi dengan kandungan antioksida
  • Membantu meningkatkan peredaran darah
  • Melancarkan pencernaan
  • Meransang sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
 Debunga Pain
  • Mengandungi 8 jenis asid amino yang penting
  • Trend terkini dalam superfood
  • Pemulihan keinginan seksual
  • Mengembalikan stamina dan kecergasan
  • Mencegah penyakit
Horny Goat Weed
  • Merangsang libido dan daya seksual wanita
  • Menggalakkan pengaliran darah
  • Membantu mengimbangi hormon semasa PMS atau menopause
  • Mengandungi icariin yang membantu mengurangkan gejala menopause
Akar Maca
  • Afrodisiak yang hebat
  • Mengimbangi hormon
  • Meningkatkan keinginan seksual
  • Melaraskan gejala menopause seperti panas badan,  gangguan tidur,  berpeluh pada waktu malam, dan kemurungan
  • Perangsang kesuburan wanita
Manjakani
  • Mengetatkan tisu dalaman wanita
  • Menegangkan kulit
  • Terbaik untuk prolaps rahim, gejala pendarahan rahim tidak normal, masalah keputihan dan lendiran tidak normal
  • Menghapuskan bau dikawasan keintiman
  • Membantu menegangkan payudara
Habbatus sauda
  • Membantu mengawal pendarahan haid
  • Mengawal intensiti kitaran bulanan
  • Mengurangkan masalah penghadaman
  • Pelembap yang baik untuk kulit dan rambut
  • Mempunyai ciri-ciri anti-radang
  • Tinggi dengan antioksidan
Tribulus Terrestris
  • Meningkatkan prestasi seksual dan sensitiviti wanita
  • Mengurangkan gejala menopause seperti panas badan, kemurungan dan ketidakstabilan emosi
  • Mengawal insomnia, tekanan darah tinggi, cepat marah, dan hilang minat seksual
Pueraria Mirifica
  • Melegakan gejala menopause
  • Merangsang nafsu seks
  • Meningkatkan kelembapan dibahagian keintiman
  • Meningkatkan saiz payudara
  • Menggalakkan penghasilan kolagen
  • Memberi kesan awet muda
CARA PENGAMBILAN FEMINGRA YANG BETUL
Femingra
Femingra Membantu Merawat Masalah Dalaman Wanita
  1. Bancuh sepeket Femingra dengan 120 ml sama ada air suam ataupun sejuk
  2. Minum sekali sehari pada waktu pagi atau tengahari 
  3. Tidak digalakkan mengambil Femingra pada waktu malam
  4. Disyorkan mengambil Femingra pada waktu pagi ketika perut kosong bagi mempercepatkan proses penyerapan ke dalam tubuh
  5. Sangat membantu wanita yang mempunyai masalah cyst dan fibroid
Femingra
Femingra Membantu Merawat Masalah Dalaman Wanita
PERSOALAN YANG SERING DITANYA OLEH PENGGUNA IALAH
1. Apakah kesan utama hasil mengamalkan produk Femingra
  • Tahap kesuburan semakin meningkat dan peluang untuk hamil semakin tinggi, hormon tubuh badan juga kembali stabil dan libido anda semakin meningkat.
2. Bilakah kesan-kesan tersebut mula kelihatan
  • Anda akan mula lihat kesannya seawal satu minggu setelah mengamalkan secara konsisten
3. Berapa harga untuk satu kotak  dan tahan berapa lama
  • Harga asal sekotak ialah RM169.00. Terdapat 15 sachet didalamnya dan mampu bertahan sehingga 15 hari. Boleh rujuk di website, kadangkala ada promosi
4. Kalau rahim jatuh atau prolapse boleh amalkan Femingra?
  • Boleh amalkan. Bagi mereka yang ada masalah cyst juga digalakkan amalkan Femingra
5. Pada bulan puasa, sesuai minum pada waktu bila
  • Waktu puasa, Femingra diambil pada waktu sahur sebelum makan sahur

6. Kalau amalkan setiap hari memang selamat ye?
  • Ya, memang digalakkan. It will boost your energy and healthy kerana Femingra ni mampu mengembalikan kewanitaan sebenar kepada kita. Produk ini diyakini halal kerana 100% diperbuat daripada bahan organik dan telah memperoleh sijil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

AMARAN KERAS: IBU YANG MENYUSUKAN BAYI DAN MEREKA YANG SEDANG JALANI RAWATAN SILA RUJUK DOKTOR DAHULU

TESTIMONI PENGGUNA YANG BERPUAS HATI
Testimoni lain boleh lihat di SINI

Pada yang berminat nak mencuba Femingra ni, bolehlah cuba hubungi ataupun layari website yang kinah lampirkan di bawah ni. Semoga info ini memberi manfaat kepada semua.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Website : Maxwellhealth 
Facebook : Max Well Health
Instagram : @maxwellhealthmy
Email : info@maxwellhealth.com.my
No Telefon : 012-3263304

ALAMAT
MAX WELL HEALTH SDN BHD (1187418-K)
21-1, Jalan Cempaka SD12/2, Bandar Sri Damansara,
 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.