Sunday, 18 October 2020

Selamat Hari Lahir Kakak

Allah cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar rupanya kakak dah genap 5 tahun dah. Rasa masih baru lagi lahirkan kakak. Menjaga kakak ni, mudah tak banyak ragam dia. Sejak dah pandai dan tahu apa itu "birthday" jadi ni tahun yang kedua kami sambut hari lahirnya.


Selamat Hari Lahir Kakak
Selamat Hari Lahir Kakak


Kalau ikut perancangan awal, nak balik rumah opah dia sambut birthday tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, ayahnya beli kek dan panggil kawan-kawan dia makan kat rumah. Seronok betul dia masa tu. Bertambah seronok bila dia dapat hadiah skuter dari ayahnya. Dah lama dah dia mintak skuter tu, tapi tak beli pun haha.


Sejak jadi kakak ni, dia dah pandai gelarkan dirinya kakak. Bila mintak tolong pun sekarang dah boleh diharap. Bila adik nangis, dia yang pujuk siap berzikir lagi untuk adik. Tapi... Haaa ada jugak tapi, bila sampai time dia malas, bila mintak tolong je macam-macam alasan dia bagi tau. Sakit kepala la, sakit itu la, sakit ini la. Alahaiii kakak macam-macam hal.


Apa-apa pun, ibu dan ayah sentiasa doakan kejayaan kakak dunia dan akhirat. Semoga kakak jadi kakak yang baik buat adik, jadi anak yang solehah, diberi kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki kakak. Ibu ayah sayang kakak.


Teringat pulak masa kinah masuk hospital aritu, kakak pulak dekat kampung. Berjurai jugak air mata ni sebab terpaksa berjauhan dengan kakak. Iyela sebelum ni pun mana pernah berenggang. Bila dia buat video call, sayu je rasa. Mulalah air mata ni beelinang dan masa tu barulah rasa rindu. Sekarang bila dah ada depan mata ni si ibu yang garang kembali menjadi singa hahah.



3 comments:

  1. Happy Birthday Kakak. Semoga menjadi anak yang baik dan berbudi pekerti mulia.

    ReplyDelete
  2. anak sulung perempuan biasanya ginilah. boleh diharap sangat2.
    tapi kadang2 kesian juga sebab dorang selalu jadi mangsa kena marah bila adik2 buat hal...

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir kakak.. Semoga mnjadi anak solehah yg menyenangkan hati ibu n ayah ya

    ReplyDelete