Wednesday, 11 December 2019

Ketuat Tanggal Selepas Guna Mole Cream + Serum Iriaz

Ketuat Tanggal Selepas Guna Mole Cream + Serum Iriaz | Kalau korang masih ingat lagi kinah pernah cerita dengan korang pasal ketuat tumbuh di muka kinah. Masa tu kinah terima banyak komen yang kebanyakan jarang la tengok ketuat di muka. Selalunya ketuat ni naik di jari tangan atau pun kaki je.

Sebenarnya agak lama jugak si ketuat tu bertepek di muka ni. Pernah try krim beli di farmasi, tapi takde ape effect pun. Cari cara buang ketuat pun sudah. Tapi masih tiada apa-apa kesan pun. Malu kot benda tu ada di muka.

Sana sini kinah search, ubat ketuat yang mujarab, last kinah ternampak set rawatan Iriaz ni. Kebetulan tengah ada bajet, kinah beli satu set rawatan Mole Cream + Scar serum jenama Iriaz di Shopee.

Macam biasa la sebelum beli sesuatu barang di Shopee kinah suka baca dulu review dari pembeli sebelum ni. Kebanyakannya bagi feedback yang positif.  Tak fikir panjang dah, kinah terus order.

Alhamdulillah, cepat je sampai, hari ni order esok dah sampai. Apa yang kinah ceritakan ni adalah pengalaman sendiri tau.

Ketuat Tanggal Selepas Guna Mole Cream + Serum Iriaz

Ubat ketuat untuk muka, ubat ketuat, iriaz
Ni lah dia set rawatan mole cream + scar serum iriaz tu. Comel je bendanya. Botol warna biru tu mole cream, botol sebelahnya tu adalah serum. 
Ubat ketuat untuk muka, ubat ketuat, iriaz
Hari Pertama kinah guna Mole Cream dahulu. Mengikut arahan yang diberikan, celup lidi yang diberi kemudian titiskan dikawasan yang bermasalah sahaja.

Biarkannya sehingga satu jam kemudian bilas atau pun lap dengan tisu basah. Pedih dia tak usah kata. Tahan je la. Nak elok cepat kena tahan. Cukup masa kinah bilas dengan air. Dah kering kinah sapu lagi. Sampai 3 kali.. Walaupun agak  pedih tahan je.

Baca Juga Di Sini : Ku Sangka Jerawat Rupanya Ketuat

Hari kedua kinah guna Mole Cream Iriaz, dah nampak kecut sikit siketuat tu. Awal pagi kinah dah sapu mole cream. Kiranya dah 4 kali kinah sapu mole cream ni. Guess what, masa nak ke bilik air, saje je la pegang tempat tu, tetiba rasa senang nak tanggal.

Ehh dah tanggal la ketuat ni. Alhamdulillah, baru 4 kali sapu dah tanggal. Kawasan ketuat tu berlubang macam kawah. Kinah tau, masih ada lagi baki ketuat tu. Tapi kinah bagi yang berkawah tu kering dulu baru sapu semula kawasan tu.

Tengok gambar dibawah, selepas kinah guna set iriaz ni. 
Ubat ketuat untuk muka, ubat ketuat, iriaz
Bila ketuat dah tanggal sepenuhnya, kinah guna pula scar serum untuk memulihkan kawasan yang terjejas tu. Sapu je la di tempat bekas ketuat tu. Tiga kali sehari kinah sapu serum pada bekas ketuat tu. Bila guna serum tu, tapak ketuat tu cepat je kering.

Tapi kinah tak puas hati lagi sebab rasa masih ada lagi sisa ketuat tu. Setiap kali kawasan berlubang tu dah kering, kinah titiskan lagi mole cream tu, memang betul, ada sikit lagi ketuat yang tertinggal. 
Ubat ketuat untuk muka, ubat ketuat, iriaz
Alhamdulillah, sekarang ni muka kinah dah bebas dari ketuat. Cuma parut tu masih ada lagi kelihatan, tapi tak ketara sangat dah. Parut tu nanti kinah usahakan dengan cara lain pulak. Terima kasih Iriaz. 
Ubat ketuat untuk muka, ubat ketuat, iriaz
Oh ye, mole cream iriaz ni bukan saja untuk ketuat saja, kutil, tahi lalat pun boleh guna. Korang nak beli search je dekat shopee. 



10 comments:

  1. pernah guna ubat macam ni tapi rasanya jenama lain.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah jumpa yang serasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mujurlah serasi yang ni. Berbaloi beli😁

      Delete
  3. First time akak dengar ketuat tumbuh di muka. Memangbstress kalau tumbuh ketuat ni. Payah nau nak hilangkan. Nampak bagus produk ni. Memnag nampak ketara sebelum dan selepas pakai. Ketuat pun tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sekali dia melekat ambik masa juga la nak hilangkan. Next time, dah tau la nak guna produk apa kan.

      Delete
  4. Serum yang menarik.. Boleh Sha cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serum dia.pun best. Mana tempat ada parut sapu je. InsyaAllah ok

      Delete
  5. Alhamdulillah dapat nyah ketuat tu kan Kinah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak. Lega dapat buang dia. Kalau tak rimas la tengok benda tu bertepek di muka

      Delete