Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness | Yuhuuu buat apa tu? Hari ni kinah nak kongsi dengan korang pengalaman kinah buat rawatan OxyPeel  C di DrMedispa & Wellness Jalan Reko Kajang pada malam final bola Perak lawan Kedah hari tu. Kalau korang nak tahu ni kali pertama kinah buat rawatan di sini. Apabila Dr Azirawaty tengok keadaan kulit kinah, beliau cadangkan kinah buat Oxypeel C. Hmm macam mana tu?

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness Kajang

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Kalau korang mempunyai kulit kusam macam kinah, apa kata korang cuba buat rawatan OxyPeel C ni. Pertama kali korang buat rawatan, dah mula nampak kesannya tau. Kalau korang nak tahu, di dahi kinah ni macam ada kesan tompokan putih. Lagi ketara nampak selepas mandi. Nampak sangat berkeraknya, siap boleh kikis lagi. Disebabkan itu, doktor mencadangkan OxyPeel C dilakukan ke atas wajah kinah.

Rawatan OxyPeel C tu Apa?

Hmm mungkin itu yang menjadi tanda tanya kan. Kalau nak tahu, OxyPeel C adalah rawatan di mana prosedur ini sesuai dan membantu mereka yang mempunyai masalah parut dan kulit kusam yang memerlukan eksfoliasi lapisan epidermis paling luar. Eksfoliasi ni macam pengelupasan kulit. Tapi yang ni tak menyakitkan tau. So, no worries okay.

Kelebihan Rawatan OxyPeel C di Dr Medispa &Wellness Jalan Reko Kajang

So far, kinah suka sangat dengan rawatan OxyPeel C ni. Ada banyak kelebihan bila kita jalani rawatan ni terutamanya mereka yang ada masalah parut. Antara kelebihannya ialah:
  • Menghilangkan parut jerawat dan segala jenis parut dengan cepat dan berkesan.
  • Menghilangkan parut jeragat, kedutan, dan mengecilkan pori.
  • Menghasilkan sel kulit baru yang lebih lembut dan menghaluskan liang roma kasar atau terbuka.
  • Memperbaiki tekstur kulit dan tona kulit yang tak sekata
  • Menghasilkan kolagen kulit, membuang sel-sel kulit mati dan mencerahkan kulit
  • Pengelupasan kulit secara menyeluruh dapat memberikan hasil yang sangat cepat dan efektif di mana dapat membaiki kulit secara lebih halus 
Kalau korang nak tahu, parut ni ada pelbagai jenis tau dan parut yang biasa kita jumpa ialah mix type iaitu kombinasi antara Box Scar, Rolling Scar,  dan Ice Pick Scar.


Rasanya korang jenis parut yang mana?

Ingat tau, kulit kita adalah bahagian tubuh yang paling sensitif dan mudah dijangkiti bakteria oleh setiap individu. Jadi, sebelum nak buat apa-apa rawatan pilihlah tempat dan nasihat dari pakar sekiranya buat rawatan atau penggunaan sesuatu produk kerana adalah penting bagi mengelakkaan isu kesihatan dan kebersihan yang tak diingini. Usah risau dengan Dr Medispa & Wellness kerana ianya adalah tempat yang sesuai dan mempunyai pengalaman lebih 3000 sesi rawatan dan di sini juga ada teknik yang berlainan untuk mereka yang ada parut dan serum yang berbeza bagi setiap individu.

Bagaimana Rawatan OxyPeel C Di Jalankan?

Tadi kinah dah senaraikan kelebihan bila kita buat rawatan Oxypeel C ni. Kali ni kinah nak kongsikan dengan korang bagaimana Oxypeel  C dilakukan ke atas wajah kita. 

