Monday, 20 April 2020

Resipi Minuman Viral Paddle Pop Melon Lime Fizzy

Resipi Minuman Viral Paddle Pop Melon Lime Fizzy | Baru-baru ni kinah mencuba satu resepi minuman yang berkhasiat dan menyegarkan. Sesuai sangat la dibuat minuman untuk berbuka di bulan Ramadhan nanti. Apa yang pasti, walaupun sekarang ni tengah PKP, insyaAllah bahan tu semua mudah didapati.

Balik je check up di Klinik ibu anak haritu, kaki ni laju je menghala ke 99 Speedmart. Dah satu line dengan klinik hehe. Mujurlah bahan utama nak buat resepi ni ada dan banyak. Kinah terus borong 4 sebab kinah tau, Thahirah tu confirm nak satu. Kalau tak ada, tak jadi la jus Paddle Pop Melon Lime Fizzy yang so sedap tu. Nak pergi kawasan lain memang tak la.

Paddle Pop, paddle pop terbaharu, paddle pop melon lime fizzy, resepi viral aiskrim paddle pop, jus viral paddle pop

Mudah je sebenarnya nak buat minuman Paddle Pop Melon Lime Fizzy ni. Zap zap je dah siap.  Gambar di atas tu, kinah pinjam dari google. Hasilnya lebih kurang je.

Antara bahan yang diperlukan ialah, tembikai susu, daun pudina, air gula, Paddle Pop Melon Lime, air perahan limau ( yang ni kinah guna sikit je, sebab ada orang tu tak berapa suka masam haha) dan yang terakhir mestilah ais kiub.

Paddle Pop, paddle pop terbaharu, paddle pop melon lime fizzy, resepi viral aiskrim paddle pop, jus viral paddle pop

Cara penyediaannya pun simple je. Korang cuma satukan semua bahan-bahan tadi ke dalam mesin pengisar dan kisarkannya sehingga betul-betul halus. Dah siap, bolehlah dihidangkan ke dalam gelas yang korang suka.

Siap je jus tu, Thahirah la orang pertama yang merasa dan komen dia mestilah sedap. Alhamdulillah semua orang dalam rumah ni suka dengan minuman viral Paddle Pop yang terbaru ni. Korang pun bolehlah cuba nanti. Maaf ye tak dapat nak kongsi gambar jus paddle pop mellon fizzy tu sebab tak dan nak ambik gambar, jus dah dibawa lari.

2 comments: