Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness | Yuhuuu buat apa tu? Hari ni kinah nak kongsi dengan korang pengalaman kinah buat rawatan OxyPeel  C di DrMedispa & Wellness Jalan Reko Kajang pada malam final bola Perak lawan Kedah hari tu. Kalau korang nak tahu ni kali pertama kinah buat rawatan di sini. Apabila Dr Azirawaty tengok keadaan kulit kinah, beliau cadangkan kinah buat Oxypeel C. Hmm macam mana tu?

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness Kajang

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Kalau korang mempunyai kulit kusam macam kinah, apa kata korang cuba buat rawatan OxyPeel C ni. Pertama kali korang buat rawatan, dah mula nampak kesannya tau. Kalau korang nak tahu, di dahi kinah ni macam ada kesan tompokan putih. Lagi ketara nampak selepas mandi. Nampak sangat berkeraknya, siap boleh kikis lagi. Disebabkan itu, doktor mencadangkan OxyPeel C dilakukan ke atas wajah kinah.

Rawatan OxyPeel C tu Apa?

Hmm mungkin itu yang menjadi tanda tanya kan. Kalau nak tahu, OxyPeel C adalah rawatan di mana prosedur ini sesuai dan membantu mereka yang mempunyai masalah parut dan kulit kusam yang memerlukan eksfoliasi lapisan epidermis paling luar. Eksfoliasi ni macam pengelupasan kulit. Tapi yang ni tak menyakitkan tau. So, no worries okay.

Kelebihan Rawatan OxyPeel C di Dr Medispa &Wellness Jalan Reko Kajang

So far, kinah suka sangat dengan rawatan OxyPeel C ni. Ada banyak kelebihan bila kita jalani rawatan ni terutamanya mereka yang ada masalah parut. Antara kelebihannya ialah:
  • Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan.
  • Menghilangkan parut jeragat, kedutan, dan mengecilkan pori.
  • Menghasilkan sel kulit baru yang lebih lembut dan menghaluskan liang roma kasar atau terbuka.
  • Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit yang tak sekata
  • Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati dan mencerahkan kulit
  • Pengelupasan kulit secara menyeluruh dapat memberikan hasil yang sangat cepat dan efektif di mana dapat membaiki kulit secara lebih halus 
Kalau korang nak tahu, parut ni ada pelbagai jenis tau dan parut yang biasa kita jumpa ialah mix type iaitu kombinasi antara Box Scar, Rolling Scar,  dan Ice Pick Scar.


Rasanya korang jenis parut yang mana?

Ingat tau, kulit kita adalah bahagian tubuh yang paling sensitif dan mudah dijangkiti bakteria oleh setiap individu. Jadi, sebelum nak buat apa-apa rawatan pilihlah tempat dan nasihat dari pakar sekiranya buat rawatan atau penggunaan sesuatu produk kerana adalah penting bagi mengelakkaan isu kesihatan dan kebersihan yang tak diingini. Usah risau dengan Dr Medispa & Wellness kerana ianya adalah tempat yang sesuai dan mempunyai pengalaman lebih 3000 sesi rawatan dan di sini juga ada teknik yang berlainan untuk mereka yang ada parut dan serum yang berbeza bagi setiap individu.

Bagaimana Rawatan OxyPeel C Di Jalankan?

Tadi kinah dah senaraikan kelebihan bila kita buat rawatan Oxypeel C ni. Kali ni kinah nak kongsikan dengan korang bagaimana Oxypeel  C dilakukan ke atas wajah kita. 

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Seperti biasa, sebelum mula apa-apa rawatan, wajah kita perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada kotoran dan juga kesan make up. Ini bagi memudahkan proses yang seterusnya.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Setelah muka dibersihkan, muka kinah disapu dengan mask. Kemudian wap panas akan digunakan untuk membuka liang pori.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Selepas 10 minit muka kinah diwapkan, proses extraction bermula untuk membuang segala whitehead dan juga blackhead yang bersarang di muka dengan menggunakan mesin. Mujurlah tak guna secara manual, kalau tak mau berair mata ni haha.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Selepas proses extraction, muka kinah di sapu pula dengan vitamin c. Masa di sapu dengan vitamin c, rasa sejuk je muka. Setelah selesai, dibiarkan beberapa minit supaya vitamin c tu meresap ke dalam kulit.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Setelah itu, ini yang paling dinanti-nantikan. Kulit kinah disapu dengan sejenis cecair untuk proses peeling. Pada masa ni kulit kita akan rasa pedih-pedih dan gatal. Tapi korang jangan risau ni adalah salah satu reaction pada kulit kita. Nampak dah merah-merah dah kulit. Huhu sementara saja tu.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Kalau korang perasan di bahagian dahi kinah tu, korang akan nampak macam warna putih. Itu yang membelenggu kinah selama ni. Lepas mandi je, timbul la benda tu. Moga rawatan Oxypeel C ni dapat membantu masalah di bahagian dahi kinah tu.  Selepas itu, muka kinah dicuci dengan kain yang bersih dan disejukkan bagi mengurangkan keradangan kulit.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Setelah beberapa minit muka kinah di sejukkan, ini adalah proses yang terakhir yang mana kinah dipakaikan dengan LED Mask bagi bertujuan untuk menganjalkan kulit wajah kita.

