Misi Mencari Bunga Hydrangea atau Bunga Kembang 3 Bulan

Misi Mencari Bunga Hydrangea atau Bunga Kembang 3 Bulan | Sejak pindah ke rumah landed ni, mula lah pasang hajat nak ada taman bunga mini sendiri.  Walaupun tanah belakang tu takde la besar mana pun. Tanah belakang rumah tu, yop nak buat kebun. Kiranya kalau nak guna untuk masak, tinggal nak petik je huhu. Bahagian depan takde tanah dah. Semuanya dah bersimen. Tapi kami tetap jugak nak ada pokok bunga penyeri mata.

Misi Mencari Bunga Hydrangea atau Bunga Kembang 3 Bulan 

Kalau dulu masa duduk dekat rumah flat, kawasan agak terhad. Memang tak dapat la nak bercucuk tanam bagai ni. Baru-baru ni balik ke Simpang Pulai, masa tengah santai-santai mak pulak bukak cerita akan hal bunga kembang 3 bulan. Kita yang dengar ni pun teruja la jugak, dan terus google macam mana rupa bunga kembang 3 bulan atau nama saintifiknya Hydrangea.
Bunga Hydrangea, bunga kembang 3 bulan, bunga Siti Zubaidah
Sumber: www.kompasiana.com
Serius cantik juga rupanya bunga kembang 3 bulan ni. Warna bunganya akan bertukar warna mengikut PH tanah yang kita guna. Mak kata, ada la juga dia tanya nursery yang berdekatan dengan rumah, tapi takde yang jual pun bunga tu. Orang nursery kata bunga idaman mak tu banyak kat Sungai Buluh. Sebelum ni, mak pernah tanam pokok tu, tapi tak lama. Tiba-tiba je mati, mungkin disebabkan faktor tanah yang digunakan. Mak punyala berharap kinah carikan pokok idamannya tu.
Bunga Hydrangea, bunga kembang 3 bulan, bunga Siti Zubaidah
Kedai pertama kami terjah di Sungai Buluh
Dah kita ni duduk dekat Selangor, jadi mak suruh la kinah survey nursery di Sungai Buluh tu. Bila hari yop off, kitorang mulakan misi cari bunga kembang 3 bulan atau orang kat Malaysia ni gelarkannya Siti Zubaidah. Entah mana la diorang dapat idea letak nama Siti Zubaidah.

Dari satu kedai ke kedai, akhirnya ada satu kedai ni ada jual. Katanya pokok tu jenis kampung, bukan dari Cameron Highlands. Kata nyonya tu la. Tapi pokok yang ni ada satu je kat kedai nyonya ni. Kitorang rembat je la. Lagipun kecik lagi pokok tu. Ada satu je, untuk mak dan makcik takde pulak. 

Jadi, kitorang gerak ke kedai depan lagi. Alhmdulillah ada jugak bunga tu. Turun je dari kereta dah nampak dah pokok tu. Seronok bukan kepalang kami.
Bunga Hydrangea, bunga kembang 3 bulan, bunga Siti Zubaidah
Ada orang penat cari bunga untuk opah
Kalau korang nak tahu, pokok Cik Bedah ni kalau beli di Cameron Highlands dan bawak balik ke tempat kita sekali tu je la berbunga. Tu kata orang la. Tapi ada juga orang, pokok dia berbunga lagi walaupun beli dari Cameron. Dah rezeki dia kan.

Bila dah dengar nyonya tu kata ni pokok kampung punya, kinah pun ambik 3 pasu sekali. Satu pasu untuk mak, untuk kinah dan satu lagi pasu mak sedara kinah punya. Harganya pun boleh tahan rabak jugak la poket sebab pokok tu dah keluar putik bunga. Kami lepas beli je terus hantar pokok kami kat rumah dulu, dan bersiap baju apa semua kemudian hantar pokok untuk mak terus.
Bunga Hydrangea, bunga kembang 3 bulan, bunga Siti Zubaidah
3 pasu ni kami borong
Sampai je kat rumah mak, mak kata daun pokok kembang 3 bulan ni macam Cameron punya. Alamak, takkan la kot. Mak cuma risau, dia berbunga sekali tu je la. Adeiiii kinah harap sangat la pokok tu akan berbunga lagi. Hmmm korang yang pernah beli bunga Hydrangea di Sungai Buluh tu, boleh berbunga lagi tak? Atau bunga sekali tu je?

Bila mak kata pokok yang kinah beli tu pokok dari Cameron Highlands, mula lah kinah pergi google, macam-macam kinah cari. Cara penjagaan pokok hydrangea, guna baja apa. Macam-macam lagi lah dan semestinya kinah cari perbezaan daun hydrangea kampung dan Cameron Highlands.

Daun Hydrangea Kampung, daunnya berbentuk tirus, manakala daun Hydrangea dari Cameron Highlands agak lebar, dan warna hijaunya pekat. Ahhh sudah, kena tipu dengan nyonya tu ke... Jeng jeng jeng. Mudah mudahan pokok bunga kembang 3 bulan kami ni akan berbunga lagi lepas ni. Itupun mak dah pesan, jangan lupa cari lagi pokok tu. Tapi yang kampung punya hahah. Aduiii... Ha iyelah mak. Nanti time gaji nanti kitorang cari lagi hehe.
Bunga Hydrangea, bunga kembang 3 bulan, bunga Siti Zubaidah
Bunga ni la dibelek setiap hari
Psss nanti dah keluar bunga nanti kinah update ye. Ishhh tak sabor nak tengok pokok tu berbunga hehe. Hari-hari kot belek dan sembang dengan pokok tu.









Post a Comment

7 Comments

  1. Memang selalu kalau beli pokok bunga dekat Cameron, jangka hayat dia tak lama.. Berbunga sekali je, lepas luruh semua bunga pokok pun mati.. Tapi ada juga yang tahan lama.. mungkin kena tengok suhu tempat kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bunga ni kinah beli dekat nursery Sungai Buluh.. Confius kinah

      Delete
  2. mesti cantk kejadiannya nanti...takpe, kinah jaga leklok, buh baja bila perlu..mudah2an dia nak berbunga lagi kalo tuan dia baik hati...hihi

    ReplyDelete
  3. cantiknya...biasanya kalau bunga² ni mak nieyl suka laa..

    ReplyDelete
  4. Cantik bunga nya.. Tp nak menjadi tu susah jugak ye, bartabah la sis.. Lame2 nti berbunga la semula tu..

    ReplyDelete
  5. dah kembang mesti cantik. renek je pokoknya ni. harap terus membesar dan berbunga lagi nanti.

    ReplyDelete
  6. Saya beli di cameron memang sekali masa beli tu je berbunga. Tapi pokoknya masih hidup subur berdaun sahaja hg hari ni. Dah 3-4 thn rasanya beli

    ReplyDelete