Buat Persiapan Beg Hospital Untuk Ibu Dan Baby

Buat Persiapan Beg Hospital Untuk Ibu Dan Baby | Allah dup dap dup dap. Detiknya akan tiba. Hari tu buat check up terakhir Klinik Pakar O&G di Hospital Selayang, alhamdulillah dah dapat tarikh untuk admit ward iaitu pada 28 hb Ogos 2020 ni. Agak lega bila dah tau tarikh nak bersalin. Jadi, nak tak nak kena la buat persiapan beg ibu dan baby ke hospital pulak.

Walapun nurse dah pesan siapkan beg lebih awal, tapi biasalah suka sangat buat keje last minit. 

Walaupun Thahirah dah selamat di rumah opah dia, feeling nak mengemas tu alahai mood ke laut. Tambah pula dengan jiwa kacau sebab berjauhan dengan anak dara sorang tu. Jadi, bila dah nak dekat admit, mula lah sibuk google checklist barang apa yang perlu di bawa ke hospital nanti.

Walaupun dah siap letak setempat barang nak dibawa, barang tu semua belum jugak kemas dalam beg. Allah malas betul.

Buat Persiapan Beg Hospital Untuk Ibu dan Baby

Kebetulan pagi semalam suami jiran meninggal dunia, balik je ziarah arwah tiba-tiba perut sakit. Ahh sudah dah nak beranak ke. Petang tu jugak kemas semua barang masuk dalam beg. Nampaknya si adik ni dah bagi tanda-tanda kat ibu. Biasalah contraction false.

Yop pun bebel jugak, lama dah suruh kemas beg tu. Tapi biasalah bebel dia tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri huhu. Ni dah sakit baru nak mengemas. Tepuk dahi pokcik tu.

Siap 80% kemas barang. Hat yang toiletries tu nanti masuk kemudian. Kali ni bawak luggage je. Senang semua simpan dalam tu. Tak larat nak bawak banyak beg. Luggage ni cuma seret je nanti. Lagipun siapa nak bawakkan beg yang banyak tu. Suami pulak boleh hantar setakat pintu hospital je. Kalau bawak beg banyak nanti ada pulak yang teringgal macam kes bersalinkan Thahirah dulu, bekas air tupperware tertinggal uwaaa. Tupperware kot yang tinggal. Nak patah balik pun dah jauh. Sis is redha dan harapnya kali ni takde la yang tertinggal.

Sekarang cuma tunggu tarikh nak masuk ward je ni. 


Post a Comment

5 Comments

  1. Semoga lancar semua urusan kinah hendaknya :)

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan awak ye :)

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan bersalin yang sis ^^

    ReplyDelete
  4. Semoga segala urusan dipermudahkan dan semoga semuanya selamat. Aamiin ya rabbal 'alamin

    ReplyDelete

  5. Saya doakan semoga lancar persalinannya , ibu dan anaknya sehat . Amin

    ReplyDelete