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Seperti biasa, sebelum mula apa-apa rawatan, wajah kita perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada kotoran dan juga kesan make up. Ini bagi memudahkan proses yang seterusnya.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Setelah muka dibersihkan, muka kinah disapu dengan mask. Kemudian wap panas akan digunakan untuk membuka liang pori.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Selepas 10 minit muka kinah diwapkan, proses extraction bermula untuk membuang segala whitehead dan juga blackhead yang bersarang di muka dengan menggunakan mesin. Mujurlah tak guna secara manual, kalau tak mau berair mata ni haha.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Selepas proses extraction, muka kinah di sapu pula dengan vitamin c. Masa di sapu dengan vitamin c, rasa sejuk je muka. Setelah selesai, dibiarkan beberapa minit supaya vitamin c tu meresap ke dalam kulit.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Setelah itu, ini yang paling dinanti-nantikan. Kulit kinah disapu dengan sejenis cecair untuk proses peeling. Pada masa ni kulit kita akan rasa pedih-pedih dan gatal. Tapi korang jangan risau ni adalah salah satu reaction pada kulit kita. Nampak dah merah-merah dah kulit. Huhu sementara saja tu.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Kalau korang perasan di bahagian dahi kinah tu, korang akan nampak macam warna putih. Itu yang membelenggu kinah selama ni. Lepas mandi je, timbul la benda tu. Moga rawatan Oxypeel C ni dapat membantu masalah di bahagian dahi kinah tu.  Selepas itu, muka kinah dicuci dengan kain yang bersih dan disejukkan bagi mengurangkan keradangan kulit.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Setelah beberapa minit muka kinah di sejukkan, ini adalah proses yang terakhir yang mana kinah dipakaikan dengan LED Mask bagi bertujuan untuk menganjalkan kulit wajah kita.

Kinah dinasihatkan untuk tidak memakai sebarang skincare, make up selama beberapa hari. Ianya bertujuan untuk memudahkan proses pengelupasan kulit. Jadi, setiap hari kalau nak ke mana-mana kinah kena pakai sunblock je la.

Rawatan ni sebenarnya bergantung kepada keadaan kulit korang. Apa apa pun, jangan risau doktor akan advice mana satu rawatan yang sesuai dengan korang. Rawatan apa yang ada di sini, korang boleh rujuk dengan Dr Medispa & Wellness punya media sosial.

Haa korang mesti nak tahu apa akan jadi dengan kulit kinah selepas buat rawatan OxyPeel C ni kan...

Hari pertama selepas rawatan tak ada apa-apa lagi yang jadi pada kulit kinah. Cuma pada masa ni muka kita dah mula rasa tegang sedikit.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Masuk hari ke 3, masih belum ada tanda-tanda nak mengelupas. Tapi dah boleh nampak sikit kesan kehitaman di kulit kita. Kesan kehitaman tu la sel-sel kulit mati yang bertepek di wajah kita selama ni. 

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Hari ke 5, korang dah mula nampak kulit kinah dah mula mengelupas. Di bahagian dahi kinah pun dah mula kering dan kesan putih di dahi kinah lepas mandi tak macam dulu dah. Pada masa ni, di bahagian dahi belum ada lagi tanda-tanda nak mengelupas. Jadi kita biarkan lagi untuk beberapa hari lagi.

Buat Rawatan OxyPeel C Untuk Merawat Parut Di Dr Medispa & Wellness

Alhamdulillah genap seminggu kulit kinah buat rawatan Oxypeel C di Dr Medispa & Wellness di Jalan Reko Kajang. Korang boleh tengok perbezaan kulit kinah dari hari ke hari dan hari ke 7 ni dah berlaku semua pengelupasan. Paling kinah suka, masalah kerak di dahi kinah 90% dah takde dan kesan parut tu dah kurang dah. Kesan sikit-sikit tu biasa la. Setiap kali lepas mandi bila rasa bahagian dahi licin je.  Tak macam dahulu. Kulit kinah pun nampak cerah dah. Semua gambar ni langsung tak guna filter tau alhamdulillah.

Kebiasaanya, rawatan perlu lebih daripada satu sesi sekiranya kulit mempunyai parut yang lebih extreme, tapi jika tiada masalah, rawatan seperti ni boleh dilakukan dua bulan sekali bagi menghilangkan kedutan dan kedutan halus di wajah pula. Lepas ni tak rasa malu sangat dah nak keluar sebab kesan di dahi kinah dah tak macam dulu. Happy sangat.

Terima Kasih Dr Medispa & Wellness

Oh ye, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai rawatan yang ada di Dr Medispa & Wellness korang boleh terus ke 

Facebook :
Instagram :

Alamat
Dr Medispa & Wellness
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral,
43000 Kajang, Malaysia