Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab

Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab | Walaupun berhijab, aspek kebersihan perlu juga dititikberatkan terutama sekali di bahagian rambut dan kulit kepala. Jika dibiarkan mulalah rambut kita akan ada masalah seperti berbau, kelemumur dan paling teruk keguguran rambut. Stress oii bila banyak rambut yang gugur ni.

Selari dengan perkembangan semasa pada masa kini, setelah menjalani proses R&D akhirnya, Safi kini telah melancarkan satu lagi rangkaian syampu Safi Shayla yang sepertimana kita tahu khusus buat mereka yang berhijab iaitu Safi Shayla Botani Silk. Tak berhijab pun boleh juga pakai rangkaian Safi Shayla Botani Silk ni.

Safi Shayla Botani Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab

Syampu Safi, syampu safi shayla, safi shayla, syampu safi shayla botanical silk, safi botanical silk, syampu safi botol hijau
Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab

Bila tahu Safi mengeluarkan rangkaian Safi Shayla Botani Silk, kinah terus dapatkan 3 varian syampu Safi Shayla Botanical Silk iaitu Safi Shayla Botanical Silk Silky Sheen Care, Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue, Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment. Kenapa sampai 3 botol sekali kinah beli? Sebabnya ada banyak manfaat dan kebaikan setiap botol ni mengikut jenis masalah rambut kita.


Mengapa Safi Shayla Botani Silk Perlu Dimiliki Oleh Wanita

Kenapa kinah kata rangkaian Safi Shayla yang baru ni perlu dimiliki oleh wanita kerana ianya diformulasi 100% daripada Aktif Botanical dan apa yang penting ianya 0% Paraben dan semestinya halal. Apa yang best dengan syampu safi yang baru ni, baunya kekal harum di kepala selama 48 jam tau. Mak kinah pun dah cuba syampu ni dan dia sendiri akui rambutnya wangi je hehe. Kalau korang tak percaya korang kena cuba sendiri.

Satu lagi sebab mengapa syampu safi botanical silk perlu dimiliki oleh wanita kerana ramuan yang digunakan seperti organic habbatus sauda serta minyak argan yang begitu kaya dengan nutrien dan mampu


Syampu Safi Shayla Botani Silk Silky Sheen Care

Syampu Safi, syampu safi shayla, safi shayla, syampu safi shayla botanical silk, safi botanical silk, syampu safi botol hijau
Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab

Botol hijau yang dihiasi dengan bunga ros pink ni diformulasi khusus buat mereka yang mengalami masalah rambut kering, susah diurus dan kusam. Mengandungi pati organik Habbatus Sauda, minyak argan dan pati minyak bunga ros yang mana ketiga-tiga ramuan ini dikatakan dapat membantu mengembalikan kelembapan rambut secara semulajadi, mengembalikan sinaran rambut, menguatkan rambut serta rambut lebih mudah diurus.


Syampu Safi Shayla Botani Silk Hair Fall Rescue

Syampu Safi, syampu safi shayla, safi shayla, syampu safi shayla botanical silk, safi botanical silk, syampu safi botol hijau
Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut kering dan rambut gugur, korang perlu cuba Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue ni. Mengandungi organik Habbatus Sauda, minyak argan serta minyak bunga matahari yang membekalkan khasiat emolin secara semulajadi. Ramuan yang telah diformulasi ni dapat membantu merawat rambut gugur serta menguatkan akar rambut. InsyaAllah dengan penggunaan secara konsisten, masalah rambut rapuh dan gugur akan berkurangan.


Syampu Safi Shayla Botani Silk Intense Nourishment

Syampu Safi, syampu safi shayla, safi shayla, syampu safi shayla botanical silk, safi botanical silk, syampu safi botol hijau
Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab

Varian yang ketiga ialah sesuai bagi mereka yang mengalami masalah rambut kering dan rosak. Rambut kering dan rosak ni biasa terjadi akibat penggunaan pengering rambut terlalu lama. Jadi, bagi membantu atasi masalah ni, korang perlu cuba Safi Shayla Botanical Silk Intense Nourishment. Mengandungi organik Habbatus Sauda, minyak argan serta minyak chamomile. Dipercayai kandungan minyak chamomile dapat membantu melembapkan serta memberi kesuburan semula kepada rambut dan dengan itu rambut akan lebih lembut dan lebih sihat.


Cara Penggunaan Rangkaian Safi Shayla Botanical Silk

Mudah saja nak guna syampu Safi Shayla Botanical Silk ni. Hanya pam mengikut keperluan rambut, kemudian ratakan syampu pada rambut basah, urut kepala dan kalau ikut style kinah, kinah biarkan dulu syampu dalam beberapa minit, kemudian baru bilas dengan air sehingga bersih.

Syampu Safi, syampu safi shayla, safi shayla, syampu safi shayla botanical silk, safi botanical silk, syampu safi botol hijau
Safi Shayla Botanical Silk Rangkaian Syampu Khusus Buat Wanita Berhijab

Kinah dah cuba Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue tu. Bau dia wangi sangat. Rambut pun lebih mudah diurus dan paling best baunya tahan lama ok. Bila pakai buka tudung lepas pakai sepanjang hari, baunya masih wangi dan masih segar. Akhirnya jumpa jugak syampu yang serasi. Terima kasih Safi.

Korang yang nak mencuba rangkaian Safi Shayla Botanical Silk ni, dah boleh dapatkan di semua rangkaian hypermarket, Shopee, Lazada dan farmasi.

Untuk maklumat lanjut boleh layari website https://safi.com.my/


Post a Comment

2 Comments

  1. mmg pakai syampu safi shayla..ni yg br ye..nanti bole try

    ReplyDelete