Kinah dinasihatkan untuk tidak memakai sebarang skincare, make up selama beberapa hari. Ianya bertujuan untuk memudahkan proses pengelupasan kulit. Jadi, setiap hari kalau nak ke mana-mana kinah kena pakai sunblock je la.

Rawatan ni sebenarnya bergantung kepada keadaan kulit korang. Apa apa pun, jangan risau doktor akan advice mana satu rawatan yang sesuai dengan korang. Rawatan apa yang ada di sini, korang boleh rujuk dengan Dr Medispa & Wellness punya media sosial.

Haa korang mesti nak tahu apa akan jadi dengan kulit kinah selepas buat rawatan OxyPeel C ni kan...

Hari pertama selepas rawatan tak ada apa-apa lagi yang jadi pada kulit kinah. Cuma pada masa ni muka kita dah mula rasa tegang sedikit.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Masuk hari ke 3, masih belum ada tanda-tanda nak mengelupas. Tapi dah boleh nampak sikit kesan kehitaman di kulit kita. Kesan kehitaman tu la sel-sel kulit mati yang bertepek di wajah kita selama ni. 

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Hari ke 5, korang dah mula nampak kulit kinah dah mula mengelupas. Di bahagian dahi kinah pun dah mula kering dan kesan putih di dahi kinah lepas mandi tak macam dulu dah. Pada masa ni, di bahagian dahi belum ada lagi tanda-tanda nak mengelupas. Jadi kita biarkan lagi untuk beberapa hari lagi.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Alhamdulillah genap seminggu kulit kinah buat rawatan Oxypeel C di Dr Medispa & Wellness di Jalan Reko Kajang. Korang boleh tengok perbezaan kulit kinah dari hari ke hari dan hari ke 7 ni dah berlaku semua pengelupasan. Paling kinah suka, masalah kerak di dahi kinah 90% dah takde dan kesan parut tu dah kurang dah. Kesan sikit-sikit tu biasa la. Setiap kali lepas mandi bila rasa bahagian dahi licin je.  Tak macam dahulu. Kulit kinah pun nampak cerah dah. Semua gambar ni langsung tak guna filter tau alhamdulillah.

Kebiasaanya, rawatan perlu lebih daripada satu sesi sekiranya kulit mempunyai parut yang lebih extreme, tapi jika tiada masalah, rawatan seperti ni boleh dilakukan dua bulan sekali bagi menghilangkan kedutan dan kedutan halus di wajah pula. Lepas ni tak rasa malu sangat dah nak keluar sebab kesan di dahi kinah dah tak macam dulu. Happy sangat.

Terima Kasih Dr Medispa & Wellness

Oh ye, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai rawatan yang ada di Dr Medispa & Wellness korang boleh terus ke 

Facebook :
Instagram :

Alamat
Dr Medispa & Wellness
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral,
43000 Kajang, Malaysia

Post a Comment

24 Comments

  1. tak pernah cuba lah nt nak pegi lah survey.. tq utk info ya

    ReplyDelete
  2. Wahhh menariknya testimoni ni. Detailed! First time sebenarnya dengar tentang OxyPeel ni. Tapi sebelum ni pun selalu dengar komen daripada kawan-kawan yang ke Dr Medispa dan rata-rata memang puas hati dengan hasil kerja diorang. Kemas, selesa dan yang paling penting berkesan. Terima kasih atas perkongsian!

    ReplyDelete
  3. Mcm menarik pula treatment ni. Byk plak review psl medispa ni. Tp elok kalau continur pakej treatment dia kan

    ReplyDelete
  4. Kali ke2 aida baca pasal rawatan ni.
    Menarik. Nak kena terjah fb nyer. Nak tau brape harga.
    Harap affordable lah kan.
    Dah agak lama jugak aida x manja kan muka ni. Gi facial. Asyik la xde masa...

