Program Rumah Transit Buat Pasangan Muda dan Belia | Nak beli rumah tapi kewangan masih belum kukuh, itulah masalah yang sering dialami oleh setiap pasangan pada masa kini tak terkecuali bagi pasangan muda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Memiliki rumah idaman memerlukan kos yang agak tinggi terutamanya bila tinggal di ibu kota metropolitan seperti Kuala Lumpur ni. Tambahan pula harga rumah sekarang boleh dikategorikan harga bukan mampu milik. Akhirnya, ramai yang menyewa sahaja.

Bila menyewa harga pulak sangat mahal. Gaji habis bayar duit sewa je. Tak lepas buat saving. Jadi, macam mana nak buat simpanan untuk masa hadapan? Tepuk dada tanya lah hati.

 Program Rumah Transit Buat Pasangan Muda dan Belia

Sumber daripada google
Mak ayah kita pada zaman dulu tak pening sangat nak cari rumah sebab pada masa dulu harga rumah masih lagi di tahap boleh mampu milik kiranya murah la jugak. Tambahan pula pada masa tu keadaan ekonomi kita bukanlah seperti sekarang ni.

Family kinah dulu pun pada mulanya kami menyewa saja. Duduk di kampung jadi harga sewa rumah pun murah masa tu. Alhamdulillah ada juga tempat kami sekeluarga berteduh. Bila kewangan keluarga dah mula kukuh barulah parents beli rumah. Alhamdulillah. Itu cerita family kinah. Nasib orang lain pulak, lain pulak ceritanya.

Tak ada impian nak beli rumah sendiri? Ada tu memang ada. Tapi tengoklah keadaan sekarang. Kebanyakan rumah yang dibina hanya mampu tengok saja. Semuanya mahal. Ada yang cecah setengah juta. Mak aiii itu sampai tua belum tentu hutang boleh habis.

Mana yang baru dapat kerja mesti ada impian nak beli rumah tapi bila nak buat pinjaman, tak lepas pulak. Hmm buntu. Sampai bila nak menyewa betul tak?
Sumber daripada google
Baru-baru ni kinah ada terbaca di surat khabar mengenai rumah transit akan dibina untuk pasangan muda yang baru kahwin dan belia. Kalau tak silap nama program tu Program Rumah Transit 1 Malaysia Kuala Lumpur (RT1M). 

Sumber daripada www.kpkt.gov.my

Ada Rumah Transit Buat Pasangan Muda dan Belia?
Haah betul, sekarang ni tengah dalam proses pembinaan. Kira-kira 10,000 buah unit rumah transit dalam tempoh tiga tahun akan datang. Banyak juga rumah transit ni ye.

Konsep Rumah Transit
Untuk pengetahuan semua, konsep rumah transit ni sebenarnya bersifat sementara yang mana ianya disewakan kepada golongan belia dan pasangan muda baru berkahwin yang tinggal di Kuala Lumpur bagi tempoh lima tahun saja dengan kadar sewa sebanyak RM800 sebulan.

Selepas tamat lima tahun kontrak, RM300 daripada bayaran bulanan tersebut akan dikembalikan. Secara tak langsung kita telah membuat simpanan dan duit tu bolehlah digunakan untuk deposit membeli rumah.

Pandangan kinah la ye, biasanya bila kita menyewa, bayaran sewa bulanan tu akan dikira hangus cuma biasanya deposit bagi bil elektrik, bil air saja akan dikembalikan. Tapi konsep sewa rumah transit bukan macam tu ye. Bagus juga inisiatif DBKL ye tempat lain tak ada lagi buat macam ni.

Sumber daripada www.kpkt.gov.my

Macam mana? Berminat nak mohon rumah transit ni? Baca dulu syarat-syarat kelayakan di bawah.

Syarat-syarat Kelayakan  Memohon Rumah Transit
Korang mesti nak tahu syarat kelayakan untuk mohon rumah transit
  • Pemohon dan pasangan semestinya warganegara Malaysia. Negara lain tak boleh ye.
  • Pemohon mestilah berumur 30 tahun dan ke bawah. 
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di Kuala Lumpur ye
  • Pemohon bekerja di Lembah Klang sahaja
  • Tidak mempunyai rekod jenayah lampau seperti mencuri, menyamun dan sebagainya.
Syarat kelayakan dah lepas, bagaimana cara memohon pulak?

Cara Permohonan
Kepada yang berminat bolehlah dapatkan borang permohonan di

Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 33, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 
03-8891 4052 / 4061

Faksimili : 
03-8891 4045

ataupun boleh layari di laman web rasmi

Pada yang layak tu mohon segera, jika ada rezeki bolehlah menyewa di rumah transit yamg disediakan oleh pihak DBKL.