Dugaan Mengandung Kali Kedua

Dugaaan Mengandung Kali Kedua | Alhamdulillah, kandungan kinah sekarang dah berusia 18 minggu lagi 2 minggu lagi dah nak 5 bulan. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je bukak buku semalam. Sebenarnya, kandungan yang kedua ni kami tak pernah plan pun. Rezeki daripada Allah dan mungkin juga kami dah bersedia untuk tambah ahli keluarga lagi, alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga cita-cita Thahirah nak jadi kakak. Jarak antara Thahirah dengan bakal adiknya ni dalam 5 tahun. Satu tempoh yang agak lama.

Corat coret mengandung, risiko mengandung, mengandung

Mengapa tempoh 5 tahun? Lama sangat tu.

Sebelum ni ramai juga yang bertanya, "ehh tak nak tambah sorang lagi ke?". Pada masa tu kinah hanya mampu senyum je. Jawapan kinah simple je, ada la tu nanti rezeki Allah bagi. Selain belum ada rezeki, sebenarnya kinah masih trauma ketika melahirkan Thahirah dulu dan doktor minta jarakkan kehamilan disebabkan risiko yang kinah alami masa mengandung dulu. Ada sebab mengapa doktor suruh jarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 2 tahun. Tapi kami dah lajak 5 tahun.

Setiap kali pergi appointment Thahirah di KKIA misi selalu kata "dah boleh tambah sorang lagi dah ibu". Kinah pun senyum je la. Kalau ada tu, ada la. 

Bila baca pengalaman orang lain, setiap anak lain pengalamannya, ada yang mudah, ada  juga yang susah, ada yang sampai kena ceaser. Kandungan kinah kali ni takde beza dengan kandungan pertama 5 tahun yang lepas. Kedua-duanya kinah mengalami risiko, dengan tekanan darah tinggi, dan kencing manis ketika hamil. Setakat ni, alhamdulillah kedua-duanya masih under control lagi.

Terbaru ni, pakar di Selayang kesan nadi kinah agak laju. Pakar check sama ada , ada bengak di tengkuk atau pun tidak tapi tak ada bengkak pun. Buat ECG, result dia abnormal. Nak tak nak kena refer dengan medical pulak dah bulan Mei nanti. Masa baru lepas bersalinkan Thahirah, di labour room, doktor ada nampak nadi masa tu agak laju siap ambik darah lagi untuk tengok apa masalahnya. Keputusan ujian darah tu, takde apa pun. So kes pun tutup je la. Ni pun baru 4 bulan dah laju nadi ni.

Bila doktor di KKIA review semula apa yang pakar di Selayang tulis di buku pink tu, nadi awak ni masih dibawah normal. Belum sampai tahap 140 atau 150. Jika berada dalam linkungan tu, memang ada masalah dengan jantung. InsyaAllah takde apa-apa. Cuma nasihat doktor banyakkan minum air kosong dan control jalan tu. Jangan laju sangat jalan, awak tu mengandung huhu. Dah biasa jalan laju, gini lah hehe. Buku pink pun dah tukar warna sticker, dari warna hijau ke warna kuning. Hanya mampu huhu je la.

Inilah dugaannya bila kinah hamil kali kedua ni, dengan musim Covid-19 lagi,  nak pergi check up, kena buat saringan dulu dan wajib pakai mask.  Mask pulak susah nak dapat pulak time gini. Mujurlah ada insan yang baik hati bagi mask pada kami. Iyelah golongan ibu mengandung seperti kami ni, lebih mudah dan berisiko untuk dapat penyakit, jadi kenalah sentiasa pakai mask tu walaupun tak berapa selesa. 

Tergerak hati nak coret di sini untuk kenangan akan datang. InsyaAllah bila ada mood rajin datang lagi kinah update lain pulak. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari penyakit bahaya tu. Amiin




Post a Comment

9 Comments

  1. Take care kinah.. dugaan org lain2 bila mengandung. Sama la dgn kak liez.. actually ada je story tapi xsempat2 nak luah dlm blog.. insyaALLAH sebelum bersalin kak liez nak coretkan

    ReplyDelete
  2. Take care Kinah and baby. Moga baik baik saja semuanya :)

    ReplyDelete
  3. semoga Allah permudahkan semuanya untuk akak

    ReplyDelete
  4. jaga diri kinah, lagi2 musim macam ni... in shaa Allah baik-baik saja sampai bersalin nanti.. ^^

    ReplyDelete
  5. Semoga selamat melahirkan. Semua anak memang lain2 risiko untuk melahirkan. Kita dulu pun 2-2 darah tinggi nak 200..tak boleh stress. Kena tenang2 saja...

    ReplyDelete
  6. lahh kinah mengandung. Sorry tatau. Tahniah tau awak. Moga urusan mengandung,bersalin dan berpantang dipermudahkan kelak. Take care.. jangan stress.

    ReplyDelete
  7. Take care Kinah. Biasalah kan bila preggy ni macam macam kita kena hadapkan Kinah. Hanya mampu bertabah sajalah. Akak pun masa preggy yang bongsu ni tka pernah ada gdm, tiba tiba ada. Tak pernah mild anemia pun ada. Hahaha..

    ReplyDelete
  8. tahniah kinah... insyaAllah semuanya di permudahkan .. bykkan berdoa ya ^_^

    ReplyDelete
  9. take care kinah. tak tau pun pregnen..tahniah..

    ReplyDelete