    ReplyDelete
  5. biasa jugak dengar pasal medispa nih , katanya memang bagus ..tapi tak pernah cuba lagi ...maybe next time sebab saya suka jugak buat facial kat spa

    ReplyDelete
  6. baca entry kinah ni, dh lama tak buat facial..kulit muka ni dah kasar2 ni..kalau part facial ni, paling tak tahan masa extraction..kalau guna mesin, best..kalau manual, menangis smpai abis proses extraction..haha

    ReplyDelete
  7. Wowww bestnya tgok muka kinah lps buat rawatan. Dr dulu teringin nak pergi tapi takut, lps tgok kinah buat terasa pulak nak cuba rawatan kat sana..:)

    ReplyDelete
  8. memang nampak beza lepa terima rawatan kat sini..nampak hilang parut tu...nanti bolehlah datang ke sini kebetulan kit ammg ada parut lama yg nak kasi tanggal hehe

    ReplyDelete
  9. Hebat juga ya rawatan tu untuk hilangkan parut. Saya biasanya akan gunakan minyak zaitun yang diproses dengan perahan sejuk untuk elak kesan parut kat anak2. Cuma tu la, minyak zaitun perahan sejuk ni mahal coz tak sama dengan minyak zaitun perahan panas yg biasa digunakan untuk masakan. Apa pun nice sharing :)

    ReplyDelete
  10. Dapat buat rawatan macam ni selalukan best. Dapat juga kulit ni dibersihkan dan boleh tahu kondisi kulit sebelum treatment dan selepas.. mesti rasa lapang je muka lepas facial kannnn

    ReplyDelete
  11. bgus sekali sekala kit apergi spa buat rawatan kulit kan..ada duit lebih, why not kita nak cantikkan muka pergi tempat macam ni..not bad tengok kinah buat ni..parut-parut memng sush nak hilang semua..kalau pegi sini, elok juga..tengok kinah puny amuka pun elok je

    ReplyDelete
  12. wah nampak beza sebelum & selepas tu. ni kalu amal selalu tiap minggu mesti kulit muka jadi bersih, awet muda & kekal lembut. Oh BBL pernah jugak pergi sini tapi cawangan ampang la. Banyak rawatan dorang offer depends masalah kulit kan

    ReplyDelete
  13. Suka tengok result selepas buat rawatan at Oxypeel ni. Nampak kesan dia dan kulit makin elok dan bersih. Rasa nak pergi juga buat rawatan kat sini.

    ReplyDelete
  14. Kite pun dah 2 kali kesini. Best! Tempat selesa dan paling staff friendly and banyak share info pasal kulit. Soon nk cuba datang lagi. hehehe

    ReplyDelete
  15. Sakit tak yang menggelupas tu.. Kita duk buat kt hanan medispa.. Tpi dah lupa dah rawatan apa.. Nnt nk kena check blik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mengelupas tu tak sakit pun. Cuma masa rawatan tu je la masa disapu dengan cecair untuk peeling tu agak pedih dan gatal sikit

      Delete
  16. What's up, just wanted to tell you, I liked this blog post.
    It was practical. Keep on posting!

    ReplyDelete
  17. Kita tertarik laaa dengan rawatan ni. Nampak perbezaannya. Hilang ehh kesan parut kulit tak sihat tu.. Tapi pedih tak pengelupasan kulit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mengelupas tak pedih pun. Biarkan dia mengelupas dengan sendiri. Kat dahi tu masa mengelupas tebal betul kulit tak sihat tu. Next time boleh buat lagi. Cubalah nanti. Sebelum buat, doktor akan periksa dulu keadaan kulit kita baru dia proceed nak buat rawatan apa😊

      Delete
  18. WAH kinah! bestnya.. sesekali manjakan diri mcm ni ok seronokkk sgt kan?! tq utk info ni... so far lepas buat mmg menjadi eh kinah... rasa nk cuba jugalah

    ReplyDelete
  19. Serious mula terus nmpk pelawless! Cantik la! Dah dgr bnyk testimoni bagus pasal medispa ni. Insyallah kita pun dpt buat treatment dkt sana satu hari nnti. Nk muka glowy glowy mcm kinah jugak

    ReplyDelete
  20. Bestnya dpt buat rawatan wajah, Kak mmg suka sbb relex bila wajah dibelai and muka kita6npk gliwing6blk

    ReplyDelete
  21. waa..bestnya dapat memanjakan wajah macam ni..

    ReplyDelete
  22. Greetings from Ohio! I'm bored to death at work so I decided
    to browse your site on my iphone during lunch break.

    I love the info you provide here and can't wait to take a look
    when I get home. I'm amazed at how quick your blog loaded on my mobile ..
    I'm not even using WIFI, just 3G .. Anyways, great blog!

    ReplyDelete