Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre | Cuti sekolah baru saja bermula. Bila sampai je musim cuti sekolah ni, mesti ibu-ibu dan ayah-ayah ada plan yang best untuk anak-anak kan?. Mana tak nya inilah masa yang ada untuk mereka menghabiskan masa bersama seperti pergi bercuti. Selain pergi bercuti, ada juga parents yang dah mula membuat persiapan awal untuk anak-anak mereka sebagai persediaan untuk memasuki persekolahan untuk tahun depan, advance tu.


Siapa kat sini pernah dengar Sunfeet?
Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre

Kalau nak tahu lebih lanjut kena baca sampai habis ye.

Bila kita bercerita mengenai persiapan untuk musim persekolahan tahun depan, ni kinah nak kongsi dengan korang tentang pemilihan kasut sekolah khusus untuk anak-anak kita. Kalau korang nak tahu, pemilihan kasut sekolah yang  tidak betul sebenarnya mempengaruhi tahap kesihatan kita. Haa jadi sejak dari kecil ni la kita nak trace sama ada kaki anak kita ni ok ke tidak. 

Bagi kita yang dah dewasa ni agak sukar nak dirawat tapi dengan pemilihan kasut yang sesuai dengan keadaan kaki kita mungkin dapat membantu mengurangkan rasa sakit yang kita alami.

Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre

Baru-baru ni kinah berpeluang ke Sunfeet International Rehabilitation Center di Petaling Jaya. Seronok sebenarnya bila cuci mata kat sini. Menariknya di sini korang bukan saja sekadar pilih dan beli kasut kemudian terus balik tapi korang juga digalakkan untuk memeriksa kaki korang sama ada tapak kaki kita ni dalam keadaan normal ataupun sebaliknya. Anak-anak lagi digalakkan buat test ni, jika ada masalah dari kecil kira-kira dalam linkungan umur 4 hingga 14 tahun ni la kita boleh rawat menggunakan rawatan orthotic. Bila dah berumur ni susah la sikit.

Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre

Bila ke sini, barulah kinah tahu, rupanya ada pelbagai jenis kaki yang mungkin sebelum ni bagi kita nampak macam biasa je tapi sebenarnya itulah punca kita selalu sakit lutut, sakit belakang, sakit pinggang dan pelbagai lagi masalah lain. Jadi, kita kena bijak memilih kasut yang sesuai dengan kita, bukan hanya nampak cantik saja. Antaranya jenis kaki yang kebanyakannya dialami oleh orang kita ialah severe flat, flat, normal, severe high arch, pronated dan high arch. Hmm kaki korang jenis yang mana? Haa kalau korang nak tahu jenis kaki korang kena la buat test ni dulu.

Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre

Dah alang-alang ke sini, kinah pun buat screen test tapak kaki kinah ni sama ada normal ataupun tidak. Hasil test tersebut rupanya tapak kaki kinah ni ada la sikit tak normal. Tapi masih kira ok lagi la. Belum tahap yang serius. Barulah tahu punca kinah selalu back pain rupanya disebabkan tapak kaki. Selain tu, korang juga boleh tahu saiz kasut sebenar untuk kaki korang tu. Macam kinah, disebabkan kinah ni takde la tinggi mana jadi saiz kasut kinah 34 dan 35. 

Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre

Kebetulan pada hari tu, ada talk daripada Dato Dr. Edmund Lee. Banyak kinah dapat informasi daripada beliau betapa pentingnya penjagaan kaki bermula daripada peringkat kanak-kanak lagi. Nampaknya lepas ni kena lebih pantau kaki Thahirah tu dan kena pilih kasut yang sesuai untuknya nanti.

Antara pengisian talk dari Dato Dr Edmun Lee yang menarik perhatian kinah ialah mengenai keburukan duduk posisi W. Cuba periksa anak korang suka tak duduk posisi W tu. Kalau ada, mintak sangat-sangat jangan benarkan mereka duduk dalam keadaan begitu. Hal ini kerana bila anak kita duduk dalam posisi sebegitu masalah postur anak akan timbul di kemudian hari. Bila selalu amalkan duduk posisi W ni, akan menyebabkan kekerasan otot yang serius. Kaki pun akan menghadapi masalah juga nanti. Mintak dijauhkan semua tu.

Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre

Thahirah dulu pun suka duduk posisi W, tapi sejak jiran kinah beritahu betapa bahayanya duduk dalam keadaan macam tu, asal nampak je dia duduk macam tu kinah akan tegur dan suruh dia duduk bersila. 

Menurut cerita jiran kinah, pada masa tu anaknya terpaksa dimasukkan ke wad kanak-kanak, jiran katil sebelah anaknya baru saja menjalani pembedahan, kinah tak ingat apa nama prosedur tu tapi reason pembedahan tu disebabkan posisi duduk W tu la. Haaa bahaya tak bahaya. Kesiankanlah anak kita ni. Kalau boleh biarlah mereka membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah seperti ini.

Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre

Oh ya terlupa pulak tajuk utama kita, sempena cuti sekolah ni, pihak Sunfeet juga ada buat promosi "Back To School". So, parents yang ada plan nak cari kasut sekolah dan beg sekolah yang khusus untuk kegunaan anak bolehlah datang ke sini. Mungkin ada sesetengah individu tu rasa, mahalnya tapi kesannya untuk masa depan anak kita juga.

Antara pilihan kasut yang ada dijual di sini ialah

Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre
Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre

Terima kasih kepada Dato Dr Edmund Lee atas perkongsian yang cukup berinformasi kepada kami sebagai ibu bapa ni. Berpegang dengan tagline Healthy Feet, Healthy Kids.

Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre

Waktu Operasi

Buka setiap hari, 7 hari seminggu
masa : 10 pagi- 7 petang.

Alamat
Sunfeet International Rehabilitation Centre
Blok C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19,
46300 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No telefon
013-5283939 / 013-9122939

Website : www.sunfeet.com.my
Facebook : www.facebook.com/sunfeetinternational